Ahad, 26 Disember 2010

PacMan yang gem-Pac!

Sebut je PacMan, sape yang tak tau kan. Moyang segala game. Even noob pun tau PacMan tu apa.

PacMan ni sebaya dengan Super Mario. Mula femes dalam tahun 1980-an. Aku pun tak lahir lagi masa tu. Kenkadang aku pun heran apesal game makhluk kuning bulat makan bijik kuaci ni terkenal sangat ke seluruh 'alam. Simple je pun. Kan. Tapi logik la zaman, tu alat teknologi cenggini memang akan jadi top hit.

Biasalah game2 legend cenggini mesti ada orang buat tribute. Meh aku share sikit artwork pasal PacMan.



Tapi penah je aku tengok Japanese jadi high maen game ni. Siap maki-hamun lagi. Tapi aku tak pelik. PacMan memang legend! :D

Ada lagi. PacMan di dunia realiti. PacMan the movie.

Jumaat, 24 Disember 2010

Perbandingan

Kadang-kadang aku jadi tak berapa boleh beza ini....


...dengan yang ini.


Sampai orang cakap, naik bas balik kampung ni macam ke medan perang. Entah hidup entah tidak. Salah siapa? :(

Selasa, 21 Disember 2010

Rekod 6 tahun terbakar begitu sahaja.

Aku terbangun awal. Tak bole tido balik. Ohh. Hari ni cuti. Bosan gile tak tau buatpe. Aku post lah entri dungu ni. Nah amekk!

6 tahun aku setia dengan Biore For Men Energizing White. Aku tak kisah dia tak buat aku putih, walau ada perkataan 'white' kat situ. Aku tak amek hati. Remy Ishak kulit gelap pun hensem jugak, aku fikir. Kulit aku maintain energetic tanpa cela aku dah cukup bersyukur.

Alih2, aku datang Jepun je, kulit aku dah mengada-ada tanak pakai produk Malaysia. Langsung tak kesian kat aku. Dulu nampak je tunas2 jerawat parasit ni, aku sental ngan Biore, boleh je halau. Sekarang ni 6 bulan aku pakai, si tunas2 jerawat tu tanak jugak berambus. Siap beranak pinak lagi atas muka aku ni. Cilakak. Kulit aku ni culture shock mungkin.

Dulu aku fikir lelaki ni kena ada jerawat jugak sikit. Baru maskulin. Macho. Tak nampak comel sangat cam si Justin Bieber (1st time aku eja nama dia btol). Aku pikir balik, tu zaman purba punya idea. Permintaan sekarang mahu jadi metroseksual perlu kulit licin tanpa jerawat. Ok fine. Aku go with the flow.

1st time aku beli ubat jerawat. Ni je cerita aku sebenarnya. Kan aku cakap kisah hidup aku memang lame. Haha.

*cubaan untuk menjadi metroseksual

Tapi bayangkan, 6 taun tu! Kalau baby korang bagi drumset sebijik, dah jadi camni dah.

Ahad, 19 Disember 2010

Butang LIKE saja tidak cukup...

Pengguna facebook ni mesti dah masak benor dengan butang LIKE ni kan. Sume benda nak 'like'. Laa, tak tau jugak ke? Ni haa..


Member add x-gf/bf jadi friend. LIKE. Awek cun buat status ntah hape-hape. LIKE. Jumpa nama group panjang 6 harakat. LIKE. Member upload gambar yang ada muka sendiri, sangat hensem dan tak pernah rasa sehensem itu. LIKE. Dapat comment, tapi tak tau nak reply apa. Pun LIKE. Pendek kata, cara mudah dan simple untuk menunjukkan yang korang ni alert jugak dengan perkembangan alam siber korang..atau FB ialah dengan hanya mengelik butang LIKE (sapa punya teori ni?). As simple as ABC. Kan.

Tapi cuba bayangkan kalau facebook juga ada ini...,


...mesti lagi meriah kan? Rawr!

Tapi takyah la button ni. Drastik sangat. Kecik ati member.

Khamis, 16 Disember 2010

Bergaya tak perlu kaya.

Aku acapkali dengar, orang cakap biar papa asal bergaya. "Palo hotak mu! Dah miskin nak gaye guane? Dok?". Cetus aku di dalam hati.

Tapi ternyata aku silap. Mari tonton cewek2 jepun yang super cute ni.


Nak apa? Latest? Western? Korean? Klik saja dan...dah bole bergaya. Tak perlu poket kembung-kembung. Haha!

p/s: 1st time aku tengok, aku kagum. Diorang kreatif. 2nd time aku tengok, aku kesian. Desperate sangat ke?

Isnin, 13 Disember 2010

Apa kejadahnya game ini?

Sedang takde punca layan YouTube (macam biasa), aku jumpa video satu game yang buat aku pikir "ape kejadahnya ini?". QWOP. Tak tau pehal, aku rasa game ni memang epic.

Game ni mudah. Selari ngan nama game, korang hanya perlu tekan 4keys iaitu Q, W, O, P untuk main. Goal, simple. Abeskan larian hingga ke 100m. Bunyi cam kacang. Cuba dulu baru tau. Aku dah try. Naik urat dahi.

Click to play

Bagi cikgu2 praktikal subjek Sains Sukan, kalau dah buntu gile tak tau buat test ape, apakata bagi je maen game ni. Kasi student paham apa mekanisme otot2 terlibat masa berlari. Tak lepas 10meter, kasi fail. Ok ape.

Bole tengok tutorial kat sini.

Jumaat, 10 Disember 2010

Shaiton musim sejuk

"Ape ah ko ni. Tak gaya. Jaket tebal selai je? Camni awek jepun pon bosan la.."
"Kalau pakai sneakers low-cut camni, konfem beku jari kaki ko dowh. Skang kena pakai boots"
"Snowcap tak cukup tebal. Nanti suhu klimaks winter lagi sejuk. Better ko beli yang jenis kait-kait tu. Baru kebal"
"Muffler kalau tak match ngan baju tak style bro. Tak kacak. Kena ada 2-3 lai jugak"

Tudia bertubi-tubi datang suara2 shaiton nirrajim ni cuba nak goda aku. Pancing aku suruh shopping sampai licin poket. Nak abeskan duet aku. Taik betol. Dia tak tau aku susah payah saving duet nak angkat Alphard Vellfire ni. Hmmp.

Masuk musim selji ni, banyak pulak datang. Banyak sampai aku sempat nampak sorang sekor. Siap cam muka lagi. Lebih kurang camni.


Pinjam jap jembalang hijau ko ni hudaremli, suke btol tengok dia joget.

Khamis, 9 Disember 2010

Kembalikan mereka ke habitat asal

Tempat mereka bukan di hutan konkrit, dinding-dinding bangunan. Bukan di dada-dada manusia. Bukan juga di kaki. Tapi di sini.


Selamatkan haiwan tersebut. Jangan biar mereka diancam kepupusan. PEACE! :D

Selasa, 7 Disember 2010

Satu minit singkat yang melekat.

Ok. Ni entri journal hidup yang agak membosankan. Tau la kisah hidup aku yang lame ni hanya layak buat bedtime stories je. Tapi alang-alang korang dah ter'masuk' dalam page ni, apa salahnya korang luangkan 5 minit untuk scroll sampai ke penghujung. Tak gitu?

Sembang pumpam saja tak guna. Jum masuk topik utama. Atoy's birthday party.

Sambutan ni memang dah dirancang. Tak bole panggil suprise party la kan. Yang tak bole blah, sambutan direquest oleh tuan punya badan. 1minggu sebelum. Ya, sedikit berbau paksaan disitu. Tapi takpe. Sain-sain kawe dop kiro. Oh. lagi satu. Demand yang agak lagi tak bole blah. Ajak sambut kat USJ. Kemain. Eklusib. Tapi, aku iyekan je. Kalau tak kuar rumah, aku ceni gak. Tulis blog.

Kali ni ke USJ kire buat record lah jugak. Tak terkejar-kejar nak maen rides. Tak payah menunggu lama2 semata-mata nak maek rides yang tak sampai 5 minit tu. Simbolik nikmat dunia. Kejap je seronak. Kan. Kali ni kitorang layan shows je. Duduk je atas kerusi. Panaskan punggung. Sit back and enjoy. Rasa matang gila. Haha.

Sebelom pegi, Jumaat malam kitorang buat sambutan ala-ala barat sikit. Makan-makan kek. Kek coklat handmade. Member aku buat.
Oh lupa. Sebelum 12 tengah malam tu, ada acara kemuncak. Apa dia?. Ni video trailer sikit. Nah jangan berebut.


Ahad, 5 Disember 2010

2 fakta rawak.

Fakta
1.Memiliki harta seperti Dr Rozmey adalah satu kejayaan.
2. Memiliki rambut seperti Dr Rozmey adalah satu sumpahan.


Gambar diatas jika ditukar mukanya dengan muka ini, itulah imej terkini aku. Oh yeah! Ditambah pulak senyum sinis sahabat handai bila menatap imej aku yang pada awalnya aku rasa cool ni. Oh, berat sungguh penderaan batiniah ini.

Rambut-rambut sekalian, cepat2 panjang ok. Tolong.

Khamis, 2 Disember 2010

Cuba google nama anda

Korang penah google nama sendiri?


Zachary Garcia, pelajar yang suka-suka menggoogle namanya sendiri terkejut apabila dapat tahu namanya dilibatkan dalam satu pembunuhan kejam. Omak kau!

Beliau yang terkejut dan marah bila mana ada pihak mengaitkan namanya dengan perkara yang dia tak buat.
Dia terus call Polk County Police kat Florida. Memang gentlemen. Tak menggelabah. Yela, kalau aku pun mengamuk. Aku yang even tak penah mengguris hati orang ni, tiba2 dituduh membunuh. Pembunuhan kejam pulak tu. Dabeliutieff!

Suspek sebenar, Zachery Garcia (dieja dengan 'e' dan bukannya 'a'), juga berkongsi besday dengan Garcia, 6 March.

Jom google nama sendiri pulak. Aku dah check. Bersih. Korang try lak pulak. Mana tau keluar pewaris harta mana2 jutawan ke, bole pegi tuntut. Hehe.

Selamat mencuba.

Sumber Daily Mail