Khamis, 5 Ogos 2010

Kenapa anda perlu angkat “peace” bila posing?

Dulu aku selalu tertanya-tanya mengapa asal nak amek gambar je kena tunjuk 2 jari (peace), asal tunjuk 2 jari je kena amek gambar. Mengapa tidak 3, 4, 5 atau angka-angka yang lebih besar? Tak angkat peace tak hensem@comel kah? Aku bermonolog sendirian. Sehingga la aku dapat info pasal V sign

Apa kejadahnya V sign itu sebenarnya?
*ini dia V sign

Di UK, inward V sign (tapak tangan menghadap ke dalam) ialah gesture bermaksud mencabar, provoke, penghinaan, ejekan dan perkataan yang satu famili dengannya. Ia digelar “the finger” (kalau ditranslate dalam BM menjadi “jari”. Bapak tak cool!) dan diharamkan penggunaannya di UK, Ireland, Australia and New Zealand. Aku tak sure masih femes ke tak sekarang.

Semasa WWII, Winston Churchill, bekas PM Britain menggunakan V sign sebagai “Victory” sign, terutamanya sewaktu ucapan2 rasmi beliau time pilihanraya. Di US pula, outward V sign bermaksud peace (keamanan) yang menjadi popular semasa gerakan keamanan pada tahun 1960-an.

Cerita V sign kat Jepun

*kami rasa kami comel~

Dikatakan bermula pada 1972 Winter Olympics, Hokkaido yang melibatkan Janet Lynn, US skater yang terikut-ikut budaya pop jepun. Walaupun dapat tempat ke-3, keceriaan dan kehepi-go-lakian beliau menyentuh hati penonton2 Jepun. Semasa menjadi peace activist, beliau selalu menggunakan simbol peace di depan media Jepun. Beliau trigger lambang peace (V sign) di Jepun.

Ada juga teori yang mengatakan ia berasal dari bentuk V sign sendiri yang bermaksud dua. Dalam bahasa jepun, nombor “dua” ialah “ni”. Dan kebanyakan perkataan yang membawa maksud senyuman bermula dengan “ni-“. Sebagai contoh “niko niko” dan niya niya”.

*the infamous V sign

Atas faktor budaya, aku dalam proses cuba membiasakan diri mengangkat peace sambil tersenyum manis semasa bergambar. Aku rasa agak kekok disitu. Serius.

p/s terima kasih kepada penyumbang buah fikiran untuk entri ni. Dia jurukamera hebat. Cekidautt sini.

Sumber Wikipedia

3 ulasan:

norulqalbi berkata...

haa..pic last tu mesti tuan blog punya peace..ke? hihi

(^^,)v

rekbing berkata...

ting tong~..tekaan anda salah :D

norulqalbi berkata...

hehh~
siapa2 jela...hehe