Rabu, 28 September 2011

Memilih nama anak

Nanti kalau lah aku murah rezeki, dah ada anak, nama anak aku rasa nak letak nama Ramli. Nampak macam kolot, tapi aku rasa nama Ramli ni ada tuah.

Macam biasa, aku kasi contoh. Papa Rock kita pun pakai nama Ramli. Ramli Sarip. Dengan nama Ramli saja, aku rasa aura rockstar boleh meresap dalam badan. Aku memang tak pelik lah kalau anak aku tetiba pandai maen gitar pada usia 5-6 tahun. Gifted.

Lagi satu, benda yang kita selalu makan hari2. Burger. Tauke burger pun pakai nama Ramli iaitu Ramly Burger. Ejaan 'ly' pada nama Ramly tu adalah demi memenuhi kehendak pasaran semasa. Tapi masih disebut dengan 'Ramli' bukan 'Ramlai'. Dengan menamakan anak aku, Ramli, aku menaruh harapan tinggi supaya beliau menceburi bidang yang paling dituntut agama, satu bidang yang aku reti eja tapi tak reti sebut sampai sekarang, entrepreneur. Tergeliat lidah.

Sekarang fenomena baru, si Ramli Manchester United tu pulak.

 

Asal ada game Manchester United je, mesti ramai tertanya2, "Ramli main ke tak?". Walaupun ni iklan saja, tapi sikit2 tempias tu tak kan tak dapat, ye dak? Tempias dunia glam. Kalau aku ada anak nama Ramli pun sure bangga. Nama disebut-sebut. Bak kata pepatah, meniti dari bibir ke bibir. Kalau lah nama aku sendiri tu Ramli, memang tak boleh bayang la gelojak riyak dalam dada tu. Hehehe.

Aku rasa nama Ramli ni boleh pergi jauh. International. Kalau kat negara Barat, boleh kasi nickname Rem@Ram. Pergh, cukup Amareka. Dah dapat separuh nama RAMbo.

Dalam banyak2 nama, TM pilih nama Ramli jugak.

Tak rasa nama Ramli tu cool?

5 ulasan:

mohdhazlan Dreadlock berkata...

mmg cool ............ramli

YouSOF berkata...

Kawan Ramli : Aku paham rasa gejolak bangga dalam diri kau tu sebab aku pernah ada kawan bernama Ramli jugak.

rekbing berkata...

@yousof: gejolak pun boleyyyyy! haha

Daniel Ihsan berkata...

aku nak tunggu hang kawin dapat anak laki pastu hang bg nama ramli

aibat berkata...

kenapa ramli x masuk malaysia vs jepun...:)