Sabtu, 25 Jun 2011

Hujan batu.

Dulu masa awal2 aku jejak kaki kat Jepun, jepuns2 lain selalu tanya pasai pa aku pilih negara diorang sebagai lokasi aku melanjutkan pelajaran. Cukup kemas ayat tadi aku tau.

Actually, aku bukannya ambik peduli sangat nak sambung belajar kat negara mana pun. Dah dapat offer. Dulu aku pantang dengar perkataan obersi2 ni, terus sambar peluang. Boleh belajar oversea ni hebat, tak kisah la negara mana pun. Macam tu la persepsi mentah budak baru habis SPM macam aku.

Tapi takde la aku jawab camtu kat diorang. Susah nak explain. Susah nak susun ayat. Time tu (sekarang pun) japanese berterabur gila. Haha. So, aku jawab "Saya rasa Jepun negara yang selamat" (amboi bersaya awak pula). Tu la jawapan paling skema dan mudah aku dapat berikan ketika tu. Cukup subjektif. Tak boleh nak object.

"Yeke?". Diorang tersenyum kambing macam tak percaya.

*sebab comel sangat, aku tak tau nak reply apa dah kat diorang

*****

Jepun selamat?

Member aku penah tinggal wallet dalam raga basikal. Semalaman. Rilek. Esok ada lagi tak hilang. Gaijin (orang luar) macam kitorang biasa jalan sambil pegang iphone konon2 nak tengok map. Memang tak selamat sebenarnya. Sedangkan kat negara lain (contohnya US, Los Angeles misalnya), konfem dah kena rompak, kata lecturer aku. Sampai tahap fobia pakai earphone putih pun ada. Bimbang kena rompak sebab orang syak dia pakai produk Apple.

Dan sepertimana biasa korang tengok kat anime2, paling cikai, Doraemon (anime yang semua tahu aku kira), korang akan nampak scene budak kecik dalam lingkungan umur 5-6 tahun dengan beg kotak dan botol air digantung di bahu jalan kaki pegi sekolah sendiri. Ya, benda tu memang ada. Tak perlu risau kes culik, eksiden dan sebagainya. Macam tu la jugak dengan kebajikan orang tua. Terjaga. etc

Malaysia?

Aku penah dengar cerita, kereta park dalam rumah boleh curi. Bukan saja dalam pagar, dalam porch dalam rumah pun boleh lesap. Hebat pencuri Malaysia. Nak bangga ke tak ni? Sekarang perempuan nak keluar berjalan berjimba pun pikir 10kali. Risau dengan acid man. Tak pasal2 kulit muka yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh dengan ProActive Skin Care dan produk kecantikan beratus-ratus ringgit, hilang dalam sekelip mata saja.

Tak kurang jugak dengan masalah pembantu rumah. Asal tak puas hati dengan majikan je, dera anak majikan. Main kaki la. Rendam dalam air la. Main ratakan kulit budak pakai iron la. Gila! Korang Youtube lah sendiri. Lagi teruk, culik anak pastu mintak duet. Nak buat macam mana, mak bapak kerja. Jarang ada kat rumah. etc

Ni aku belum sentuh pasal politik lagi.

Aku rasa peribahasa ni pun dah tak berapa relevan sekarang. Entah la.
"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri"
Hujan batu ya? Nanti balik Malaysia kena prepare 'payung'.

*lagi besar lagi selamat

9 ulasan:

tintabiru berkata...

Genau richtig!! Stuju bangat sama lo..eheh

aTiKa aTeRkaH berkata...

aku pun rasa peribahasa itu dah lapuk da...duduk umah sendiri rasa tak selamat.apecer tah....

dannyism berkata...

hujan emas di negeri org, ujan batu di negeri sendiri..

kesimpulannya,

lebih baik tak ber negeri..

kena dua2 pun sakit kott.. xgitu??

rekbing berkata...

@tintabiru: tenkiu! :D

@atika: yg paling x setuju yg part "lebih baik di negeri sendiri" tu. stiap org ade pendapat sendiri xgitu? :)

@dannyism: tu la pasal. kdg2 dok luaq baru nmpak sket msia cmna kan. tp xbalik msia lgsg homesick pulak kan? ;D

Cerah Jeff berkata...

ko nye alasan sambung jepun tu same ngan aq dowh, aq amik jepun sbb da jepun datang lu,hahahha
kalo mesir dtg lu pun aq amik,hahah
nak sangat bljar overc..

dannyism berkata...

hagak laaa.. beza sungguh.. tp, cmtu la.. mna2 pn ade baik buruk.. ckp psl rindu ni, adoiii.. rindu gila kot.. kt jitra.. hehehe

say- O berkata...

tak nak jawab sebab ada maria ozawa dan yang sewaktu dengannya?

nuriz berkata...

buruk macam mana negara kita ni masih rindu dan sayang kat negara sendiri..kalau pi mana2 luar negara tu rasa rindu nak balik nak mkn makanan Malaysia.

rekbing berkata...

@cerah: tu la pasal. lepas spm cuti 3minggu je. mmg kejap gile

@dannyism: raya ni blk kan? bole la lepaskan rindu :)

@say-o: kalau aku ckp ak dtg jepun sbb maria ozawa, ak nk tgk reaksi depa, nk bangga ka x. haha

@nuriz: memang. kalau pikir psl mknn je, xckup kan :)