Jumaat, 29 Julai 2011

Cerita di stadium

*tak beli lagi

Semalam Malaysia seri 1-1 dengan Singapore tapi kalah agregat 4-6. Sekian laporan sukan.

Sejak K. Rajagopal ambik alih skuad bola sepak Malaysia, skuad Harimau Malaya punya ngaum sikit2 boleh kasi lawan kecut perut. Boleh tengok ramai fan dah bangga nak pakai jersi Malaysia. Honestly, aku tak setuju sangat dengan frasa, "___ (nama kelab EPL) in my heart, Malaysia in my soul". Bagi aku ni bullshit.

Again, it's my personal opinion.

Maybe sebab aku bukan la penyokong fanatik mana2 kelab. Tapi kalau orang tanya kau sokong kelab mana, tak fikir panjang, aku sebut je Man U. Jangan lah tanya aku pasai pa aku sokong. Memang aku tak boleh explain. Buat macam mana, aku membesar di zaman manusia tengah dok up-up kan Abang Bekem. Apa salahnya aku join, ye dak? Tapi kalau katakan Man U kalah dengan team cikai2, Wigan Atlethic contohnya, aku jadi emo sikit. Terus tak lalu makan 2 hari. Tu simptom2 aneh yang aku pun tak paham sampai sekarang.

******

Cakap pasal tengok live kat stadium, aku penah pegi sekali. 2-3 taun lepas. Kedah lawan Selangor kalau tak silap. Time ni Kedah memang pegang Liga Super. Orang cakap kuat sebab player import. Ahh, aku peduli apa. Aku syak sebab negro2 import ni lah ramai awek2 cun masuk stadium. Tengok abang hitam tough ni score gol cantik2. Macho apa boleh score gol.

Masa ni aku tak ada lah fanatik bola sangat (sekarang fanatik ke?), tapi member ajak2 konon reunion aku pun join lah, why not? So, aku pun masuk lah. Ramai jugak orang ya. Ramai pakai baju hijau kuning (konfem la, dah lawan kat Alor Star), aku tibai pakai baju Polo hitam saja. Simbolik penyokong neutral lah katakan. Nampak sangat tak ada pegangan. Heh. Datang pun dengan alasan konon2 reunion, mana lah ada semangat nak sokong mana2 team. Pandang keliling, cari port baik, duduk tengok.

Wisel ditiup, game mula. Acara kejar-mengejar bola pun mula. Bila player Kedah bawak bola masuk dalam kotak penalti, semua penyokong bangun bersorak. Waa, aku macam terpinga2 kejap. Pandang tepi tengok aku sorang je duduk. Cis, rasa macam loser gila. Aku pun bangun lah sama2 sorak sambil sengih sikit kat orang sebelah. Sumpah awkward gila. Feel tu tak ada.

*ni gambar bila entah. cilok google

Mula2 ada lah sikit nyesal. Apa jadah la aku mai tengok kat stadium ni. Dah la panas, tak ada replay goal, tak nampak bola, tak nampak ekspresi muka player semasa mengeshut, tak nampak player pakai boot brand apa.. bla bla bla. 


Tapi lama2 feel tu datang. Time player Kedah attack, aku berdiri. Tengok diorang berlari, rasa nak berlari pun ada. Macam kena rasuk puaka. Puaka bola. Time ref buat decision kontroversi sikit, fan stat maki ref, aku pun join sekaki. Padahal aku tak nampak pun bola kat mana, apa foul tadi. Seronok rupanya maki2 orang ni. Haha.

Damn. Macam mana nak buat ending entri ni ha?



Okay. Sebenarnya semangat sokong bola kena pupuk. Macam cinta jugak.

Ops!


Isnin, 25 Julai 2011

Alter ego

Bulan 7 ni entri2 aku macam hampeh je aku rasa. So, apa kata kali ini aku terbitkan entri ilmiah sikit. Sikit.

Bila entah ada lah kenalan aku bertanyakan pasal Alter Ego kat salah satu laman sosial. Aku pun tak sure dia dah tau ke belom benda ni. Akibat nafsu ingin menulis yang tiba2 tak dapat dikawal, so aku cilok lah topik ni buat entri baru.


Okay mula. Alter ego ni actually datang dari bahasa Latin. Lepas aku cuba recall sikit ayat2 yang aku dengar kat telenovela Rosalinda ayammoh, aku rasa maksud dia "the other I". Ataupun personaliti kedua dalam diri. Ada jugak kes yang lebih dari 2 personaliti. Tu orang panggil multiple characters, kalau tak silap.


Biasanya orang dengan masalah ni akan tiba2 tertukar karekter tanpa dia sedari. Atau tetiba dia berperilaku macam you've never known him/her before. Lain macam. Alter ego ni bersifat berlawanan dengan sifat natural seseorang. Kalau sikap normal protagonis, alter ego jadik antagonis. Dan vice versa, boleh jadi jugak. Manusia yang selalu cool lepak santai tetiba jadi emo baran, misalannya (ni kadang2 sebab mood jugak. susah nak explain alter ego ni sebenarnya) *sigh*


Ok kasik satu contoh, paling femes, Dr Jekyll and Mr Hyde, novel english literature PMR. Dr Jekyll ni baik dan Mr Hyde (alter ego) ni jahat. Jalan cerita jangan lah tanya aku, tak baca pun novel tu. Sebelum trial PMR, tu first time aku belek2 sikit. Tengok sinopsis.


Lagi, Beyonce Knowles dengan alter egonya, Sasha Fierce (nama tajuk 3rd album beliau). Karekter Sasha Fierce ni sebenarnya dia yang create sendiri supaya jadi@nampak lebih kuat, aggresive dan sexy masa perform kat atas stage, which is, dia sebenarnya tak lah camtu. Contoh lain, Nami, author blog Teh Tarik Gelas Besar. Dia kasik nama alter ego dia, Jack. Katanya, si Jack ni la perosak hidupnya selama ni.


Wallahualam.


(Entri ni ditujukan khas untuk yang malas google atau search kat wikipedia. Aku tau diorang lagi percaya material blog aku dari webpage buatan Amareka tu. Hehehe)

Rujukan utama.

Jumaat, 22 Julai 2011

Ini macam lama2 atok hang pun reti robot dance

Tetris, tak lapuk dek zaman. 


Lepas ni tak ada la orang cakap "kau ni asyik main game je. cuba keluarkan peluh sikit".

Teknologi.. teknologi..

Rabu, 20 Julai 2011

Skodeng

Dulu aku selalu dengar mak mertua kalau nak pilih menantu pompuan, diorang selalu cakap kena chek ada 'urat timbul' ke tak. Macam mana diorang belek kaki tu dan bila diorang chek tak pulak aku tahu menahu. Tapi kalau kasi aku chek, mudah. Asal muka comel ala2 pan-asia sikit sure aku kasi lepas. Kehkeh. 


*ada bulu2 halus sikit sexy apa?


Aku pun tak sure apa cacatnya pompuan ada 'urat timbul' kat kaki ni. Sikit2 aku tau, diorang cakap senang nak dapat anak. Tak pun mudah nanti bersalin. Entah, aku tak ambik port sangat kepercayaan mistik ni. Alaa, susah2 sangat bagi aku urut. Meh aku tolong pelepas darah tersumbat tu. Jenis jari banyak bakat ni tak manfaatkan, orang cakap "mottainai!" macam iklan produk elektrik Jepun tu pulak. Servis ikhlas free of charge. Ahaa.


Tapi sepanjang aku kat Jepun ni, tak ada lah pulak aku TERnampak 'urat timbul' kat kaki awek2 Jepun ni. Kaki licin yang jenis letak kain sutera kat peha, maka kain sutera itu pun meluncur laju turun ke buku lali. Nak lebih saintifik, aku letak lah lajunya dalam 1-2saat. Tu pasal suka tayang kat orang. Orang cakap benda cantik2 ni kena share kena tunjuk kat orang. Lagi ramai lagi bagus. Macam pamer painting2 kat gallery tu. Sama konsep.


Adakah ini bermaksud diorang mudah melahirkan anak? Yang tu aku tak boleh jawab. Aku bukan student gynae


Macam mana kaki diorang cantik aku tak tau la pulak. Tak kan aku nak tahan sorang tanya, "Hi cik adik. Kaki awak cantik sangat ni apa rahsia? Selalu amalkan Jamu Mak Dara ke? Hehehe". Gelak cheeky kat belakang tu patut letak. Buat persediaan kalau2 air muka cik adik tu berubah dan tiba2 naik minyak. Pada ketika tu, boleh la prepare ayat pelepas, "No, takde takde. I gurau je tadi". Lepas insert gelak awkward sikit kat belakang ayat, cuba terus hilangkan diri dari padangan beliau secepat mungkin.


Apa aku mengarut ni? Oh ya, pasal kaki cantik. Aku rasa rahsia kaki gred A jap girls ni sebab diorang selalu berjalan (maksud aku jalan kaki, bukan pegi mall tak sampai 2km pun terhegeh-hegeh nak naik teksi) dan selalu kayuh basikal. Kot. 


So, kenapa pulak kat pompuan melayu je keluar isu2 'urat timbul' ni? Ni mesti stok pompuan malas workout. Jenis sibuk dok main facebook@twitter.   #terasa


Tapi ini isu dah lama kan. Dulu2 mana ada facebook@twitter, ye dak?


Jadi moral daripada entri ini ialah...,








(Aku rasa better aku post entri sebelom bulan puasa. Nanti korang tu cop aku tak puasa mata pulak dok skodeng keting2 pompuan ni. Keh3)



Isnin, 18 Julai 2011

Dengar saja.

Aku rasa mashup ni cool. Terus jadi entri.




Katanya 39 lagu. Aku dapat detect dalam 3-4 lagu je.

Jumaat, 15 Julai 2011

Sempena ulang hari ke-7 BERSIH 2.0

Siapa2 yang pegi join BERSIH, ada nampak yang ni? 




Kalau ada diorang pakai burung ni, bukan setakat benteng deretan manusia, tak main la kubu betis kaki, dinding konkrit batu pun boleh retak beb!


Nak pulak dia baling Burung biru. 3 in 1. Ceh, rasa macam duta dok promot produk Nescafe pulak. Eheh. Memang senang banyak lahh. Jimat tenaga. Burung (double meaning) belom jatuh, dengar je bunyi teriakan nyaring, "wiiiii!" sure kasi lutut gegar.


Buat nya kalau Burung hitam..,


.....


Boleh tahan imaginasi aku malam2 buta ni.

Rabu, 13 Julai 2011

Jenis baca pun sia-sia punya entri

Rindu melihat blog aku menyemak kat news feed Facebook kamu-orang? Rindu membaca hasil nukilan genius di blog terkenal seantero dunia? Rindu tangan terketar-ketar tak sabar nak drop komen kat entri berkualiti aku?


Penantian satu penyiksaan. Iya, aku tahu tu. Maaf.


...


Sarkastik. LULZ~


Entah, aku (rasa) aku busy sekarang. Busy yang tak sangka boleh busy macam ni. Rasanya tak ada la aku buat apa2 pun. Biasalah aku jenis materialistik yang pandang hasil nyata. Hasil yang boleh nampak dengan mata. Yang tak nampak aku peduli apa. 


Erk.


Hurm, kepala pun serabut juga tak tahu kenapa. Bingung macam ada anak nak bini kena jaga. Biasalah aku jenis pikir saja, nak laksanakan tak ada la pulak bunn.


Tak boleh menulis sangat, apa kata kita shift ke hobi lain. Tengok drama melayu ke. Dengar2 drama melayu dah boleh celen drama indon. Sekali tayang kt tv, berkepul-kepul status update facebook. Beratur tweet masuk kat timeline twitter.


Nora Elena. Ok fine aku lambat. Nak jugak try tengok. Ambik tips ciri2 kemaskulinan Seth Tan. Dengar cerita dia lelaki idaman wanita malaya sekarang. Ye ye je korang. Entah apa ubat guna2 dia pakai pun aku tak tau. Mana ada lelaki romantis macam tu sekarang. Mengarut! Paling ramai pun sorang je dalam Malaysia. Tu pun dia tak ada kat Malaysia sekarang. Ada hal katanya. 


Ehem.


*Lap keyboard berhabuk* 



Sabtu, 9 Julai 2011

Belajar.

Ketuk pintu.


Masuk dengan butang sut terbuka. Terus duduk tanpa dipelawa. Macam gengster aku masuk temuduga. Macam syarikat bapak aku yang punya. Haha.


Ni kes tertukar kad registration dengan member aku punya pasal la. Ingatkan turn aku lambat lagi. Aku first rupanya. Tak sempat nak buat persediaan hati. Doa penerang hati lagi la.


Result? Boleh predict. 


Create good first impression, man.









Padan muka. Sapa suruh tak prepare betol2.

Isnin, 4 Julai 2011

Vacuum cleaner

Bandingkan situasi di bawah.

SITUASI 1

Si adik ada plan nak _____ (isikan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai). Tapi si abang rasa benda tu tak elok. Bimbang takut orang nampak macam abang tak pandai jaga adik pulak. Si abang rasa tercabar. Si abang cuba pujuk adik supaya jangan buat. Si adik degil. Si abang cuba nak halang, mula tinggikan suara. Mula gertak2 si adik. Si adik tekad. Keras kepala jugak si adik ni ya. Adik sape jugak kan.

Si abang buntu. Tak ada idea. Tiba2, si penulis yang berotak kartun nampak mentol menyala di atas kepala si abang. Bunyi "ting!" kalau tak silap. Si penulis pun ingat2 lupa jugak rupanya. Hehehe.

Si abang pun pegi lah repot kat si bapak. Kalau korang nak tau, si abang ni anak manja si bapak. Ceh, harap badan je besar. Memalukan kaum2 abang je.

Si abah panggil si adik. Slow talk dengan si adik. Si adik cuak. Si bapak kata apa pun ikut je la, takkan nak lawan balik. Kang tak pasal2 kena sebat dengan pedang rotan azimat si bapak, ye dak? Keluh si adik dalam hati.

Si bapak pun apa lagi. Guna terus kuasa vetonya...,

SITUASI 2

Gantikan kata nama 'si adik', 'si abang' dan 'si bapak' kepada kata nama yang korang rasa sesuai dan menjadi topik hangat sekarang. Takkan tu pun kena habaq lagi kot. Haish! 

(jalan cerita ditokok tambah mengikut kesesuaian)

*ada kena mengena tak ni?

UPDATE: ini entri berbau politik. harap maklum.

Jumaat, 1 Julai 2011

Video BERSIH 2.0 versi 8 bit

Rendahkan volume. Ok, tekan play!


Ada jugak game yang aku tak tau. Tak cukup hiburan rupanya aku dulu2. Patut la cepat matang. Keh keh.

p/s: Dengar cerita tag BERSIH laku seminggu dua ni. Acu try tengok. Heh.