Isnin, 27 September 2010

Lawatan spontan ke Nagashima Spa Land

Kembali bercerita lebat tentang tempat-tempat menarik di Jepun. Practise skill kot-kot dapat keje macam travel agent. Mana tau.

Aku actually baru balik je Jepun. Cuti 3 minggu. Kejap je. Aku pun dah tak kuasa nak jalan mana-mana dah. Tenaga aku dah abes dikerah time trip aku kat Jepun dulu (rujuk entri lepas2). Pancit. So, aku duduk je la kat rumah pegang remote. Sit back and enjoy.

Berbalik kepada cerita tadi, aku baru je pulang ke Jepun. Kelas start awal. Tak aci betol. Dengan penat travel dan sedikit kesan jet-lag, tiba-tiba,

“Weh, nak gi mane cuti sehari dua ni? Tak bosan ke?”
“Jom Nagashima Spa Land!”
“Katne?”
“Nagoya.”

Aku pandang muka sorang-sorang dah berubah. Dari mata diorang, aku dapat rasakan mereka seakan-akan sedang melompat-lompat sambil berkata “Nak pegi! Nak pegi!”, tapi dipendamkan. Excited semacam. Suke sangat, aku rasa diorang terlepas dengar perkataan “Nagoya” yang sememangnya jauh dari tempat aku ni. Bukan macam Sungai Petani ke Kulim atau dari Subang ke Shah Alam. Dekat 4 jam jugak naek tren.

Malam tu aku tengok diorang dok sibuk chek kt internet detail-detail, harga tiket, tempoh perjalanan dan jadual tren. Time ni pun tak sure lagi nak pegi ke tak.

Esok pagi diorang kejut aku pukul 5, suruh siap, cakap nak gerak kol 6. Tengok betapa semangatnya member2 aku ni. Dipendekkan cerita, sampai la aku ke Nagashima Spa Land.

Sampai ke sana, aku beli tiket. 4100yen jugak (RM148.000). Masuk dalam, aku pandang kiri kanan. Oh, ada wetworld rupanya. Mujur member aku yang datang sume laki. Aku dapat kebebasan mengusha suma awek (wetworld, paham2 je la.) kat dalam tu sambil memuji keindahan makhluk ciptaan Tuhan. Menyesal tak beli tiket wetworld sekali. Hehe.

Yang speselnya kat sini aku perlu membuang masa beratur panjang. Di sini aku nampak pelaburan 3jam setengah perjalanan aku berbaloi. Boleh maen sampai muak. Bercakap tentang theme park, apa lagi kalau bukan permainan yang mendera batin (aku tak merujuk kepada batin di atas ranjang). Hampir sume games aku try. Sampai ferris wheel pun termasuk dalam list sebab dah tak tau nak maen game apa lagi. Cooldown sket setelah puas menghamburkan adrenalin.

Kat sana aku ada mencuba 2 attraction yang nampak macam gempak iaitu White Cyclone dan Steel Dragon 2000. Dah maen, aku gatal tangan mengoogle kedua-dua attraction tersebut. Maklumat di hujung jari kan.

White Cyclone - world’s 3rd longest wooden roller coaster (1700m)
-world’s 7th tallest wooden roller coaster (42m)
- world’s 10th fastest wooden roller coaster (102km/h)

Steel Dragon 2000 - world’s longest steel roller coaster (2479m)
- world’s 3rd tallest steel roller coaster drop (97m)
-world’s 4th fastest steel roller coaster (153km/h)

*White Cyclone

*Steel Dragon 2000

Aku dah try. Anda bila lagi?

p/s: Ini cerita seminggu lepas. Malas beno aku nak apdet blog. Tak tahu apsal. Idea dah berkarat.

Selasa, 14 September 2010

Taktik terbaru peminta derma

4 hari lepas, aku bawak adik aku ke BSN. Withdraw duit. Sampai-sampai, tengok orang queue panjang macam treler 14 tayar, aku pelan-pelan sorong motor cari tempat teduh. Tunggu.

Tiba-tiba, datang sorang adik manis kat aku. Baju kurung. Buat bini pun ok ni, aku pikir. Aku pun mulalah curi-curi jelling kat side mirror. Ambik kesempatan betolkan rambut dan apa-apa yang patut. Aku ni hensem sangat ke sampai dia nak ngorat aku ni. Terperasan pulak.

“Assalamualaikum bang, saya dari Sekolah Agama **** **** dari Alor Setar datang nak mintak derma”
“Oh, tak apalah”

Dengan penuh perasaaan kemut aku menjawab. Mintak derma rupanya. Aku tersedar. Aku seakan terpukau dengan pandangan mata umpama panahan syaitan tu.

“Takkan abang tak mau bantu sekolah kami bang..?”

Kali ni lagi lembut. Macam nak nangis. Berbakat betol adik ni mengayat aku. Ayat yang bisa memerangkap mana-mana lelaki berdahi licin. Cair separa pepejal jugak aku dibuatnya. Aku cuba keraskan diri. Cuba atasi perasaan simpati dengan perasaan kemut.

“Tak, tak apalah dik. Abang bawak henset je dik”

Bimbang aku akan menderma sesuatu yang tak dijangka berlaku, aku terus blah. Tukar port lain. Nampak sangat skill kelentong aku masih di tahap beginner. Orang budus je tak bawak wallet keluar pekan. Atleast bawak lesen. Tambah-tambah pulak time raya ni incik polis memang aktif berkeliaran cari makan. Kumpul duit raya lebih.

Dari jauh aku pandang dia cari mangsa baru, beberapa orang mat rempit. Kebiasaannya, lelaki-lelaki hati kering seperti itu jauh sekali melakukan charity terutamanya yang melibatkan duit seperti menderma. Tapi, aku nampak satu keajaiban. Salah seorang daripada lelaki tadi menyeluk poket sambil tersengih dan menarik beberapa ringgit dari walletnya. Kagum aku sebentar. Boleh tahan taktik baru peminta derma ni.

Kalau dulu, diorang selalu pakai budak-budak kecik untuk untuk mintak derma. Aku yang berhati lembut memang tak boleh menghalang diri dari menghulurkan sumbangan seikhlas mungkin. Walaupun hanya 50 sen. Kira advantage lah bila budak-budak yang datang tu kurang upaya atau bahasa mudahnya, cacat. Kadang-kadang sampai terhulur duit kertas hijau tak pun merah. Baik kan?

Tapi sekarang, diorang pakai gadis rupawan, yang merupakan salah satu daripada 12 belas kelemahan aku untuk mintak derma. Bijak.

Nampak macam efektif.

Rabu, 8 September 2010

Aku suka klip video lagu raya

Saban tahun aku menonton klip video lagu raya, aku kagum.

Klip video dengan cliché unik. Contoh

a) Acara bermain bunga api secara berjemaah even diharamkan oleh kerajaan Malaysia
b) Latar belakang HANYA sebuah rumah kayu yang tak berapa nampak rumah jiran. Rumah homestay kot
c) Aktiviti mengacau dodol dengan berbaju raya walaupun logiknya orang dah tak kacau dodol di hari lebaran
d) Teknik salam-bersalaman dengan SEMUA yang terlibat dalam klip video tersebut

Taktik paling gampang iaitu memanggil seluruh artis syarikat rakaman termasuk beberapa crew untuk join the club dalam satu klip video. Nak tunjuk meriahnya mood hari raya. Setting penyanyi 3-4 orang, yang lain menari gaya bebas sambil bersalaman mintak ampun maaf kat belakang. Sorang sekali salam, lengkaplah 3 minit klip video lagu raya.



Scene salam-bersalaman hingga ke penamat klip video. Walaupun teknik sama setiap setiap tahun,lagu raya tetap no 1 di hati peminat.

Lagu raya tetap evergreen. Tu pasal aku suka.

p/s: Aku bosan gile.

Isnin, 6 September 2010

Soalan killer 2

Ni sequel entri aku hari tu. Terlupa nak masukkan. Aku rasa ni pun boleh masuk list jugak ni.
Aku jugak agak kurang senang bila mendengar soalan ni.
Kalau dalam bahasa Jepun, ____ panggil apa? (isikan tempat kosong dengan kata kerja @ sifat yang sesuai)
Bila aku ditanya soalan ni, otak aku dikerah bekerja dengan turbo power. Sebab aku puas memikir, dilema nak jawab ke tak. Aku tak nak cakap Jepun di kalangan masyarakat yang langsung tak memahami bahasa Jepun. Macam guna verbal language dengan orang pekak. Kalau diorang nak belajar pun, aku tak nampak pulak ada yang pegang buku nota, take note apa yang aku nak cakap. Kalau aku tak jawab, aku pulak kena tembak. “Dah lama kat Jepun, takkan tu tak tahu”.
Contoh,
A: Kat Jepun, ‘sedap’ orang cakap apa?
Aku: (Fikir setengah minit. Semua orang stare aku. Tunggu jawapan) Umai.
Jawapan ringkas. Aku ingat aku dah berjaya puaskan hati diorang.
A: Bukan. Orang Jepun cakap sedap tu ‘Ajinamoto’.
Sangkaan meleset. Boleh tahan lawak antarabangsa dia. Semua gelak. Kecuali aku. Damn. Aku tak tahu nak bagi reaksi apa untuk lawak tadi. Pancit akal aku pikir kat mana funny spot ayat dia tu. Tak jumpa. Aku buat muka toya.
Sekali lagi,
B: Bahasa Jepun, ‘berlari’ orang cakap apa pulak?
Aku memilih untuk diam kali ni. Itu yang terbaik, aku fikir. Dia tengok aku macam terkelip-kelip mata nak jawab. Dia tolong jawabkan.
B: Orang Jepun panggil ‘berlari’ tu ‘hugga’.
Nah! Apa tu? 3 tahun aku belajar bahasa Jepun, tak penah terkeluar pulak vocab tu. Tapi macam biasa, makhluk-makhluk yang langsung tak tahu-menahu bahasa Jepun tu ketawa terbahak-bahak. Kelakar agaknya. Aku juga macam biasa. Pandang kiri kanan. Cuba nak gelak. Tak berkesan. Blur.
Aku orang Melayu. Bangsa yang kaya dengan adab tatasusila. Penuh budi pekerti.
Kalau tak, nak je aku bagi respon,
Hahahahahahhahaha (sound effect: gelak celaka) .. Lawak la. Nak lagi, nak lagi.
Hahahahahahahahah(sound effect: gelak celaka) ..lawak la. sekati berapa ya uncle?
Mujur aku orang Melayu.

Sabtu, 4 September 2010

Lama ke sekejap

5 bulan kat Jepun. Lama ke sekejap?
Bagi aku lama ke sekejap ni depends. Kalau bab study, satu sem tu rasa kejap je. Pegi-balik kelas, makan, tido. Sama rutin. Pejam celik pejam celik, dah final exam. Jangan pejam tak celik-celik sudah la.
Tapi satu part, aku rasa lama. Benda yang aku aku selalu tengok di Malaysia dan SANGAT sukar ditemui di Jepun. Orang cakap macam nasik jugak la. Makanan ruji orang Malaysia. Sehari tak makan, cakap “dah lama aku tak makan nasi”. Macam sehari tak makan boleh mati. Hmmp.
Kat sana aku rindu betol nak tengok bilik yang manusia di dalamnya berdiri, bongkok dan duduk. Ulang dan ulang beberapa kali. Bagi yang tak kenal apa itu Islam, memang pelik. Tapi aku anak Melayu-Islam, arif benar apa yang mereka lakukan. Ritual mengenal Tuhan.
Aku juga rindu menengok paip renek yang airnya dialirkan ke dalam longkang. Barisan beberapa paip air yang berkongsi sinkinya. Air suci pembersih diri.
Sekarang aku dah boleh tengok sume tu.
*bilik manusia berdiri bongkok duduk
*paip air rendah masuk longkang
Untuk seminggu dua ni, tak perlu la aku sembahyang tepi tangga lagi. Tak perlu la aku angkat kaki dalam sinki lagi untuk amek wudhuk. Rasa lebih senang dan tenang.