Sabtu, 22 Mei 2010

Oh, Universal Studio Japan

Maka tersebutlah satu kisah mengenai salah satu tarikan kat negara Matahari terbit ni. Universal Studio Japan namanya. Nama timangan diberi USJ. Theme Park ala2 Genting Highland gitu. Actually, Universal Studio yang paling dekat, kat Singapore pun ada. Tapi tak penah pegi pun. Berbalik kepada cerita USJ tadi. Kedudukannya yang agak strategik iaitu berdekatan dengan Kansai Airport, Osaka. So, orang Malaysia pon boleh datang thru Kansai Airport, maen2 puas, pastu balik terus pun takpe. Haha.

1. Sesi siang

Siap2 sampai la dalam pukul 9 kt USJ. Boleh tahan ramai orang beratur nak beli tiket. Panjang macam tren kitorang naek tadi kot. Hehe. Actually, harga tiket per entry 5800yen (RM213.81) je, tapi kitorang gatal nak beli tiket tahunan 12500yen (RM460.80). Boleh datang tiap2 hari. Haha. Tapi sebenarnya jika di’calculate‘ semula, kalau dua kali datang pun dah balik modal, kali ke-3, kali ke-4, 5, 6 hingga ke n kalinya pun kira free la. Kan. Sama la macam korang pergi Pantai Remis kat Klang, tangkap si kerang remis tu. Free entry jugak. Baek pegi USJ. Hehe.

Aku pun baru 1st time jugak sampai sini. Masuk dalam tengok bangunan sume ala-ala Europe. Cantik. Macam rusa masuk kampung pun ada jugak pagi tu. Hehe. Datang hari cuti jangan duk komen la pasal kena tunggu lama. Haha. Mau 1 jam lebih jugak. Sume game camtu. Hollywood Dream Ride ke Spiderman Slide ke sama je. Kena beratur lama macam nak tercabut pala lutut gak. Kalau tak stretching sure pitam. Kehkeh. Tapi budak2 jakun macam aku ni (mengaku diri jakun?), tunggu lama2 maen 5 minit pun dah puas hati. Sebab tak ada kat Malaysia kan. Bila lagi nak try? Tak gitu? Tambah pulak, tahun ni ada game baru, Space Fantasy-naek roller coaster dalam bangunan gelap dihias macam kat angkasa lepas (boleh bayangkan?). Wajib try. Biasala, hot stuff sume nak try kan. Orang ramai. Tunggu la 2 jam pulak. Kat dalam tu, excited aku kejap. Facility dia memang hou liou (sambung gelak macam dalam iklan). World class. Memang jepung ah. Hahaha. Game tu dalam 10 minit je, tapi perghh. Pendek kata berbaloi-baloi lah! 4 thumbs up. :)

2. Sesi malam

Simple as pimple. Penat maen sume game2 tu, kitorang tengok show Magical Starlight Parade. Bahasa Melayu mudah, Perarakan Kereta Berhias. Tak tau macam mana nak explain, bagi gamba je la.



*Magical Starlight Parade a.k.a Perarakan Kereta Berhias

Untuk pengetahuan, kat luar pagar USJ ni ada Hard Rock Café Osaka. Bagi pengumpul2 baju Hard Rock, bolehla dapatkan dengan harga 2700yen (RM99.53). Murah kan. Ok kawan2, selamat mencuba. :)

*wajah2 kepuasan dan kegembiaraan pelancong USJ (membe2 aku)

Adios.

p/s: untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.usj.co.jp/ .





2 ulasan:

ADNI RIDZUAN berkata...

nak ggggggggggggggggg!!!

rekbing berkata...

jom2!aku blanje..hehe