Sabtu, 19 Jun 2010

Semangat itu Kuasa

Ni bukan cerita pasal semangat hantu Mak Lampir. Yang tu kalau percaya, lagi dia jadi kuat. Macam lelaki la, kalau makan Tongkat Ali lagi lah kuat dan dan bertenaga (ape ni?). Aku dengar orang la cakap la.

*klik untuk tumbesaran tulang-temulang

Ni cerita tentang semangat kesukanan. Kagum aku sebentar dengan penyokong2 South Afrika yang begitu bersemangat menyokong pasukan negaranya. Cat muka, pakai costume pelik lagi aneh dan juga tanpa segan menari goyang gerudi ala-ala Inul Daratista. Rilek. Diorang kisah apa. Ni budaya mereka. Bangga dengan budaya sendiri. Ibu jari naek dua! (baca: 2 thumbs up)

Kalau Malaysia jadi host World Cup (walaupun dalam mimpi) pulak bagaimana? Aku rasa tak perlu la pakai pakaian pelik2 sebab tu bukan budaya kita.

Saja nak mengimbau kenangan Malaysia vs Man United, 18 Julai tahun lepas. Ingat boleh tengok warna kuning atau biru memenuhi stadium. Hampeh. Majoriti sokong team lawan (time Amri Yahyah score tak malu pulak melompat kegirangan, padahal tak sedar kat belakang baju tertera “Rooney”). Ni ada yang tak ada baju Man United, sanggup pakai jugak baju Kelantan. Konon nak tunjuk kaler merah. *tepukan untuk usaha

*anda nampak Nani di depan bendera Malaysia?

*agak2 Man U love korang tak?

Mungkin sebab team Malaysia lemah (lemah ape? Kena 2-3 ok la. Siap Van Der Sar kena ayam dengan Amri Yahyah lagi. Haha). Sebab semangat kesukanan lemah? Maybe.

Bab 2. Kita mesti selalu nampak senario ni kat Malaysia. Kecik-kecik mak bapak suruh anak baca buku macam nak rak, tapi besar2 jadi apa? Alih-alih, Malaysia tak ramai gak cendekiawan-cendiakawan pintar atau pemenang Anugerah Nobel. Pelik kan?

Berbeza pulak kalau kat Jepun, anak baru boleh jalan je, terus bagi glove baseball (sukan besbol sangat laris di Jepun). Sanggup beli gadget macam2 nak bagi anak main. Banyak juga gadget tu aku tak pernah tengok sebelum ni. Sampai camtu sekali. Baru besar nanti boleh jadi macam Ichiro Suzuki. Tapi, akademik tak tinggal jugak. Maintain. Aku pelik kali kedua.

Bila member aku tanya, kat Malaysia sukan ape femes? Aku segan nak jawab bola. Takut diorang tanya balik, Malaysia ada team bola sepak ke? Satgi tak pasal2 aku bertukar menjadi Hulk lalu mengaktifkan jurus hulk smash ke atas member aku itu. Huh.

Nak je aku jawab squash (sebab squash power, boleh aku kerek). Tapi aku rasa rata2 orang mereka tak tahu sukan itu. Satgi aku gak kena explain pasal squash. Aku pun kurang bukan arif sangat dengan hukum-hakam sukan tu. Nanti siapa jugak yang susah? Mereka dan keluarga mereka.

p/s: majulah sukan untuk negara

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malaysia hebat linesman wcup tuuu

rekbing berkata...

y 2 mmg duk practise lme da..dok jaga line mmbe wt jahat kt hostel =)