Rabu, 20 Julai 2011

Skodeng

Dulu aku selalu dengar mak mertua kalau nak pilih menantu pompuan, diorang selalu cakap kena chek ada 'urat timbul' ke tak. Macam mana diorang belek kaki tu dan bila diorang chek tak pulak aku tahu menahu. Tapi kalau kasi aku chek, mudah. Asal muka comel ala2 pan-asia sikit sure aku kasi lepas. Kehkeh. 


*ada bulu2 halus sikit sexy apa?


Aku pun tak sure apa cacatnya pompuan ada 'urat timbul' kat kaki ni. Sikit2 aku tau, diorang cakap senang nak dapat anak. Tak pun mudah nanti bersalin. Entah, aku tak ambik port sangat kepercayaan mistik ni. Alaa, susah2 sangat bagi aku urut. Meh aku tolong pelepas darah tersumbat tu. Jenis jari banyak bakat ni tak manfaatkan, orang cakap "mottainai!" macam iklan produk elektrik Jepun tu pulak. Servis ikhlas free of charge. Ahaa.


Tapi sepanjang aku kat Jepun ni, tak ada lah pulak aku TERnampak 'urat timbul' kat kaki awek2 Jepun ni. Kaki licin yang jenis letak kain sutera kat peha, maka kain sutera itu pun meluncur laju turun ke buku lali. Nak lebih saintifik, aku letak lah lajunya dalam 1-2saat. Tu pasal suka tayang kat orang. Orang cakap benda cantik2 ni kena share kena tunjuk kat orang. Lagi ramai lagi bagus. Macam pamer painting2 kat gallery tu. Sama konsep.


Adakah ini bermaksud diorang mudah melahirkan anak? Yang tu aku tak boleh jawab. Aku bukan student gynae


Macam mana kaki diorang cantik aku tak tau la pulak. Tak kan aku nak tahan sorang tanya, "Hi cik adik. Kaki awak cantik sangat ni apa rahsia? Selalu amalkan Jamu Mak Dara ke? Hehehe". Gelak cheeky kat belakang tu patut letak. Buat persediaan kalau2 air muka cik adik tu berubah dan tiba2 naik minyak. Pada ketika tu, boleh la prepare ayat pelepas, "No, takde takde. I gurau je tadi". Lepas insert gelak awkward sikit kat belakang ayat, cuba terus hilangkan diri dari padangan beliau secepat mungkin.


Apa aku mengarut ni? Oh ya, pasal kaki cantik. Aku rasa rahsia kaki gred A jap girls ni sebab diorang selalu berjalan (maksud aku jalan kaki, bukan pegi mall tak sampai 2km pun terhegeh-hegeh nak naik teksi) dan selalu kayuh basikal. Kot. 


So, kenapa pulak kat pompuan melayu je keluar isu2 'urat timbul' ni? Ni mesti stok pompuan malas workout. Jenis sibuk dok main facebook@twitter.   #terasa


Tapi ini isu dah lama kan. Dulu2 mana ada facebook@twitter, ye dak?


Jadi moral daripada entri ini ialah...,








(Aku rasa better aku post entri sebelom bulan puasa. Nanti korang tu cop aku tak puasa mata pulak dok skodeng keting2 pompuan ni. Keh3)



2 ulasan:

Cerah Jeff berkata...

aq xkisah pun muke pan-asia ke ape,aq asal lawa da cukup da,hahaha

wanbu berkata...

perghhh... tengah imagine kaki cantik penuh gebu cikaro Jepang wakaka... :P