Khamis, 24 Februari 2011

5 produk paling tak berguna

Ciptaan produk paling phailed abad ini.

5. Pelindung misai

Ni kes bila takut sangat dah besar panjang pun still ada 'milk moustache'. Hehe. Thumbs up untuk sistem pertahanan misai paling mantap! LOL

4. Selipar kucing serbaguna


Orang Kedah kata, 'baluq liat'. Penyegan (dalam konteks ini ia tidak membawa maksud 'pemalu'). Malas kemas rumah, suruh kucing. Ha, elok. Kalau kucing tu kencing atas selipar tu, abes bernajismutawasitoh satu rumah kau. Padan muka!

3. Pemegang rokok (1kotak)


Apa barang 1batang? 1kotak sekali harung baru macho. Market. "Ma.." apa lagi. Ma..mati. (ajal maut di tangan Tuhan)

2. Span mikrofon


Kalau dah asyik letak kat mulut nak nyanyi, bila nak sabun badannya? Takpun tengah2 high tarik lagu tinggi 2 ela, terperah sabun dalam mulut, berak tak lawas baru tahu.

1. Cermin mata 'Venetian'


Dikatakan fashion invention (paling) gagal.Hanya bole dipakai oleh artis untuk buat persembahan atas pentas. Nak pakai di luar, sila bawak tongkat bole lipat. Haha!

*****

Aku sebenarnya tengah cari buku/web "100 useless Japanese inventions". Entah betol ke tidak tajuk ni. Aku pun tak sure. Lebih kurang camtu la bunyiknya. Jepun memang suka cipta macam2 dan tak kurang daripadanya yang pelik2. Sememangnya bangsa Jepun itu sendiri pelik. Tak percaya datang masuk dalam komuniti diorang ni barang setaun dua. Aku pun dah nampak Jepun ni macam alien dari planet Marikh yang berfizikalkan manusia.

Aku cakap macam penah tengok alien kan. NASA lain la, 1969 dah sampai bulan. Kalau sekarang diorang cakap dah sampai Pluto pun, tak pelik kan?

Celah mana mai cerita pasal NASA ni?

Bytheway, mungkin benar Japanese tu alien. Maybe technology canggih diorang tu technology planet Marikh. (??)

p/s: Abaikan part last. Aku mengarut sebab aku penat gila. Hehehehehehehehehehehe (cukup panjang?)


5 ulasan:

kyo_9 berkata...

wah.. ada ke buku tuh?
kalo ada nanti yoroshiku!

say- O berkata...

jepun memang kreatif dan pelik. dari segi budaya klasik, perfileman, muzik, komik hingga ke pornografi pun mereka kreatif. salute.

rekbing berkata...

@kyo: ak penah tgk cover dia kt tv..tp xpenah jmpe lagi.
@karoi: konklusi y mantopp!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Kalau ada nak suruh kamu buat review~

XD

rekbing berkata...

@zara: review 100barang? 5barang entri xcukup panjang??

:D