Jumaat, 20 Mei 2011

365(++) hari berblog


Bulan Mei. Banyak hari istimewa dalam bulan Mei. Hari Buruh, Hari Mak, Hari Cekgu, Hari Wesak, hari-dimana-speaker-laptop-aku-dibaiki, hari-hari-aku-busy dan hari apa2 jua sekalipun, korang mesti tahu yang setiap hari adalah istimewa sebenarnya. Kenapa? Kalau tak ada hari ini, tak ada la esok. Kalau tak ada semalam, tak ada la hari ni. Bodoh kan teori? Haha. Yang paling spesel, bulan 5 ni ialah 1st anniversary blog Iqra itu Bacalah! Wee~

(apehal gedik sangat ni?) ...

Okay. Ya, hari ni dah setahun aku buat blog. Terjebak dalam dunia blog buat aku jadi tak malu cerita apa saja. Cerita pegi ke situ dan ke sini. Cukup tak ada privasi. Senang 'acid man' nak track pastu simbah aku camni. Dan berlagak kaunselor menasihat orang itu dan ini. Dan juga tanpa rasa segan silu, post entri sampah tahap "ape jadah kau mengarut nak share2 dengan orang ni?" kat Facebook. Dan sebagainya...

Actually 2 minggu aku perah otak apa aku nak tulis sempena hari grand 1st anniversary aku ni. Aku tak nak spoil entri penuh bermakna ni sebenarnya.

Hurm, Nuffnang. Randomly, aku nak bukak cerita pasal nuffnang. Bagi bloggers, sape cakap dia tak tahu nuffnang, aku sula karang. Pembongak. Bagi orang kebanyakan, yang tak tahu, nuffnang ni advertisement wajib (wajib??) ada dalam blog. Pendek kata, advertisement=income.

Tapi aku, dengan mengamalkan konsep berblog secara jujur, aku tak amek port sangat pasal ads dan income ni. Pejadah kan? Hehehe. #tahihipokrit

*Jom KFC!

Tapi aku ok. Walau income setahun lagi kurang dari gaji sejam part-time kat Jepun, aku teruskan jua atas sokongan dan dorongan kamu semua. Terima kasih kepada semua peminat2, pembaca senyap (baca: silent reader), pembaca dalam hati, pembaca secara lantang ke semua lah. Tanpa kamu semua siapalah saya. (tarik nafas. pandang depan)



*bunyi cengkerik*



Aku expect bunyi tepukan dan sorakan.

13 ulasan:

najib berkata...

haha. tahniah. mat blogger syial~

budopbaek berkata...

*clap cla*

Daniel Ihsan berkata...

pa lagi..klik la banyak2..tapi jangan kantoi fraud sudah la..hahahahaha...

restu resort berkata...

plan2..

amranaiman berkata...

chayok!!! =D

A retarded kitty berkata...

bertepuk sebelah tangan
kekeke

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

aku lontarkan kasih sayang dan ciuman.

boleh?

lutfi berkata...

esok boleh blanja 1game kt round 1.hahah

rekbing berkata...

@zara: hurm. bergantung brp jauh ia boleh sampai.

xD

@lutfi: belanja? tnggu ekonomi stabil dulu la. (ayat maaarof)

say- O berkata...

aku reader anda ingin mengucapkan tahniah!!! kekalkan prestasi!! atau gandakan saja!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

aku percaya dekat2 Osaka kau boleh kutip benda tu.

nanti aku check coordinate ok?

XD

REDARiey berkata...

eheh blog kita umur lebih kurang ke? arini genap 1 tahun 2 hari. time birthday aritu nk jugak buat entri tp xda idea. siap buat reminder birthday kat hp lg tp last2 xupdate pape. ok bebel. birthday iqra itu bacalah!

dr ; otak dan hati.

rekbing berkata...

@redblack: part buat reminder tu, kita sama. tp lps seminggu dr tarikh tu baru bole tulis entri.

hehe