Selasa, 10 April 2012

Kisah keluarga bahagia (Part 2)

Alif melangkah masuk ke bilik. Bukan langkah kosong.

 
*bukan tido macam ni. kalau tido macam ni, cerita ni jadi pendek saja - imiginasi pengarang

Lofa tengah layan lepak baring2 sambil baca majalah yang Alif pun berapa nak ambik tahu. Kalau pasal kereta boleh jugak dia masuk campur tambah apa yang kurang. Yang dia tahu cover page tu ada gambar Neelofa. Artis tengah naik sekarang ni. Alif pandang sekali imbas majalah tu. HAI. Cehh, apa ke tak berjenis punya nama majalah. Langsung tak mencerminkan Wawasan 2020. Jauh di sudut hati Alif, dia kesian kat baju yang Neelofa pakai. Salah pilih saiz mungkin.

Alif duduk di meja solek. Perhati satu-persatu wajah beliau. Sekali dia speaking orang boleh konfius mana satu Tom Cruise, mana satu Alif Abduh. Alis mata yang menawan, hidung yang mancung, senyuman yang bisa mencairkan hati2 wanita sekeras waja, walau apabenda maksud 'waja' tu sendiri pun aku tak tau sebenarnya.
"Ahh..,"
Alif nampak sesuatu yang tak kena. Dia mencari sesuatu atas meja solek. Matanya tertancap pada satu objek logam kerdil berkilat. Tweezer. Lantas dicapai dan dihalakan ke lubang hidungnya. Menyerigai gigi menahan sakit apabila sehelai demi sehelai bulu hidungnya dicabut. Muka kacak pun bulu hidung terjulur keluar serupa selumbu pelita tak guna juga, fikirnya. Dia sedar ini juga penting untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku; bulu hidung disambar api ketika meniup lilin kek harijadi, misalnya.

Lofa pandang aktiviti suaminya sambil baring atas katil. Tersenyum. Majalah tadi diletak ke tepi. Obstruction katanya. Tiada yang lebih menggiurkan daripada wajah suaminya ketika itu. Andaikata ada 1000 Aaron Aziz (walau kita semua tahu yang hanya ada 1 Aaron Aziz dalam dunia ni) datang sambil menayang lurah dada di depan matanya, nescaya tidak mampu memalingkan pandangan Lofa. Begitulah gambaran betapa charmingnya Alif bin Abduh ini.
"Aaaaahh, mengantuk la.."
Lofa mengorak langkah mula. Mengunakan teknik fake yawning yang terkenal sejak dari dahulu kala. Kasi signal. Pandangan Alif berubah. Fokus matanya bertukar-tukar. Lofa melancarkan gerak, terus dengan beberapa isyarat susulan, termasuklah beberapa body languange yang aku tak reti nak explain macam mana.

Lofa, malu tapi mahu. Alif, dalam hati, jerit "YES!", kuat2.

 

Alif ingat dia sorang saja yang dapat tangkap isyarat isterinya. Rupanya, cicak2 atas syiling pun paham. Cicak besar merangkap komander cicak buat seruan berbunyi, "Cak, cak, cak". Dengan itu, beberapa ekor cicak lain juga datang berbondong-bondong mahu tengok wayang free. Tidak lupa juga yang sengaja tidak menelan terus nyamuk yang baru ditangkap, semata-mata mahu dijadikan 'popcorn' dikala menonton di panggung. Cicak zaman millenium.

Alif perasan masyarakat cicak mula membooking seat di atas syiling. Dekat lampu dijadikan seat VIC (Very Important Cicak). Lighting terbaik. Alif tahu dia harus bertindak. Dia menjegelkan matanya ke arah masyarakat cicak tadi, seolah-olah memberi isyarat badan, "Ini perempuan aku yang punya!".

Sinaran mata Alif yang tajam bak panah berjaya mengecutkan perut cicak2. Mereka lari bertempiaran seperti cicak kudung. Lagi laju dari lipas kudung. Ada juga yang tersadung kaki lalu jatuh ke lantai. Alif jentik kepala cicak berkenaan kuat2. Terpelanting melanggar dinding. Arwah di situ sahaja.

"1Malaysia 1Malaysia juga. Privasi harus dijaga", kata Alif dalam hati.

Tiba2 dia dengar bunyi tapak kaki. Makin lama makin kuat. Alif syak something bad is going to happen (amboi!). Raba apa saja yang berdekatan untuk dijadikan senjata.
"Keletak!
Kepala Sara terjonggol celah pintu. 
"Anak abah rupanya
Nafas lega panjang keluar dari hidung Alif.
"Sara mimpi hantu tadi, takut..". Sara merengek. 
"Meh tido sini" offer Lofa. 
Sara merangkak datang berbaring di antara mak dan ayahnya. Alif diam. Tidak bereaksi. Dia pusing badan arah birai katil, merengkotkan badan serupa udang sambil jarinya mencakar2 bucu katil. Cuba tidur dengan rasa sedikit keciwa.

1 ulasan:

Has berkata...

url を変えたら、みんなとのリンクもなくなったことに気づきました。なんて馬鹿なことをしてしまいました。とにかく、新urlは、goendama.blogspot.com :)