Jumaat, 29 Oktober 2010

Baju yang buat anda rasa anda HOT.


Satu hari aku ke Uniqlo, brand ala-kad yang tak asing lagi kat Jepun (baru buka branch baru kat KL. Harga, tak sure). Nak dijadikan cerita, aku nampak la satu produk baju yang bernama HeatTech. Aku sebagai lelaki kapitalis, tak bole tengok perkataan canggih ala-ala robot-robot gitu. Pantang. So, aku beli.

Tadi cerita sebulan lepas. Masa tu tak sejuk lagi.

Ok, sekarang dah sejuk. Aku buka plastik bungkusan. Dah sebulan aku peram. Hehe. Aku raba-raba fabrik dia.

"Ni ke fabrik HeatTech. Macam kain baju melayu je"

Jari-jemari aku memang gifted. Setiap lekuk-lekuk dan bonjol-bonjol kecik kat permukaan kain pun bole detect. Orang cakap jari nakal. Hehe. Berbalik, bezanya fabrik HeatTech ni agak elastik. Bole tarik-tarik. Kalau setakat fabrik ala-ala kain baju melayu ni, Malaysia dah lama ada. Kalau nak modify bagi elastik, aku yakin ramai je cendiakawan Malaysia yang boleh tachap. Kenapa tak modify? Jawapan: sebab tak perlu. (aku tanya, aku jawab -_-")

Mana ada orang pakai baju melayu fit-fit. Potongan badan lelaki melayu rata-rata tak lah seperti aktor-aktor Hollywood. Silap hari bulan, nanti orang tanya,

"dah berapa bulan ni bang?"
"eh, tu bontot ke perut? Bulat semacam je..,"

Dan soalan-soalan lain yang dirasakan logik.

*aku paling kiri....sebelah mamat baju merah tu. diorang tersilap crop..huhu

Pehal aku banyak bunyi ni?? Ke aku ni manusia yang tak menghargai teknologi?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pergh..shoping sokmo abe nih..hahaha..
geng2 artis...sasuga redbean..XD

Post Terhangat...


Kerana Kamu Pengikutku...

rekbing berkata...

baju murah bero..org kata baju ni bole "generate heat from inside", aku beli la,,hehe

E Y Q A berkata...

huiyooooooooo!

rekbing berkata...

hebatt kan :)