Jumaat, 18 Jun 2010

Kisah Din Beramboi yang Sempoi

Maybe orang cakap aku lambat, cerita lama. Tapi bagi aku lawak dan bakat dia tak pernah lapuk.

Aku seorang peminat setia siri Spontan kat Astro tu (tapi aku tengok kt YouTube jela. Aku orang susah, takde Astro..huhu). Satu hari ini, aku miss sangat Spontan. Lama sangat tak tengok. Search2, aku jumpe “Spontan Musim 2-episod 1”. Aku click. Aku layan sampai habis.

Actually, episode ni Spontan buat tribute kat Din Beramboi. So, ada video sikit pasal Din kat part last.

Ni la. (part sebelum minit 4:17 tak tengok pun takpe)

Tengah aku gelak, masuk part last tu, tiba2 mata aku berkaca-kaca, rasa sebak semacam. Macam la Din Beramboi tu sedara aku. Lalu air mata aku tumpah ke ladang gandum. Aku cuba kawal macho, cuba menangis dalam silent mode. Ah, malu la nak cerita.

Aku pun tak tahu kenapa aku boleh jadi sentimental camtu. Mungkin aku peminat setia dia. Lawak spontan dia.

Aku cukup sedih bila tengok Kak Syira (host Spontan) ketawa terbahak-bahak, pastu muzik sayu+sedih tiba2 berkumandang. Abang kamera pun terus play role. Focus muka sorang-sorang pelakon Spontan. Semua tak gelak. Diam. Hening.

“Abang Din, kau memang legend la!” (Desus aku di dalam hati)

Al-Fatihah. (Mior Ahmad Fuad Mior Badri: 1967 – 2010)

Ni video arwah feveret aku.

p/s: aku tulis entri ni bukan sebab aku puja dia, tapi aku hormat dia sebagai seorang anak seni Malaysia yang berbakat.

1 ulasan: