Khamis, 29 Mac 2012

Balik untuk kebaikan.

Alhamdulillah aku baru balik ke Malaysia. Atau lagi tepat, baru dapat can first time online kat Malaysia. Aku balik Ahad hari tu lagi sebenarnya. Tak boleh online sehari terus jatuh demam. Serius.

Aku dah selamat bergraduasi. Pejam celik pejam celik dah setel 2 tahun. Cehh, pakai ayat 'pejam celik' nampak macam aku kerja tido saja selama ni. Langsung tak menggambarkan sikap gigih dan berusaha keras. Aku start menulis artikel (baca: blogging) pun dalam 2 tahun lepas jugak. Blogging sebab ikut trend. Trend jadah apa pun aku tak tau. Hahaha.

Alang2 nak balik, aku ada plan satu projek. Sebut 'projek' serupa projek besar dato' dengan pulangan juta2. Kah kah kah. Takkan nak balik dengan tangan kosong, ye dak?

Aku start projek ni dari bulan 9 tahun lepas kalau tak silap. Tapi sebab kekangan masa, benda ni bertangguh sampai satu tahap yang buat aku terus hilang semangat. Tapi demi rasa tanggungjawab kepada penduduk Bumi, aku teruskan jua (??)

Peh, rasa canggung habes bila lama tak menulis ni. Haishh.

By the way, lagu latar ialah Chatetan Konkerit dari Akta Angkasa.


First time try, mohon tunjuk ajar. Heheh.

3 ulasan:

Unknown berkata...

selamat kembali

Has berkata...

omedeto afif. so, buat apa lepas ni? :) btw, nice video :)

rekbing berkata...

@sensei: balik keje kat msia, sensei :)