Selasa, 4 Oktober 2011

Aku bukan doktor #3: Mencegah rambut gugur

Jeng jeng.
"Penat menyapu rambut sendiri yang bergelimpangan di atas lantai? Risau rambut kerap melekat di tangan/sikat dan bukannya di kulit kepala ketika menggayakan rambut? Kami ada penyelesaiannya."
Todiaa, tanya macam nak jual barang kat SmartShop tuh. Hahaha!

Sebenarnya dah lama aku nak bincangkan topik ni. Nak kata busy pun tak. Feel, feel tu tak datang. Tu pasal tak boleh tulis. Jari kaku di atas keyboard. Otak beku menyusun kata. Dengan sedikit unsur hiperbola, begitu lah gambarannya macam mana aku ketika cuba menulis tanpa 'feel' tu. Helpless.

Tapi bila aku tengok post blog Timba Kosong, aku terpanggil untuk membincangkan topik ni. Memeriahkan suasana. Macam memeriahkan suasana hari raya, lagi ramai kan lagi meriah?

Apa yang aku cuba ketengahkan ni sebenarnya?

Okay, menyambut seruan Namewee (ada orang pronun sebagai Namawee), "U kalau nak tulis something, u research dulu maa". So, aku pun bawak2 la research (baca: google) sikit.


So, seperti mana tajuk entri pada kali ini, Tips mencegah rambut gugurCekidaut!

1) Paling simple, beli syampu yang ada tulis "dandruff control" atau "scalp care". Dengar2, syampu "Head n Shoulders" bagus. Kalau tak ada efek, bolehlah terus ke langkah2 di bawah.
2) Lumurkan santan. Alternatif lain, pakai daun lidah buaya atau nama glamournya Aloe Vera. Biarkan airnya atas kepala 20-30 minit. Amalkan seminggu 2-3 kali. InsyaAllah.
3) Nak lagi hardcore dan ketahanan rambut tahap Heavy Duty, boleh lah lumur minyak kelapa terus. Macam orang India biasa buat. Yang ni bukan takat rambut tak gugur, tarik bas pakai rambut pun takde hal. Link.
4) Ni aku tambah sikit. Petua orang Melayu. Lepas makan tembikai, jangan buang kulit. Pakai kulit tu buat sental kepala. Biarkan airnya atas kepala 20-30 minit. Amalkan seminggu 2-3 kali. (yang ni aku tak berapa gemor. tengok gigi sendiri pun hilang selera makan, nak letak atas kepala. tambah2 la kalau kulit tembikai yang bekas orang lain makan. ewww!)
5) Campur 2sudu minyak zaitun, kuning telur dan jus lemon (optional). Urut kepala perlahan2 dengan cecair tadi. Cara ni macam senonoh sikit dari yang kat atas tu. link
6) Paling penting, gaya pemakanan. Amalkan gaya pemakanan sihat. Mencegah lebih baik dari merawat. Aku tak reti hurai point ni. Google2 ya.
7) Managing stress. Member aku, doktor, cakap tekanan dan kebimbangan boleh menggalakkan rambut gugur.

Sekian, 7 langkah. Selamat beramal.

Tapi kan, botak pun tak apa sebenarnya. Vin Diesel, Bruce Willis kacak apa tanpa rambut. Apedehal?

"Jangan pakai ayat klasik tu boleh tak Afif?"



Okay. -_____-"

Bonus.

6 ulasan:

Ekmi Rabat berkata...

tip ni boleh dicuba sbb rambut akak tgh luruh beramai2 ni.


My Latest Entry: Mood melayani Drama Melayu..

Cerah Jeff berkata...

"Jangan pakai ayat klasik tu boleh tak Afif?"

macam cara cakap budak2 kl-selangor cam mai,adni,put,hahha

Firdaus Khalid berkata...

depa mmg dah kacak...ada rambut ka tak dak rambut ka tetap kacak..hahahaha

rekbing berkata...

@ekmi: cuba, cuba. bila lagi nak cuba.

@cerahjeff: orang kedah pun cakap camtu la (he he)

@firdaus: tu la. jeles jugak aku dgn orang camtu. haha

Koding berkata...

cukur kepala... dah tentu rambut tak gugur...

SaraH ZuL berkata...

minyak kelapa memang terbaik !