Rabu, 4 Januari 2012

Job hunting tips

Yeah, aku datang lagi bersama tips survival hidup. Ye la, kalau aku tak bagi siapa lagi nak bagi. Mana ada blogger lain yang pemurah macam aku. Hak hak hak!

*gelak sorang-sorang*

Wahh, kemain suka aku menulis ni haa. Serupa Chef Wan depan kuali sambil pegang senduk pulak aku gamaknya. Berbalik kepada tajuk asal. Job hunting tips. Kepada bakal graduate yang tengah mencari kerja, kepada yang tak puas hati dengan kerja sekarang dan mahu mencari kerja baru, jemput2 baca. Ewahhh, aku macam dah dapat kerja nak ajar2 orang ni. Kah kah! (gelak gengster). Yang tak dapat scholarship seperti yang diingini, jangan risau, rezeki ada di mana2. Bunyi memang klise, tapi ada kebenaran. Pasti Allah dah sediakan perkara yang lebih baik. Dia perancang terbaik.

So, nak bagi tips apa hari ini? Hari tu aku ada google, saja aku kongsi. Info ciput je aku rasa.

Soalan: Patut kita nyatakan expected salary dalam surat/email apply kerja @ cover letter?

Jawapan: Baik jangan. Tak perlu.

Sebab: Ia mengehadkan ability untuk negotiate/bargain gaji dari mula2 lagi. Kalau diorang mintak, letak dan besarkan range expected salary. Mudah. Bila ditanya time interview, maybe boleh try jawab, "negotiable" (kalau diorang tanya jugak, cakap. tapi kau kena buat research dulu la berapa range gaji sesuai dengan kelulusan/kelayakan kau. status syarikat pun kena amik kira - jenis business, saiz syarikat etc). Dan elok jangan kau yang mula tanya pasal gaji pada 1st interview (in case interview tu ada banyak kali). Sebab tanya pasal gaji adalah terbaik bila diorang mula hire kau.

Eh, dah terlajak masuk sampai part interview?
"If you are earning higher than thier budjet, they may eliminate you. If you are earning less than thier budjet, you may miss out on a higher salary"
Ingat, kesilapan pada cover letter akan affect kau punya interview/peluang pekerjaan.

So, this is just my honest opinion. Terpulang.

Tip negotiate salary ketika interview.

Soalan bonus: Tapi kan gaji tu salah satu faktor utama dalam pemilihan kerja? Kalau dah gaji rendah buat apa susah2 nak pegi interview? Buang masa buang duet.

Jawapan bonus: Yang ni aku 100% setuju. Tapi tanya directly bukan la cari terbaek. Baik tanya kenalan2 atau saudara mara yang berkerja dengan syarikat yang lebih kurang sama status/jenis (perkataan 'status' ni aku rasa macam tak kena. harap korang paham la) . Adehh. Soalan ni, payah aku nak menjawabnya ehh.

Okay aku pun dah tak ada pape nak share. Kalau korang ada pape info, boleh la drop kat komen di bawah. Aku pun tengah cari kerja b.t.w.

And... good luck u'olllz!

Tapi dah kalau diorang tanya kat email/surat, jawab je la. Jangan buat keras kepala tak nak jawab. Pastu cakap pulak yang blog Iqra itu Bacalah cakap tak boleh sebut expected salary dalam cover letter.

Kang lari pulak 10k loyal readers blog aku ni haa. Wuwwuwu.


2 ulasan:

kyo_9 berkata...

All the best bro...

p/s jangan sebut Good Luck.. sebab tiada konsep "luck" dalam Islam.. x caya tanya cerahjeff (笑)

rekbing berkata...

tenkiu abang kyo. :D