Ni cerita 3 hari lepas sebenarnya. Baru post hari ni. Edit video sikit. Macam biasa, aku akan cuba beri yang terbaik untuk readers sume. Cewahh. Dan terima kasih juga kepada Asraff yang memberi tunjuk ajar untuk mengedit video, walaupun ilmu “how to trim/cut your video?”. Aku rabun teknologi. Agak noob.
Mesti korang cakap, alah setakat bunga api je, kat depan rumah pun boleh maen. Ni lain.
Yang kat depan rumah tu, kejap je, 10-15 minit. Tak sempat klimaks pun. Yang ni gempak betol. 1 jam aku tengok diorang tembak bunga api. Boom boom pow bunyi dia.
Actually, aku pegi bukan nak tengok bunga api je. Aku ada misi laen.
Sejak kebelakangan ni aku rasa pemandangan aku kabur. Kurang jelas. Dan aku fikir apakata aku 'bersihkan' mata aku di sini.
Ni lah beberapa hasil tangkapan yang aku dapat tempoh hari. Sori imej kurang sharp. Manalah mampu kamera buruk aku ni merekod keindahan ciptaan Tuhan. Nanti aku pertimbangkan beli DSLR. Hehe.
Comel kan? Tu la diorang pakai yukata memang nampak unbearably comel. Mungkin tu aura pakaian kebudayaan.
Kalau awek melayu pakai baju kurung boleh dapat aura camtu jugak kot.
p/s: Disebabkan ingin mencari port yang sesuai serta view yang menarik, kitorang berjalan kira2 2 kilometer. Hasilnya, lutut aku tercabut (hiperbola). Keesokkan harinya, aku dah tak berapa mahu berjalan. Sebab bila aku jalan, aku nampak macam lari-lari anak. Terhinjut-hinjut. Tapi aku rasa berbaloi. Sebab misi ke-2 aku tercapai.
Festival bunga api ini juga gempak. Lokasi, Nagaoka (Japan). Click sini.
Festival bunga api ini juga gempak. Lokasi, Nagaoka (Japan). Click sini.
6 ulasan:
Teringat pulak masa saya ber wasshoi! kat Fukuoka dulu.
greenlava: pernah duduk jepun ke? best kan?
Training...adela dua tiga kali. Hanabi memang best, sampai lenguh leher :)
mmg xbole lawan la bunga api kt KL time merdeka 2..hehe
sry fif,baru bace..hahaha
ko amik video pakai ape?
pesal sori pulak..ak perlu ucap time kasih sbb sudi bace..hehe
ak amek pakai kamera sony y ak beli kt akiba dulu
Catat Ulasan