Khamis, 13 Januari 2011

Masuk tak masuk

Kat Malaysia banyak variasi makanan. Aku pun agak cerewet sikit pasal makan. Member aku suma tau. Kena matching. Macam pakai baju. Makanan kalau tak masuk tak boleh. Contoh(bagi aku), roti canai dengan sos cili. Atau nasi lemak dengan siakap 3 rasa. Atau goreng pisang cicah teh o panas (aku cakap sebab aku penah tengok). Ini kes bila kita diberi peluang memilih.

Kat Jepun makanan halal ciput je. Nak cari yang halal susah macam shaitt. Dah tu mahal la pulak. Biasalah permintaan tinggi pengeluaran kurang, harga pun naik. Ilmu asas Kemahiran Hidup Tingkatan 1.

Aku selalu pegi convenience store (7Eleven etc) nak cari makanan. Atleast roti buat alas perut. Tapi banyak kali jugak aku ends up dengan kuar balik dengan muka sugul seribu bahasa. Tangan kosong. Takde yang boleh makan. Keciwa. Convinience lahh sangat. Lagi-lagi kalau aku pegi malam. Time tu stok banyak dah abes. Even onigiri (nasik kepal) pun tinggal perisa ayam golek dan babi babikiu sahaja. Hmmp.

Jadi, sekarang tak payah la pikir makanan tu masuk ke tak. Asal boleh masuk...perut. Sudahh. Lagi senang, belajar masak sendiri. Aku dengar pompuan cakap laki yang pandai masak ni sexy. Idaman. Ntahla.

*aku chef

Oh, resipi masakan ni nama dia Omelette with Red Topping. Ada kelas tak nama? Setengah jam jugak pikir nak letak nama ni. Kalau nak resepi bole la email aku.

Nak email? Carik sendiri. Har..har. Harr.

5 ulasan:

s a r berkata...

hee.,salam. sory.. menyebuk jap..
tringt pula pd tmnku yg agak memilih dlm matching2 ni.
cth, klau mkn nsi tu, sup tak bole match dgn ikan greng.
klau mkn syur pun mcm tu gak..hee
nk mkn pun kne matc. klau x match xmkn. hee
moral of the story kmu..
jgn lah mmlih eh, klau x, mati klpran la kan.. huu

about de seksi?? hee
mayb, bonus la if guy tu pndai msak.. ngee

aTiKa aTeRkaH berkata...

hahaha...seksi la konon ea??hahaha....

rekbing berkata...

@atika: bkn aku ckp. ak dengar ppuan cakap lahh..hehe

say- O berkata...

ni satu lagi kacang, aku dengar pmpuan cakap gak, laki yang kemas/pembersih/ bilik kemas depa suka dan minat.hehehe

rekbing berkata...

hg ada kriteria tu x?