Rabu, 30 Jun 2010
Cerita Panglima dan Anak Buahnya
Isnin, 28 Jun 2010
Berita Harian Fail!

Ahad, 27 Jun 2010
Kaiyukan, Dunia di Dasar Laut
Dalam entri lepas, aku ada story pasal Universal Studio Japan (USJ). Nak tahu best ke tak, cekedaut sini.
Kita tukar mood pulak. Mood sayangi alam. Flora dan fauna ni memang matching dengan naluri nature lover macam aku. Ni cerita tentang ikan. Bukan nak ajak gi mancing, tapi ke Kaiyukan, world’s largest aquarium!
*bangunan utama
Bila aku masuk, tengok aku dikelilingi bergelen-gelen air, aku kaget, gelabah. Terus aku buat-buat lemas macam tak cukup oksigen. Hehe. Ni la kali ke-2 aku masuk aquarium besar-besar gedabak macam ni. First kat Underwater World, Langkawi. Memang jauh bezanya. Aku tahu. *bunyi mengeluh
Masa beli tiket orang langsung tak ramai. Masuk-masuk je, terus boleh jumpa cik adik manis penjual tiket. Biasala, berapa kerat sangat pencinta alam kat dunia ni. Ramai tak nak mencontohi jejak langkah murni aku ni. Aku pun heran.
Harga tiket 2000yen bersamaan RM 72.51. Tapi aku tamak, aku ambik pakej naik ferris wheel sekali. Tambah lagi 600yen iaitu RM21.75. Takpe aku orang kaya. Muahaha.

*Aku jadi blushing bila ikan dolphin yang cute ni senyum-senyum jeling kat aku
Kalau cakap aquarium, ada apa lagi kalau bukan ikan, kan? (berapa banyak “kan” da). Ada jerung, pari, kerapu, lumba-lumba, arowana dan lain-lain lagi. Ikan duyung je takde. Aku ada cari juga. Tak jumpa. Dalam tu jugak ada ikan whale shark. Tengok nama pun dah tahu ikan ni besar. Dalam 5 meter lebih kot. Time aku lalu sini, aku perasan hampir 80% pengunjung (orang Jepun) menyebut perkataan sama untuk mengexpress perasaan mereka, iaitu “mecha ooki!” yang bermaksud “beso gilo supo nate!”.
Tapi yang (aku rasa) spesel kat sini, sebab ada penguin. Kat dalam “sangkar” penguin ni ada mesin penyembur ais macam mesin ais kacang berskala besar. Kat situ jugak la penguin-penguin ni mengadakan rapat umum serta majlis keramaian diorang.
*Masyarakat penguin bermesyuarat tentang global warming
Puas tengok ikan, aku naik ferris wheel pulop. Nak kata 1st time naik ferris wheel tak jugak. Aku penah naik sekali dua kat funfair. Tapi yang tu, pokok kelapa belakang rumah aku lagi tinggi. Then, baru aku tahu, betapa ferris wheel kat funfair tu, cukup tak fun dan langsung tak fair. Hmmp.
*time aku nak snap gambar ni la, diorang pun sibuk-sibuk nak snap
Sedang asyik aku melangut dalam ferris wheel, aku nampak USJ. USJ dekat je dengan Kaiyukan rupenye. (rujuk gambar di atas)
Tak boleh cerita banyak-banyak ni, nanti tak surprise. Hehe. Go and feel it yourself.
p/s: untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kaiyukan.
Jumaat, 25 Jun 2010
Makanan Malaysia menawan Jepun
Jangan malu makan lepat pisang di khalayak ramai di negara orang. Jangan malu mengoffer kuih serimuka kat mat saleh bagi diorang rasa. Sebab bila mereka tau betapa lazat dan marvelousnya masakan Malaysia, nescaya mereka akan cuba membuka pasaran di negara mereka. Trust me.
Oh maaf, teknik penceritaan entri ini tak mengikut plot. Kita mula balik.

Untuk pengetahuan, minggu ini telah dianjurkan “Minggu Juadah Asean” atau “Asean Delicacy Week” kat universiti aku. Aku dengan harapan tinggi menggunung mengharapkan adalah makanan Malaysia sepam dua di situ. Bolehlah aku cakap “Ni makanan negara aku, nak rasa, datang la rumah” sambil berbangga berdabik dada dengan member2 international aku ni. Haha. Bohong sunat.
Satu hari yang dirahsiakan tarikhnya, aku masuk dalam café tersebut. Aku baca poster tu. Aku nampak perkataan “Nasi Goreng”. Hatiku berbunga riang. Tapi bila aku amati betul-betul, aku terbaca “masakan Indonesia”. Aku kecewa. Pasrah. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Hurm. Malaysia tidak kurang terkenal agaknya, aku terfikir. Tiba-tiba,
“Pisang Goreng”.
Perkataan ni menarik perhatian aku. Aku harap dapatlah aku jumpa duta makanan dari Malaysia seterusnya mengubat hatiku yang luka tadi. Sudah jatuh ditimpa tangga. Aku kecewa kali kedua. Ia tertera “Pisang Goreng – Masakan Thai”. What the rock! “Perkataan pisang goreng itu sendiri telah menunjukkan ianya Bahasa Melayu, how come boleh jadi makanan Thai?” Aku kecamuk dalaman.
.jpg)
Tapi aku beli jugak. Aku cuba-try rasa. “Pisang goreng di negara sendiri, pisang goreng jugak di negara orang, lebih baik di negara sendiri.” Aku ungkapkan perasaan aku dalam bentuk peribahasa.
Tak penah jumpa kan peribahasa ni? Memang. Sebab aku baru cipta 45 minit tadi. LOL.
Secara konklusi, aku bangga makanan Malaysia dah menjajah Jepun. Dulu kau jajah aku pakai senapang, pedang samurai. Sekarang aku jajah balik pakai makanan. Hebat kan. Seri 1-1.
p/s: Aku dirasuk semangat Cikgu Puteh, cikgu Bahasa Melayu aku ketika entri ini ditulis. Dia puji cerpen aku “gaya bahasa baik”. Terbawak-bawak sampai sekarang. Kekeke~
Khamis, 24 Jun 2010
Michael Jackson tak mati dalam Islam?

Selasa, 22 Jun 2010
Karya asal iklan Sunsilk
Anda ingat iklan syampu Sunsilk yang agak femes beberapa tahun dulu? Kalau tak, click sini. Kalau aku sebagai lelaki sejati, mana boleh lupa. Cewek iklan cun bangat sih. Pria-pria terhebat sehebat Ariel Peterpornpan pun boleh cayaq (cair). LOL. Tambah pulak petikan gitar akustik lagu “Istimewa” dendangan Indigo yang tangkap leleh. Memang meleleh.
Beberapa hari lepas, aku terjumpa video yang saling tak tumpah seperti video iklan Sunsilk berkenaan. Setelah diamati berkali-kali, aku percaya inilah video asal yang telah diciplak oleh produksi pengiklanan Sunsilk. Aku kecewa dengan Sunsilk. Aku kecewa dengan awek cun. Aku kecewa dengan segalanya.
p/s: Cerita di atas hanya rekaan semata-mata. Takde kaitan dengan yang hidup atau dengan yang mati. Ni sebenarnya video ciptaan kanak-kanak kreatif dari UiTM Melaka. Wa salute sama lu!
Sabtu, 19 Jun 2010
Semangat itu Kuasa

Kalau Malaysia jadi host World Cup (walaupun dalam mimpi) pulak bagaimana? Aku rasa tak perlu la pakai pakaian pelik2 sebab tu bukan budaya kita.
Saja nak mengimbau kenangan Malaysia vs Man United, 18 Julai tahun lepas. Ingat boleh tengok warna kuning atau biru memenuhi stadium. Hampeh. Majoriti sokong team lawan (time Amri Yahyah score tak malu pulak melompat kegirangan, padahal tak sedar kat belakang baju tertera “Rooney”). Ni ada yang tak ada baju Man United, sanggup pakai jugak baju Kelantan. Konon nak tunjuk kaler merah. *tepukan untuk usaha


Bab 2. Kita mesti selalu nampak senario ni kat Malaysia. Kecik-kecik mak bapak suruh anak baca buku macam nak rak, tapi besar2 jadi apa? Alih-alih, Malaysia tak ramai gak cendekiawan-cendiakawan pintar atau pemenang Anugerah Nobel. Pelik kan?
Berbeza pulak kalau kat Jepun, anak baru boleh jalan je, terus bagi glove baseball (sukan besbol sangat laris di Jepun). Sanggup beli gadget macam2 nak bagi anak main. Banyak juga gadget tu aku tak pernah tengok sebelum ni. Sampai camtu sekali. Baru besar nanti boleh jadi macam Ichiro Suzuki. Tapi, akademik tak tinggal jugak. Maintain. Aku pelik kali kedua.
Bila member aku tanya, kat Malaysia sukan ape femes? Aku segan nak jawab bola. Takut diorang tanya balik, Malaysia ada team bola sepak ke? Satgi tak pasal2 aku bertukar menjadi Hulk lalu mengaktifkan jurus hulk smash ke atas member aku itu. Huh.
Nak je aku jawab squash (sebab squash power, boleh aku kerek). Tapi aku rasa rata2 orang mereka tak tahu sukan itu. Satgi aku gak kena explain pasal squash. Aku pun kurang bukan arif sangat dengan hukum-hakam sukan tu. Nanti siapa jugak yang susah? Mereka dan keluarga mereka.
p/s: majulah sukan untuk negara
Jumaat, 18 Jun 2010
Kisah Din Beramboi yang Sempoi
Maybe orang cakap aku lambat, cerita lama. Tapi bagi aku lawak dan bakat dia tak pernah lapuk.
Aku seorang peminat setia siri Spontan kat Astro tu (tapi aku tengok kt YouTube jela. Aku orang susah, takde Astro..huhu). Satu hari ini, aku miss sangat Spontan. Lama sangat tak tengok. Search2, aku jumpe “Spontan Musim 2-episod 1”. Aku click. Aku layan sampai habis.
Actually, episode ni Spontan buat tribute kat Din Beramboi. So, ada video sikit pasal Din kat part last.
Ni la. (part sebelum minit 4:17 tak tengok pun takpe)
Tengah aku gelak, masuk part last tu, tiba2 mata aku berkaca-kaca, rasa sebak semacam. Macam la Din Beramboi tu sedara aku. Lalu air mata aku tumpah ke ladang gandum. Aku cuba kawal macho, cuba menangis dalam silent mode. Ah, malu la nak cerita.
Aku pun tak tahu kenapa aku boleh jadi sentimental camtu. Mungkin aku peminat setia dia. Lawak spontan dia.
Aku cukup sedih bila tengok Kak Syira (host Spontan) ketawa terbahak-bahak, pastu muzik sayu+sedih tiba2 berkumandang. Abang kamera pun terus play role. Focus muka sorang-sorang pelakon Spontan. Semua tak gelak. Diam. Hening.
“Abang Din, kau memang legend la!” (Desus aku di dalam hati)
Al-Fatihah. (Mior Ahmad Fuad Mior Badri: 1967 – 2010)
Ni video arwah feveret aku.
p/s: aku tulis entri ni bukan sebab aku puja dia, tapi aku hormat dia sebagai seorang anak seni Malaysia yang berbakat.
Selasa, 15 Jun 2010
Maafkan Robert Green ok?
Kepada peminat2 England yang masih frust menonggeng dengan kebodohan kesilapan Robert Green menentang USA tempoh hari, anda diminta bertenang.
(terharu melihat wajah Robert Green semasa memohon maaf kepada teamnya seolah-olah berkata "aku taknak masuk sebenarnya, Capello paksa aku...,")
Sesungguhnya ramai lagi goalkeepers diluar sana yang melakukan silly mistakes (perkataan “silly” akan bertukar menjadi “funny” bila video dibawah ditonton berulang kali). Rili-rili sili!
Check this out!
Maafkan lah beliau. Beliau masih mentah. Sedangkan nabi ampunkan umat. Kan.
p/s: sila vote goal “terbaek punya!” pilihan anda. Terima kasih.
Isnin, 14 Jun 2010
Hari ni Hari Jadi kau, kau nak jadi apa?

Hari ini, tanggal 14 Jun, berkepul-kepul wish happy birthday dari sahabat2 handai serta sanak saudara datang menerjah notification aku. Tak menang tangan aku mereplynya. Time mood karangan Bahasa Melayu SPM aku datang, aku reply dengan ayat novel. Kalau yang biasa sebiasa plain nan tu, aku jawab “tq” ke “thx” plus icon smile, tu je la. Ok?
Tenkiu la kepada Mark Zuckerberg (pencipta facebook) kerana buat application ni (laman sosial lain pun ada sebenarnya). Boleh diorang wish kat aku. Ahaa. Penat2 mengomen, dapat idea nak buat entry baru. Inilah dia!
Sebenarnya takde motif jelas pun aku buat entry ni. Saja nak ingatkan balik tujuan kita dicipta di atas muka bumi ni. Lebih kurang macam tazkirah la sikit. Malam-malam camni memang seswai muhasabah diri.
Seperti yang kita sedia maklum, manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna yang dicipta dari setitis air mani (rujuk Surah Al-Mukminun 12-14). Jangan pulak duk ikut teori si beruk Charles Darwin tu. Teori tu boleh pakai kat dia sorang je.
Selain tu, Allah juga ada berfirman,
“dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepada-Ku”
Tu urusan kita dengan Tuhan. Aku tak nak explain banyak2, sendiri mau ingat la kan. Dalam kehidupan seharian, kita seolah-olah kurang jelas dengan masa depan sendiri. So, hidup sendiri, mestilah sendiri plan. Kalau orang laen yang tentukan, kita cakap jaga tepi kain orang pulak. Tu la orang Melayu. Kaya dengan peribahasa. Memang la betol perjalanan hidup kita telah ditetapkan Qada dan Qadar. Tapi, mengambil kata2 ahli falsafah, “orang yang gagal merancang, dia merancang untuk gagal”. Contoh dalam perbualan harian,
Q1 Kau nak buat apa lepas abis Degree ni, sambung Master?
A1 Ntah, tak tau la (jawapan familiar. Termasuklah aku)
A2 Kau nak sambung ke tak? Aku ikut kau je (jawapan alternative. Aku juga kekadang camni)
Ikut orang. Nampak sangat matlamat hidup kita tu samar2, dan gagal merancang masa depan sendiri. Tak ada wawasan. Wawasan 2020 Malaysia lagi 10 tahun lagi. Sempat lagi tak? Renung-renungkanlah.
p/s: baru habes tengok match Netherlands vs Denmark. Seperti dijangka, Netherlands menang 2-0. Oranje!
Ahad, 13 Jun 2010
Siapa cakap Dikir Barat tak Rock?
Aku ulang sekali lagi dalam loghat Kelantan, “sapo oyak Dike Barak dok rok?” (“dok rok” ni bukan maksudnye tak larat ke, tak kisahlah, atleast aku mencuba..hehe)
Tengok, aku pun dah terikut-terikut kecek klate tengok video kat bawah ni.
Dengan music arrangement iras Metallica, pukulan drum sekental Travis Barker, ngauman gitar sebingit Mark Tremonti, tak cukup “batu” lagi kah dikir barat? Apa lagi korang nak?
Video ni agak panjang. Mesti bosan. Tu first impression aku. Tapi, nyata aku silap. Tengah2 aku layan lagu ni, tiba2 kepala aku bergerak automatik, di luar kawalan. Aku ter”head-banging” layan dikir barat! Yeyeah!
Hasilnya, aku tengok video ni sampai habes. LOL. Tak caya, aci bet potong…,kuku la!
Untuk alih bahasa ataupun sarikata, maaf, aku bukan orang Kelantan. Aku pun paham perkataan “Budu” je. Haha.
p/s: tiba2 rindu nak makan budu walaupun aku tak pernah makan budu kat Malaysia. :(
Khamis, 10 Jun 2010
8+1 Fakta Tentang Piala Dunia

Selasa, 8 Jun 2010
Google tak pernah menipu
Aku etceli bingung nak kategorikan entri kali ini sebagai lucah ke, jijik ke, ataupun lawak. Jadi aku combinekan sumenya, aku kategorikan sebagai “Secukup Rasa”. Ok?
Aku ada state kat entri sebelum ni, tak tahu pape, google je. Google tak akan bagi fakta yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.
Ini terbukti apabila Google Street View, satu application google telah memberikan info yang terlebih jujur sehingga membuatkan penggunanya terkejut beruk. Lain dicari, lain yang jumpa. Dah tu, nak tengok sangat area tu, Google Street View tunjuk je la. Google tak cerewet.
Baru2 ni, seorang lelaki, Matt Griffiths mencari rumah menggunakan Google Street View. Secara tak sengaja dia ternampak satu scene yang memberi gambaran masyarakat setempat begitu “friendly”. Satu pasangan sedang menikmati "saat2 indah" diatas rumput ala-ala Kuch-Kuch Hota Hai. Hoho!

Ada lagi contoh2 lain perkara menarik memalukan dalam Google Street View.

*reaksi hati kering penduduk setempat
Mungkin ada yang berpendapat ini melanggar privasi mereka. Tapi tak kan Google nak cut kot tempat/scene tu. Nanti tak pasal2, tengah orang search jalan, satu part gelap tiba-tiba. Tak ke haru. Kamera Street View pun bukan lalu situ tiap2 hari. Sape-sape yang caught on tape tu kira bertuah la. Tak pasal-pasal jadi femes. LOL.
p/s: kat Malaysia kurang femes lagi Google Street View ni. Kalau tak mesti banyak lagi scene-scene menarik kita boleh tengok :D
Sumber: DailyMail
Sabtu, 5 Jun 2010
Makan Maggi tanpa Was-was

Kita selalu dengar mak kita atau orang2 yang caring dengan kita cakap,
"Kau ni makan maggi hari-hari tak elok. Nanti kena penyakit buah pinggang baru tahu."
Atau ayat denying biasa perokok tegar bila ditegur tentang amalan merokok,
"Alah, iklan kat tv tu saje nak takutkan orang bagi jangan hisap rokok. Padahal, takde ape-ape pun."
Ni lah pemikiran tipikal rakyat Malaysia. Cakap tidak berdasarkan fakta. Benda yang auta dikatakan fakta. Begitulah sebaliknya. Hmmp. Laen kali nak cakap tu,google dulu (kalo korang boleh access internet di mana-mana sahaja macam aku la. Hehe). Aku selalu pegang moto, “free your mind from question marks”. Ada je keraguan bersarang, terus key-in word tu, contact pakcik google. Tambah-tambah depan laptop. Lagi cargas.

Macam aku cakap tadi, tak tahu tanya google je. Asyik menggoogle, aku jumpa artikel pasal mi segera atau lebih selesa dengan panggilan maggi .Makanan feveret korang kan? Aku juga. Haha. Kajian oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mendapati purata jisim kandungan garam dalam sepeket mi segera hanya dalam 2~3 gram. Manakala Kementerian Malaysia mengesyorkan pengambilan garam 5 gram sehari bagi orang dewasa.
Tapi manusia normal selalunya makan mi segera dengan air, tak kisahlah dengan air panas ke, atau air sejuk pastu tunggu sampai maggi sampai bengkak. Kebiasaannya, satu hidangan maggi melibatkan 400ml @ 2 cawan air. So, kepekatan garam tadi for sure la berkurang. Tapi kalau yang jenis hardcore sikit, nak kaw,air taruk sekadar nak bagi basah je. Orang camtu pun ada. Biasalah tu kan. Jangan pulak makan macam makan mamee monster pulak, pecah-pecahkan pastu gaul dengan serbuk perasa dia. Tu tak bertamadun namanya (aku pun kadang-kadang buat jugak camtu, time aku rasa aku macam hidup kat gurun. Susah nak cari air)
Tapi kalau yang jenis nafsu serakah kat maggi dia tinggi, 3 paket sekali harung, pastu buat maggi makanan ruji pulak, apa cerita? Alasan tak ada duet nak makan. Tengok dressing update je. Musykil2. Tu tak campur garam dari makanan lain lagi. Especially, dari fast food macam McD or KFC. Orang cakap lagi masin lagi sedap. Kaya tauke garam. Dalam aku berkempen “Makanlah Makanan Berkhasiat” ni pun, ada jugak “saintis celop” buat teori, kalau dah makan garam banyak-banyak, nak neutralkan balik kena makan gula banyak-banyak. Kepala h***k tuan hamba! Makin cepat la dapat penyakit tiga-kembar-seiras – penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi. Mintak simpang la.
Aku juga penah dengar pasal sejenis lilin dalam maggi tu yang lambat dihadam dalam perut tu. 2-3 hari baru lumat dicerna. Tak dinyatakan pulak kat artikel yang aku baca tu. Mitos je kot.
p/s: tak penah try Maggi hao liou. Sepeket berapa ya? Dengar macam femes.