Isnin, 2 Januari 2012

Ucapan Selamat Tahun Baru pada 3 Januari

Korang dah baca entri pemalas aku sebelum ni? Tu punya entri aku scheduled. Ingat nak tachap sikit. Tak sempat. Itu pasal entri macam melepaskan kentut dalam lif. Keh keh keh.

Sebenarnya aku baru balik dari Tokyo. Biasa lah cuti winter. Saja nak ambik bau konkrit dengan bau bandar metropolitan. Duduk terperuk dalam bilik pun tak cool juge. Bau macam mana tu korang gugel lah sendiri. Hehe.

Macam biasa, tiap2 tahun masuk je New Year, kedai2 kat Jepun ni buat sale gila2. Diskaun tak beragak, biasanya. Dan yang paling femes, ada "fukubukuro" atau dalam omputeh nya Lucky Bag. Nah aku kasi link. Bole la nak tengok apa kejadahnya fukubukuro ni. Senang cerita, fukubukuro ni jualan pukal (banyak barang dalam 1 bag) dengan harga murah. Tambah sikit, super murah. Tapi beg punya content dirahsiakan, yang boleh pilih hanyalah saiz.

Okay ke tak explaination aku ni? Tak paham jugak, wiki wiki la.

Tahun lepas aku dah pegi. Tahun ni pun aku ada sumbang sedikit untuk ekonomi Jepun ni. Tapi tahun ni aku nampak fenomena (yang aku rasa) menarik. Aku tak tau la benda ni dah lama ke tak. Aku kan baru lagi kat sini. :)

1) Syarikat delivery barang bukak booth sebelah shopping mall

*pukul 11 pagi dah ini macam punya tinggi kotak

Orang Jepun ni suka gila shopping. Especially, pompuan. No offense. Bila dah sale macam ni, diorang jenis borong banyak2 terus. Setahun sekali punya sale lah katakan. Kat Jepun, biasa orang naik tren. Kalau naik kereta, payah. Parking lot memang terhad. Nak2 pulak kau baru 1st time datang. Nanti tak pasal engko jadi macam bangang tawaf pusing2 shopping mall tu 3, 4, 5 kali cari parking. So, bila dah shopping banyak2, susah la nak kendong hasil pelaburan tu bawak balik. Pada ketika dan saat ini lah gunanya syarikat delivery barang ni main peranan. Terus pos sampai ke rumah. Ini macam punya idea, BRILLIANT!

2) Sanggup bermalam depan shoppping mall sebab nak jadi orang pertama
Ini kalau aku nak kata bangang, memang tak sampai hati. Kang terguris pulak hati awek2 comel jepung tu karang. Tapi itu lah. Sanggup tunggu bermalam depan shopping mall/shopping complex sebab nak jadi antara orang pertama masuk kedai hari esoknya. Jenis tak mau lambat sesaat pun. Dalam kepala dok, "first come first serve, first come first serve". Takut produk sold out. Sebagai penyelesaian, bina rumah sementara a.k.a rumah kotak duduk bergebang tunggu esok punya hari siang. Padahal sejuknya bukan kepalang. Amboi, kemain engko bersyair pulak ye Afif.

*Gambar di bawah aku ambik pada jam lebih kurang 4 petang. Iya, memang awal

Ini lah realiti di Jepun. Pandang ke Timur. Heh.

4 ulasan:

Has berkata...

haha. nice info. sasuga syarikat delivery barang kat jepun kan..mmg efficient :D

rekbing berkata...

@sensei: mmg efficient. nk shopping pun dpn laptop je. 2-3hari barang sampai :D

say- O berkata...

awek ja yang beqatuq? laki2 tak beqatuq?

rekbing berkata...

@karoy: awek saja shopping-holic tahap dewa mcm ni