Isnin, 28 Februari 2011

Wrestling, satu pembohongan berjaya!

Dulu time aku kecik2, kat kampung, orang kampung aku bole tahan fanatik tengok wrestling. Tak tahu kenapa. Sampai satu tahap, bila sorang tu ada tv 21inci (kat situ time tu 21inci up gila macam level iMax, lebih kurang), secara otometiknya situ akan jadi port wayang gusti malam Isnin (kalau tak silap). Diorang punya taksub tu siap bole label lagi ini team jahat, itu team baik. Kalau team 'baik' dia kalah, emo. Camtu. Kalau budak2, aku bole terima lagi. Ni bapak orang. Nampak sangat dia fanatik dan tak tau wrestling tu (sometimes) fake.

*tengok baju putih kat tengah tu. tu bukan aku.

Dulu aku pun camtu. Bole tahan layan jugak. Sebab bapak aku pun tengok. Aku pun apa lagi, tumpang dua kaki la. Dulu aku pun percaya wrestling ni 100% real. Sampai pi kelas pun duk open table lagi. Bukak cerita pasal gusti semalam. Tambah2 bila ade game yang rare/special macam Hell in a Cell dan Elimination Chamber. Memang aku pikir tu betol2. Yela, pukul sampai darah2, patah riuk sampai kene angkut dengan stretcher. Itu kamu kata lakonan? Camtu la persepsi aku dulu.

Study punya study (gempak kan?), actually, wrestling lebih kurang macam gladiator. Result sudah ditentukan. Sudah tau siapa juara. Bezanya, gladiator punya cara lagi agresif. Iaitu bagi sure-lose-weapon kat yang dirancang kalah (tapi kadang2 menang. biasalah hero). Atau dengan bahasa mudah, ia dirancang/choreographed. Siap ada raptai lagi sebelum match. Ala2 Anugerah Juara Lagu gitu. Professional wrestler prektis bertahun-tahun untuk perform moves dan landing dengan kesakitan paling minimum. Senjata (chair, ladder, hammer etc) memang fake, tak pakai material sebenar. But, the injuries (bleeding, broken bones etc) are real. Tahu?

Tapi kan pikir2 balik bila finisher yang superloser macam The People's Elbow dan The Worm tu wujud, aku dah rasa something fishy kat situ. Macam mana finisher yang terkinja-kinja dalam ring tu pun, opponent still tak sedar2. Tak reti-reti nak bangun. Musykil2... *geleng2 kepala*

*finisher yang terhad kepada 2 kali. tiada elbow guard tiada finisher. maaf

Video kat bawah ni contoh mudah yang wrestling tu (sometimes) fake.



Ada lagi. Ini juga.

Tak caya sudah.

WWE punya wayang sampai aku tak bole beza yang mana real yang mana fake. Contoh macam kematian Eddie Guerrero dan Chris Benoit. Mati2 aku ingat tu salah satu drama dalam WWE. Wrestling pulak takde substitle. Lagi la. Hmmp.

WWE, World Wrestling Entertainment. Nama pun entertainment.

1 ulasan:

laici berkata...

wahhahaaa.. final move rakeshi terbaik.. sampai sekarang aku boleh ingat.. wahahaa,,


Entry Terbaru: ChurpChurp Menyerang Nuffnang!!!