Selasa, 17 Ogos 2010

Sampai kejang bontotku

Seperti yang aku nyatakan dalam entri sebelum ni, sehari dua ni aku memang busy. Jadi aku kurang berpeluang berhubung dengan dunia luar, terutamanya internet. Kesannya, aku kekeringan bahan dan modal untuk dibebelkan dalam Iqra itu Bacalah ni.

Bagi yang membaca entri lepas, korang mesti tahu yang member2 aku dari Tokyo datang melawat aku di kampung halaman aku, Osaka. Setelah seminggu merayau di Osaka, mereka berangkat pulang 2 hari lepas. Tapi diorang tak pulang dengan tangan kosong. Diorang bawa aku pulang sebagai buah tangan. Ataupun dengan bahasa mudahnya, aku dengan tak semena-mena diajak ke Tokyo. Aku patuh.

Setelah berbincang, kitorang mengambil keputusan untuk travel menggunakan 'Ticket 18' dan bukannya bullet train. Sebab pertama dan utama, murah.

Korang mesti penah dengar qoute "if you want something, you must give something".

Maksudnya, kalau aku nak bayar murah, aku kena buat kerja lebih sikit. Jalan pun jauh sikit. Bulan puasa ni memang best jalan jauh-jauh. Elok latih diri untuk banyakkan bersabar.



Walaupun kitorang kena jalan jauh, aku boleh luaskan pemandangan (cuba pujuk diri sebab nyesal amek Ticket 18). Boleh tengok sawah padi yang luas menghijau. Benda yang aku tak penah terfikir boleh tengok di Jepun. Selama ni aku fikir Jepun ni hanya kaya dengan teknologi. Bangunan-bangunan dan robot-robot. Baru aku sedar minda aku agak sempit.


Disamping route yang agak panjang, aku jugak perlu beberapa kali menukar tren. Ada satu stesen, tempoh penukaran tren hanyalah 3 minit. Dengan 1 eskalator, orang ramai, aku kesuntukan masa. Aku sedar aku tidak boleh berlari selaju Watson Nyambek, aku harus cuba berlari selaju Usain Bolt. Berjaya masuk tren. Fuh, puasaku tercabar.

Bukan itu saja, iman aku sekali lagi diuji. Sampai di satu stesen, seat tren full. Aku terpaksa berdiri untuk hentian seterusnya. Hampir 3 jam. Gagah sekali aku berdiri, sampai berakar tapak kaki. Oh penat. Tapi aku rasa lagi baik aku berdiri. Sebab kalau dapat duduk, aku akan merayau ke alam lain. Alam mimpi. Tak boleh tengok keindahan alam semulajadi sekeliling.

Oh, mesti korang pelik kenapa tajuk entri tak selari dengan kandungannya. Mudah. Hampir 12 jam dalam tren memang mengejangkan bontotku. Tu la kesinambungannya. Ok?

*peta perjalanan (2 cm:50 km)

Aku traveller kental.

4 ulasan:

Has berkata...

haha! omoshiroi! :D

PIDUT ASiS berkata...

kental ke bang??balik osaka ni naik la lagi 18kippu...tengok kental ke tak..hehehe

farra berkata...

selamat datang ke tokyo!
:)
nnt kte g jalan2 bli kaen ok?
hihi

redbean berkata...

sensei: tenkiu2.. hehe
pidut: bulan puasa bro..ujian dabel..nnt la ak rancang trip bru, dgn 18 kippu :D
kappa: jom beli kaen pelikat la la la jom~