Selasa, 25 Oktober 2011

Deria biasa kadang-kadang tak sama

Selepas diugut bunuh oleh seorang peminat fanatik aku blog ini sambil pisau pemotong daging diacu tepat di leher, baru lah aku terhegeh-hegeh reti nak taip blogger.com kat address bar. Masuk post lists, kelebek draft. Dengan jari yang masih belom hilang ketar, aku pun mencuba sedaya upaya memutar-ligatkan semula idea untuk di-transfer-kan ke keyboard. Bukan apa, sayang juga aku dekat nyawa. Sayang lagi dekat anak bini, nanti siapa pulak nak jaga.

Dengan berpegang kukuh kepada "orang malas mencari alasan, orang rajin mencari mencari jalan", aku memilih untuk tidak me-list panjang alasan aku lambat menghapdet blog.

Aku cari jalan. Sebab..., haa, pandai! Sebab aku rajin. Keh keh keh.

*****

Sedang duduk makan beramai2.
"Ahh, dia memang, mana ada common sense."
Terpacul keluar satu isu panas. Lancang dan terang. Common sense. Topik yang buat kau kata, "please la, dah tak ada topik lain?". Topik 2 perkataan yang skop isinya luas-seluas alam. Tuduhan tak ada common sense satu tuduhan maha berat. Sekali kena label "tak ada common sense" buat kau rasa tak layak hidup sebagai manusia. Layak saja jadi monyet2 yang hanya tahu mencuri pisang di kebun tanpa memikirkan penat lelah seorang petani.

Setandan pisang ibarat sebaldi peluh petani lah katakan.

Eh, memandai je engko buat peribahasa.

Okay. Common sense, menurut pengamatan penulis yang marhaen ini sebenarnya ikut persekitaran. Ia sense yang dibentuk. Persekitaran macam mana dia membesar. Macam mana dia bergaul. Apa yang dia lihat (80%), apa yang dengar, hidu, rasa dll (lagi 20% tu). Lain latar belakang, lain fahaman "common"nya, basicly. Kalau dalam gua, common sense dia lain. Contoh, dalam gua, tak boleh menjerit, sebab segala gema dan segala interferens (what??) gelombang akan kasi gua tu runtuh. Dan dalam hutan, jangan buang pad  (pad bukan iPad ya?) tak basuh merata, nanti hantu datang buat servis dobi percuma, baru ada akal.

Err, yang no 2 tu aku tak berapa sure. Cer try.

Contoh macam tak kena je. Abaikan.

So, bila aku cakap persekitaran dia membesar, memang tak boleh lari lah dari isu didikan keluarga. Moral of the story, masalah lack of common sense ni bukan salah anak yang dilahirkan, itu salah mak bapak yang membesarkan. Woha!

Okay, yang atas tu jangan amek serius.

Bukan apa, bagi certain orang yang ini common, yang itu tak common. Dan sebaliknya. Lagi satu, jenis setup kepala "dia lain dari orang, dia salah". Pahaman cenggini nak pakai kena consider situasi. Tak semestinya benda yang kau dan rakan2 kau buat tu betol. Yang paling lejen, jenis semua tak common pun payah jugak. Main hentam taram ikut dan. Itu elok kasi letak kursus survivor sorang2 dalam hutan Endau-Rompin barang sebulan dua. Haa, time tu baru dia tahuan beza apa itu orang apa itu binatang.

Aku memilih untuk kurang bercakap pasal common sense (kecuali untuk entri kali ni). Bukan apa, aku risau. Sebab bila aku sendiri pulak langgar hal2 common sense ni, nanti ada la suara2 puaka membusukkan aku. Kalau ayat comel sikit, calit tahi atas muka. Makan darah daging saudara sendiri. Bahasa mudah, mengumpat. Tak best kan?

In a nutshell (wah, lama tak pakai ayat ni!), common sense ni sikit2 berbeza ikut orang.

But, people almost share the same.



Jadi bawak2 lah bersosial ye? Dengan semua. Semua lapisan masyarakat.


Mari berkongsi "common sense" yang engko selalu kata "common" tu.

Tiada ulasan: