Jumaat, 11 November 2011

Kisah keluarga bahagia.

20 minit berlalu.
"Keletak!"
Pintu bilik air dibuka. Alif (bukan nama sebenar) melangkah keluar. Dengan bertuala putih, dia merasakan itulah saat feromon paling aktif merembes keluar. Top form. Sexy.

Sambil memegang salah satu hujung tuala, dia mengelap seluruh tubuh badannya dengan hujung yang satu lagi. Rambut, muka, leher, dada, perut,... err, sampai lah ke kaki. Terasa sukar juga sewaktu dia mengelap di bahagian abdomen dan dadanya. Aktiviti mengelap tersekat-sekat, tak lancar. Semuanya akibat set susuk tubuh berketak dilengkapi six pack dan otot pectoralis major yang bidang. Terima kasih lah kepada Celebrity Fitness atas kesempurnaan tubuh yang dimiliki. Cilake juga kepada Celebrity Fitness yang menelan beratus-ratus jugak lah gaji bulanannya.
"Aaaa, ayah bau macam peach la!"
Anak Alif, Sara yang datang entah dari mana, berlari anak ke bapaknya. Alif sambut anaknya dengan pelukan. Segar bau sabun mandi Biore perisa peach menular masuk ke hidungnya.

"Am..mam, mammmm..., makan ayah, makannnn..."
Sara menggigit-gigit comel tubuh ayahnya. Manja.

Alif pandang bawah, sambil menepuk perlahan kepala anaknya. Bangga anaknya penuh dengan sense of humour. Macam dia jugak. "Mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi", fikirnya. Dalam masa yang sama, dia mempertimbangkan kerelevanan peribahasa tersebut.
"Kuah, nasi? Bapak, anak? Ahh, peduli lah."
Lofa, isteri Alif, dari tadi pandang gelagat dua2 beranak tadi. Dengan pipi yang separa tembam, tak kan ada lelaki yang jemu nak cubit. Geram. Itu belum cerita sifat fizikal yang lain lagi. Ia buat Alif rasa begitu beruntung dilahirkan sebagai seorang lelaki, untung lagi dapat beristerikan Lofa. Surga dunia.
"Nate laki aku nih, dok buok seksi pulop. Male kare siap la..,"
Cebik Lofa. Memang Kelantan tegar, bermonolog pun dalam loghat Kelantan. Duduk 4 tahun kat Shah Alam pun tak hilang accent dia tu. Makan budu banyak sangat.

Lofa senyum nakal.

Alif pandang isterinya. Lofa cepat2 pandang ke lain. Terus buat2 bersiul.

Alif perasan senyum nakal bininya tadi. Dia faham sangat. Ada lah tu suprisenya, fikir Alif. Tersenyum.

Senyum2 pun risau tetap ada. Alif kenal sangat. Biasanya kejutan Lofa ni memang unpredictable. Ada ketika, menggelabah juga Alif dibuatnya.
"Okay, malam ni biar dia tengok suprise dari aku pulak."
Alif berlalu ke almari baju sambil tersenyum nakal. Lagi nakal dari Lofa tadi.

9 ulasan:

fufufu berkata...

rekbing berfantasi...

Has berkata...

tidak pasti halatuju cerita ini..私は考えすぎ?:P

rekbing berkata...

@sensei: aaa, sensei bace ni yg segan ni. sy maen tulis je. asah skill. ade impian nk publish buku nnt.

hehehe. IMPIAN :D

Has berkata...

アフィフさんはよくふさけているから、これも何か「裏」があると思ってしまったのです。だから、ちょっと悩んでいたのです。だけど、もしこれはアフィフさんの真剣な作品なら、とても上手だと思いますよ。本当に。才能ありますね。もっと書いてください。:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Kemain nama nak Lofa =p

rekbing berkata...

@zara: alif-lofa, xrasa mcm ada chemistry kt situ? ;p

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

takde.

hahha/

Cerah Jeff berkata...

berfantasipun ngan neelofa,memang daihakfang

rekbing berkata...

awek kelantan tu. masuk kriteria calon isteri kan? hhee