Sabtu, 15 Mei 2010

Apa kaitan ADAMAYA dan I'M NOT SINGLE?




Petang aku balik kelas dalam pukul 6.30 camtu, bukak fb, mesti penuh kat news feed ak pasal Adamaya. Macam2 la “ untungnye dapat suami macam Adam 2 ” ke “Adam, kawen la dengan aku!”.Hmmp. Ape yang best sangat dengan Adamaya ni?

Aku pun selidik2 Slot Akasia hot ni, ter’tengok’ episod pertama.Hehe. Ni membe aku yang introduce ni. Habis episode 1, sambung episod 2 pulak.Dua.Tiga.Empat.Haa, aku pun dah kena gak penangan Adamaya.Boleh tahan kuat.Haha. Sampai kol 3-4 pagi aku tengok.(Streaming internet laju kan..hehe)

Esok pagi,

A: Apasal aku tengok cite Adamaya tu cam filem yang Farid Kamil dengan Lisa Surihani berlakon 2…,

Aku: Eh, filem mane pulak?...I’m Not Single??

A: Haa, filem 2 la.

Aku: Betol ke..

Tokojut jugak aku donga. Drama yang femes camtu ciplak ke. Balik rumah aku buat la research sket (macam study plak..hehe). Biasala ilmu dihujung jari kan.Tup tup, ada gak sedikit sebanyak persamaan yang aku dapat korek.

Persamaan 1 Watak utama.Bukan dua, tapi empat. Adam, Maya, Dani, Lisa sume ada. Pakej 4 in 1.Haa. *(Rujukan: Merah untuk Adamaya, Hijau untuk I'm not single)

Adam-Sein Ruffedge/Farid Kamil

Maya-Lisa Surihani/Lisa Surihani

Dani-Faizal Yusop/Awal Ashaari

Lisa-Diana Amir/Intan Ladyana** (Watak Lisa berbeza dalam kedua-dua cerita)

Persamaan 2 Jalan cerita yang agak seiras. Kisah perkahwinan 'paksa' yang diaturkan oleh family

Persamaan 3 Teknik pembahagian sempadan rumah guna tape ‘awas’ polis

Persamaan 4 Bad habit Maya (Lisa Surihani) yang selalu mengigau jalan tyme tido

Persamaan 5 Kereta mini cooper si hero (Adam). Kaler je laen hijau (I’m Not Single) & merah (Adamaya). Kebetulan kot =)

Dalam persamaaan tu, aku selitkan perbezaaan sket.Cukup la kan.Contoh, Watak Farid Kamil (I’m Not Single) nampak lebih naughty dan kasar, berbanding Sein Ruffedge (Adamaya) yang cool dan matang. Tak taw le korang suke yang mana.Hurm..(Tapi Lisa Surihani memang cute..hehehe)

Tapi last aku nak cakap, restu family tu memang penting untuk kebahagian rumahtangga. Setuju tak ni? Lain kali, kalo mak bapak dah bising2 suruh kawen, bagi calon tu kawen je la. Tak ensem ke tak cantik takpe. Bende tu nanti datang kemudian.Yeke?Tak lupa juga, ucapan tahniah ditujukan kepada Abg Feroz Kader (pengarah Adamaya) kerana telah menghasilkan 1 karya yang berjaya membuatkan aku jejaka2 diluar sana menggugurkan airmata..hehe.

Adios.

p/s: Baru tengok Adamaya sampai episode 20. Tak sabar nak tengok ending camne :D

2 ulasan:

Cerah Jeff berkata...

ic,ko xtaw ke?memang cite adamaya ni cite im not single yang dipanjangkan,penerbit same.Farid xblakon sbb on da same tyme,die blakon cite lain so kene tolak tawaran ni
BTW,aq xtgk pom adamaya cume aq tgk da making sbb lisa surihani,hahahah

rekbing berkata...

yeke..ni la tujuan ak wat post ni(cover2..hehe)