Khamis, 27 Mei 2010

Berapa tinggi EGO anda?

Alat pengesan tipu dah ada, voice synthesizer (penukar brain signal menjadi perkataan yang difahami manusia) dah ada, pengukur ego bila lagi. Sape rasa dia engineer hebat, try la invent satu. Confem aku beli. Dah 21 tahun aku hidup, tiba-tiba nak pulak aku ukur berapa meter dah tahap egois aku ni. Makin lama rasa macam makin tinggi pulak. Tapi tak ada la tinggi macam KLCC tu. Tinggi Menara Alor Setar tu ada kot. Hehe.

Biasala lelaki, sikap ego tu kena ada atleast sedikit. Nanti nak jadi ketua keluarga kan. Kena pijak kepala dengan bini baru tahu.

(Kepada yang nak tahu) Aku ni jenis yang susah sebut “sorry” pada tempat yang sepatutnya aku sebut. Macam ada ketul emas dalam mulut aku. Walaupun sebenarnya dalam hati, aku dah lama maafkan orang itu (aku ni pemaaf orangnya..hehe). Seiringan dengan itu, aku perasan aku juga susah nak sebut “terima kasih” atau dengan nama saintifiknya “thank youorthx” tepat dengan tempatnya. Tak tahu kenapa.

Kadang-kadang aku rasa makin besar, makin cepat aku naek angin. Bukan makin matang. Sebab darah muda aku pekat kot. Hehe. Kalau magnet tu kira aku ni kutub U (suka provoke orang bila dah sakit hati) la. Pantang jumpa orang kutub U jugak, ada je hal atau kata orang Kelantan, gocoh. Tapi aku bukan jenis yang suka melenting tak tentu pasal. Aku suka pendam. Makan dalam.

Ada juga orang cakap, aku ni ikut perangai bapak aku. Agak egois. Apa dia cakap semua betol. Tak penah salah (Eh, pehal aku ter'mengumpat' bapak aku ni? Sori ayah). Sebenarnya ayah aku baek, aku je yang tak tahu hargai. Semua ayah baek kan? Plus, tanpa aku sedari sifat pendendam juga bersarang dalam tubuh badan aku. Seangkatan dengan itu, sikap mudah menyampah dengan orang pun join the club. Asyik nak cari je kesalahan orang berkenan berkenaan. Busuk hati juga aku ni. Keh3. Bak kata orang, "sedangkan lidah lagi tergigit". Sedangkan la member, nak gigit-gigit manja sikit tak kan tak boleh?

Ni la sedikit sebanyak sifat-sifat buruk aku. Nak cerita pasal sifat baek, 7 hari 7 malam pun tak habis. Hehe.

Pembaca: Pehal pulak mamat ni duk cerita pasal dia ni? Bukan nak tahu sangat pun.

Bercakap pasal ego ni, aku nak share lagu ni dengan korang. Aku pun tak tahu ada kaitan ke tak. Tak go through pun lirik dia. Layan je (kalau korang lelaki mesti korang suka. Percayalah).

Adios

p/s: anggap la ni satu entri suai-kenal #1 antara pembaca dengan tuan belog. :D

Tiada ulasan: