Rabu, 26 Mei 2010

Maen Facebook, kantoi exam?


Percaya atau tidak inilah fakta. Kenyataannya ni la hasil satu research dari USA. Aktiviti-aktiviti ‘ritual’ Facebook seperti maen game fb, comment status orang dan tag-mengetag gambar adalah perkara lagha yang menyumbang kepada pembaziran masa tanpa kita sedari. Kesannya, ramai student mengaku study kurang daripada sejam akibat leka berfesbuk. Hal ini dibimbangi oleh para guru dan ibubapa kerana ia telah memberi kesan buruk kepada result exam pelajar-pelajar berkenaan. Ok ulasan akhbar aku tamat.

Kita pun sedia maklum, pengguna Facebook kini tidak hanya terhad kepada golongan remaja, tapi termasuklah makcik-makcik, cikgu-cikgu dan juga ahli politik. Mengikut satu survey,hampir 65% kaki2 Facebook ni access account dorang tiap2 hari nak check update baru kat news feed. Hmmp. Tak terasa ke? Aku sipi-sipi je. Hehe. Ada lagi kes-kes parah kalo korang nak tau. *Ada yang pagi-pagi bangun tidur, terus je nak ON laptop. Dengan rambut serabai ala-ala Son Goku. Dengan mata pun tak boleh bukak hi-beam lagi, teraba-teraba cari button ON. Tambah-tambah lagi, ‘emping-emping jagung’ pun masih melekat kat mata. Pehh. Pastu bukak fb. Nak tengok update terbaru kot. Semangat. Kan baek kalo pagi-pagi gi jogging ke, makan coco crunch ke, ada jugak pekdah. *(tadi tu cerita pasal aku. Tak tau kalau korang pun ada penyakit sama dengan aku. Hehehe)

Back to the point. Kaitan Facebook dan exam. Cikgu-cikgu duk marah student maen fb, cikgu tu pun ada fb jugak. Macam mana tu? Actually, kes ni bolehla diklafikasikan sebagai “Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak” (seswai tak dengan kisah aku ni?). Lebih mencari silap orang (dalam kes ni Facebook la) berbanding diri sendiri. Kat dunia ni banyak lagi benda2 yang melekakan. Contohnya, maen PS3 ke, layan YouTube ke, maen alat muzik ke, memasak (boleh masuk dalam list ke ni?) dan laen2. Tu masalah pengurusan masa student tu sendiri. Jangan sempitkan minda nak salahkan orang-orang tertentu. Fikir luar dari kepompong.

Secara jujurnya, aku lebih menilai Facebook sebagai satu fenomena besar melanda dunia dan mengandungi buruk baiknya. Pandai guna, dapatla manfaat. Tak pandai guna,dapatla musibat. Sekarang dengan fb pun orang boleh kaya. Dah tu, jangan la pulak mengadap fb lama-lama, pastu sambung pulak DOTA sampai mengaum bunyi fan laptop tu. Alamatnya, pagi besok pegi kelas mata merah. Kelas tak boleh fokus, exam tak boleh jawab. Silap hari bulan, cukup syarat, esok lusa tu kena tendang university la tu. Hehe.

Adios

p/s: Aku jenis suka berface-book (mengadap buku) jugak, tu yang result boleh maintain :D

Sumber: Dailymail

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg la ckgu mara student men fb..da student tu men fb tiap masa smpai x wat hw.ckgu jrg addcted sgt cm student nih.. :D

rekbing berkata...

ni cmmt dr sorg cikgu ke..? agak curious..hehe