Ahad, 22 Ogos 2010

Fikir positif, pulangan positif

Back on track. Kembali menyentuh semula laptopku yang terpisah lama. Menekan papan kekunci. Panas. Respon positif. Dia suka agaknya.

Aku baru pulang dari 2 minggu journey Osaka-Tokyo. Aku tak nak buat dah taun depan. Bukan sebab tak best. Salah timing. Bulan puasa dan musim panas. Satu kombinasi hebat mengerah kudrat. Tapi aku positif. Aku tahu apalah sangat keletihan tu jika dibandingkan pulangan yang aku dapat. Dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan. Cuci mata dengan gadis pemandangan cantik. Orang cakap pengalaman tu priceless. Apa-apa lah.

Bulan puasa ni mari bersihkan minda. Kurangkan marah-marah. Umpat-mengumpat. Caci-mencaci. Jangan selalu tunjuk orang tu salah, orang ni salah. Eksperimen diri dulu. Think positively. Kata Dr Fadhilah Kamsah, "Insan yang cemerlang datangnya daripada akal, jiwa yang bersih dengan jiwa yang tenang".

Bercakap tentang berfikiran positif, aku bagi test sikit kat korang. Nak uji tahap kepositifan pemikiran korang. Jangan risau, tak ada markah. Layan je.



Bagaimana?

Banyak lagi tompok hitam dalam hati tu kan. Mari beramal. :D

3 ulasan:

Teletubis berkata...

mamat ni nak cover dia gersang..aku pon biasa buat teknik ni..

Entri Cilanat!!!
Cilanat!!!Pesal Ko Follow Bontot Aku Ni??

Tanpa Nama berkata...

pergh..abg kacang dah kembali..kembali dengan video yang nice..

Post Terhangat...
Manusia Durjana

rekbing berkata...

@teletubis jgn biasakan diri suda la..hehe
@pidut nice kan, kan~