Jumaat, 9 September 2011

Minggu pertama di sekolah

Tekan butang rewind.

*tekan dengan jari. effect bunyi buat sendiri 

Hari tu minggu pertama aku kat sekolah. Tak ada kawan tak ada teman. Awek lagi la. 

Time pertukaran kelas, kenal tak kenal pun bising jugak. Biasa la, masa tu lah nak ber-ice breaking dengan member2 baru, masa tu la nak ber-eyewashing awek2 baru (haha!).

Tetiba cikgu masuk. Sekali pandang macam aney Nasmir sebelah Centre Square tu pun ada. Berjambang, kulit gelap sikit. Lagi gelap dari aku. Muka tegas. Muka jenis kucing pun takut nak datang gesel badan kat kaki (kuang hajaq kutuk cikgu!). 

Selamat pagi cikgu!” ketua kelas bagi buah mula. Yakin. Tayang karisma baru dilantik 2 hari lepas.

Belum sempat kitorang sambut, 

Bagi salam. Nama saya Harris.” Cikgu tadi bukak mulut. 

Satu kelas diam. Time tu la bunyi cengkerik dan bunyi angin bertiup ambik peranan. Satu kelas pandang Muhammad Shafiq, ketua kelas aku. 

Assalamuaikum, cikgu!”, laung Muhammad Syafiq. Cubaan kedua. Malu tadi cuba dikaver. 

Assalamualaikum, cikgu!”, serentak kitorang sambut. Bukti muafakat dalam komuniti kecil, kelas. 






Waalaikumussalam. Duduk”, Cikgu Harris senyum. Pahit.

5 ulasan:

Cerah Jeff berkata...

honestly 3 kali aq baca...tp aq xpham motifnya..

Nur Nabila berkata...

aku bc sekali x faham,pastu tina tlg terangkan,aku baca kali kedua da faham terus hahaa..

rekbing berkata...

@cerahjeff: xde motif pape. cerita aku masa kt sekolah dulu je :)

desir2sakura: suruh tina explain kt cerahjeff ni pulak. hehe

Tanpa Nama berkata...

ku sngka india rupeye melayu?

rekbing berkata...

yeah. jawapan terbaik!