Sabtu, 5 November 2011

Inside-out

Sekarang baru aku perasan apesal aku punya kemahiran berbahasa Jepun aku langsung tak improve walau aku dah hampir 2 tahun aku kat sini. Aku pernah juga bermuhasabah mengapakah diri ini menjadi sebegitu sekali. Mak ai, geli ketiak siut baca ayat ni. Tilik punya tilik, korek punya korek, aku rasa sekarang aku dah tau jawapan.

Sebab, aku tak berapa suka Japanese, mungkin. Bahasa dan bangsanya. Ada lah certain2 point. Tak payah cerita lah itu okay?

Mesti korang pelik, dah tak suka Jepun pasai pa pi Jepun? Panjang ceritanya. Ok, aku pendekkan. Anggaplah aku pakai konsep "first come first serve" pada ketika tu. Dan, kadang2 hidup ni penuh ironi. Benda yang kita buat, tak semestinya benda yang kita suka or benda yang kita pilih. Ada manusia yang jenis rajin gila tapi dapat kerja yang super rilek, sampai most of the time, dia punya banyak masa untuk surfing internet untuk isi masa lapang. Main facebook, tweet2 contohnya. Padahal dia bukan lah social network kind-of-guy. Contohnya.

*sehari berapa jam ya?

Okay dah.

Berbalik kepada perenggan ketiga tadi. Bila aku dah mula tak suka Japanese, perasaan 'berbulu' tu keluar secara beransur-ansur. Aku jadi macam tawar hati nak terima hiburan2 Jepun ni. Especially, tv shows diorang. Kalau aku bukak, ada lah aku nak kondem nanti. Aku tak boleh terima jenis lawak or hiburan diorang. Cukup repulsive. Maybe aku typical Malaysian, sepertimana yang selalu dinyatakan di akaun twitter yang meng-claim diorang tahu segalanya tentang rakyat Malaysia, @SoMalaysian.

(Apesal bunyi macam buruk benor persepsi aku pasal Jepun ni?)

Dengan kurangnya pendedahan terhadap surrounding sebegini, ditambah pula 'unsur penolakan' dari dalam, tak syak lagi, ni la punca skill berbahasa aku merudum gila.

Itu lah, bak kata Stephen Covey tentang "inside-out approach",
"...personal effectiveness means to start first with self - your paradigms, characters and motives..."
Bahasa mudah, sebarang pengaruh luar (atau istilahnya "outside-in") takkan memberi kesan untuk berubah. Aku bagi lah contoh sikit. Duduk Jepun lama2 dalam masyarakat yang punctual tak menjamin diri sendiri akan terikut-ikut punctual, kalau diri terang2 kata "tak mahu".

Dalam Quran pun ada,
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri."
So, segala perubahan harus lah dari dalam, dari diri sendiri dahulu. Dan apa pun harus disertakan dengan ikhlas. Memang susah nak dapat ikhlas. Dengan dengan ikhlas jiwa capai ketenangan. Urusan pun dipermudah. Tuhan tolong, insyaAllah.


Itu moral value yang aku nak sampaikan dari entri ni sebenarnya.

p/s: banyak2 aku tak suka pasal Jepun ni, banyak jugak yang aku suka. Nanti lah aku cerita. Pendapat personal ni jangan peduli sangat. Nak jugak meh cerita kat sini.

4 ulasan:

Cerah Jeff berkata...

tp bahasa jepun ko lg powwer dr aq

rekbing berkata...

xkan la aku lagi power dr shakaijin jepun...

say- O berkata...

aku tau punca dia!!! video diorang....terlalu banyak jerit!! *if u know wat i mean*

rekbing berkata...

@say-O: u fukken trueee my friend. jenis buat scene emosi pastu drag masa pjg2. arggggghhh!

lg satu depa byk scene lari2(if u know wat i mean). mnyampah jugak.