Ahad, 1 Ogos 2010

Macam ni baru member.

Member macam mana korang cari?

Bagi aku, aku pilih member yang mempunyai sifat 'jujur' dan 'boleh diharap'. Dan aku kunci jawapan tadi. Takde orang kat muka Bumi ni suka member yang tak jujur. Tikam belakang. Tambahan pulak kita sebagai makhluk lemah, kadang2 kena jugak mintak tolong member. Tak harapkan member, nak harapkan siapa lagi. Takkan nak harapkan pagar kot. Pagar pun makan padi.

Bagaimana kalau yang ni?


Full package. Member yang menolong apabila diperlukan. Plus, jujur. Terlebih jujur. Hehe.

Kalau aku, tak kisah kot. Aku maafkan je. Member kan. Tapi 'kereta api' (rujuk gambar di atas) tu kena ganti balik la. Tak boleh ganti dengan kereta yang sama model, Honda Civic baru pun jadila. Aku bukan jenis demanding.

Amaran keras: Don't try this at home :D

2 ulasan:

ayesyaazreena berkata...

ahaha..
kalau nak cari member yang full package pun, kita pun kena ada full package jugak. InsyaAllah~
;D

redbean berkata...

tsk..tsk..kne diri sndiri..hehe