Sabtu, 14 Ogos 2010

Entri panas 2010

Yes! Akhirnya ada jugak masa senggang aku masuk Dashboard dan seterusnya menekan butang New Post. Iya, seminggu dua ni aku memang super busy. Busy melayan tetamu dari Tokyo yang datang bertandang. Macam biasa, aku sebagai tuan rumah wajiblah membawa diorang berjalan-jalan meluaskan pemandangan.

*tak nak cube gigit2 I ke bang?

Sebelum tu,

"Salam Ramadhan"

Walaupun hari ni dah masuk 5 Ramadhan, aku rasa masih tak terlambat untuk aku ucapkan "Salam Ramadhan". Sebab bagi aku, bulan Ramadhan tu 29 hari. So, kalau aku wish "Salam Ramadhan" satu hari sebelum raya pun, still dalam bulan puasa lagi kan. Rumusannya, selagi belum tibanya 1 Syawal, anda tak pernah terlambat untuk mengewish ucapan-ucapan menyambut Ramadhan. Setuju?

Bagi yang telah terpedaya dengan tajuk entri ni dan kecewa dengan isi kandungan entri tidak seperti yang dijangka, ampun dan maaf aku ucapkan. Bulan puasa ni memang elok kita saling maaf-memaafi. Hehe. Aku fikir tajuk ni lah yang paling kena dengan tema entri aku kali ni.

Aku maksudkan "panas" ni sebenarnya ditujukan kepada maksud "Ramadhan" itu sendiri yang dalam bahasa Arabnya bermaksud "panas yang membakar".
Aku tak lari tajuk kan?





4 ulasan:

Ferfarfer berkata...

huhu. mule2 ingt ape mase tgok dashbord, kat list blog tu ader pic eskrem, tp tajok post PANAS. skrg suda pham!~~

norulqalbi berkata...

aissssss krimmm!
=PPP

Has berkata...

haha, selalu terhibur dengan entri afif :D salam ramadan juge!

rekbing berkata...

ferra: bagusla da paham :D
sensei: salam ramadhan jugak :D