Isnin, 4 Julai 2011

Vacuum cleaner

Bandingkan situasi di bawah.

SITUASI 1

Si adik ada plan nak _____ (isikan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai). Tapi si abang rasa benda tu tak elok. Bimbang takut orang nampak macam abang tak pandai jaga adik pulak. Si abang rasa tercabar. Si abang cuba pujuk adik supaya jangan buat. Si adik degil. Si abang cuba nak halang, mula tinggikan suara. Mula gertak2 si adik. Si adik tekad. Keras kepala jugak si adik ni ya. Adik sape jugak kan.

Si abang buntu. Tak ada idea. Tiba2, si penulis yang berotak kartun nampak mentol menyala di atas kepala si abang. Bunyi "ting!" kalau tak silap. Si penulis pun ingat2 lupa jugak rupanya. Hehehe.

Si abang pun pegi lah repot kat si bapak. Kalau korang nak tau, si abang ni anak manja si bapak. Ceh, harap badan je besar. Memalukan kaum2 abang je.

Si abah panggil si adik. Slow talk dengan si adik. Si adik cuak. Si bapak kata apa pun ikut je la, takkan nak lawan balik. Kang tak pasal2 kena sebat dengan pedang rotan azimat si bapak, ye dak? Keluh si adik dalam hati.

Si bapak pun apa lagi. Guna terus kuasa vetonya...,

SITUASI 2

Gantikan kata nama 'si adik', 'si abang' dan 'si bapak' kepada kata nama yang korang rasa sesuai dan menjadi topik hangat sekarang. Takkan tu pun kena habaq lagi kot. Haish! 

(jalan cerita ditokok tambah mengikut kesesuaian)

*ada kena mengena tak ni?

UPDATE: ini entri berbau politik. harap maklum.

5 ulasan:

NURUL AINI NORAZMAN berkata...

waaa..pening sudah baca,.hahaha

dannyism berkata...

ok, ini sgt mencabar..

rekbing berkata...

@nurul aini: kasi ulang 3-4 kali phm kot. :)

@dannyism: aku bca cmmt hg, aku gelak besaq. kah3!

sirNyokism berkata...

apa neh rekbing dah mula masuk politikus lak!
haha.. =P

soooooour berkata...

nak tukar..tp asyik pikir kunin je..lalalala...