Sabtu, 15 Oktober 2011

Review drama: Tahajud cinta

Memandangkan cuti hujung minggu ni aku tak berapa ada pekerjaan nak buat, jadi aku secara sukarela memilih untuk menonton drama Tahajud Cinta, secara online.


Aku bukan lah drama addict. Drama melayu pulak tu. Peh-lis la. Drama 1st aku tengok, Adamaya. Setahun lepas. Eh tak, dah setahun lebih. Pasal Adamaya aku ada tulis so-called review sikit pasal drama tu (antara entri terawal dalam blog ni). Dan drama Tahajud Cinta ni drama melayu 2nd aku. Dan aku terasa nak menulis jugak. Sikit je. Ringkas. Hopefully.

Aku bukan apa, asal malam jumaat je aku perhatikan rakan2 wanita aku hilang waras seperti dirasuk saitan memaki hamun Ustaz Sauki di laman twitter. Dah banyak minggu. Malam2 jumaat sepatutnya jadi macam ni. Lantas aku bermonolog sendirian. Siapa Ustaz Sauki ni? Apa yang beliau telah lakukan? Ini semua buat aku terasa begitu curious, lalu mengambil langkah untuk menyiasat sendiri perkara ini.

Okay mula.

Drama ni mengisarkan tentang Seri, lulusan sebuah University di Kaherah yang terpaksa akur menurut kehendak ayahnya (bekerja di pondok At-Taqwa dan berkahwin dengan Ustaz Sauki) yang terlalu menyanjungi (lebih tepatnya, taksub) dengan Ustaz Sauki atas niat untuk membalas budinya. Phew, ringkas habis. Satu nafas pun boleh habis baca. Haha!

Mula drama ambik scene kat universiti di Cairo tu. Gempak jugak si Fauziah Gous dengan Fazura ni cakap Arab. Pastu sampai la scene Wahdi kena langgar sebab nak pujuk Seri. Jahat tau Erma Fatima ni, awal2 lagi dah buat mata aku berkaca-kaca. Tacing beb.

Semakin lama aku tengok, semakin aku perasan. Ramai gila nama2 besar, tapi tak jadi watak utama dalam drama ni. Kalau tak meletup lagi tak tau la. Contoh, Aaron Aziz. Dan lagi satu, Aqasha. jadi doktor je. Tu pun satu episod.

Perkara2 dalam drama ni yang buat aku garu kepala.

1) Seri dan Wahdi dah couple 4 tahun tapi tak pernah tengok muka. Kalau tak tengok muka, macam mana jatuh cinta, tak gitu? Mata Seri cantik sangat sudah buat hati tertawan, mungkin.

2) How come Citra boleh tipu mak bapak dia yang dia belajar kat London sedangkan the truth is dia kat Cairo? 4 tahun kot. Come on la. Kalau tipu course boleh tahan lagi.

Tapi jujurnya, bila aku nampak watak Suraya dalam drama ni, aku dah boleh predict apa ending drama ni. Biasalah watak penggoda dan lelaki alim, tipikal. Dan bila ending sesebuah cerita tu kita dah tau, maka cerita itu jadi kurang menarik. Ia seperti premature ejaculation dalam versi nikmat menonton filem/drama. Seriously.

Pasal watak Suraya, aku rasa memang tak ada orang lain. Sesungguhnya Neelofa sahaja lah yang boleh bawak watak tu. Full pakej wa cakap lu! Tengok mata saja aku dah cair. Tu belom cakap pasal tahi lalat bawah mata dia tu. Aww~

Bab skrip aku kasi rating 7.8 daripada 10. Sebab ada skrip2 yang kasi impak dan membuatkan mulut aku secara automatiknya terkeluar perkataan "wau!" atau "auw!" yang membawa maksud kepuasan maksimum bila mendengarnya. Kepuasan ni dalam konteks ayat2 "menganjing" atau ayat2 "memampus" (demm, dua2 perkataan Kelantan ni. bahasa bakunya apa ya?) digunakan secara aktif dalam dialog. Especially ayat2 last sebelum tukar scene baru. Paham tak ni?

Aku rasa drama ni boleh stretch buat lagi panjang. 13 episod memang tak sempat klimaks. Part Suraya goda Ustaz Sauki tu macam cepat sangat. Tetiba je dah ajak naik katil. Ke sebab Suraya punya skill tu yang outstanding sangat? Ketayap ustaz pun boleh gugur. Nasihat dari abang Afif, jangan gelojoh sangat ya, Suraya. Hehehe.

By the way, aku suka Shah Jazlee belakon (part awal2 drama). Memang playboy Malaya. What more you can expect?

Tahajud cinta, drama yang berkisar tentang hak. Masing2 menuntut hak masing2.

Sekian saja dari pengkritik drama yang tak bertauliah.

Ni aku petik dalam drama Tahajud Cinta ni. Hadis yang merangkumi seluruh 13 episod.
"Akan keluar di akhir zaman orang2 mencari keuntungan dunia dengan menjual agama...," (hadis penuh)
Renung2kan masyarakat kita sekarang.

p/s: baru terasa nak tulis masa tengok episod last. banyak point yang aku tertinggal aku rasa. maaf.

Aku tengok kat sini.

8 ulasan:

puteraduyong berkata...

tak berkesempatan nak tengok...

Terengganu Asli... berkata...

nota:
"menganjing" @ "nganjing" tu sbnr nyer sebutan Terengganu... sebutan kat kelantan berbunyi "menganying" @ "nganying"... ini adalah kerana di kelatan, huruf "j" lebih cenderung utk disebut sbg huruf "y"... contoh lain adalah "anjing", dikelatan binatang itu lebih dikenali sbg "anying"...
konsep seperti ini juga terdapat dalam bahasa sepanyol iaitu menyebut "j" sbg "h" spt contoh "jose" disebut "ho~ze"...

rekbing berkata...

@puteraduyong: tgk je kat link aku bg tu. aku bkn tgk live pun.

@terengganuasli: panjang lebar penerangan, terima kasih! :D

Dede Rukmana berkata...

Thanx atas undangan dan reviewnya :)

EYQA ♥ berkata...

siap buat review. baguih! cuba buat lab review plak :p

rekbing berkata...

@dede: samasama

@eyqa: review lab tulis dalam thesis la! haha

Mia Liana berkata...

tak suka yang last tu... macam tak best je akhirnya. buat sakit hati sangat2...

Danial Haiqal berkata...

Tahajud Cinta | Tanyalah Ustazah
Oleh: Ustazah Nourul Iman Niamat

InsyaAllah Bermanfaat