Sabtu, 28 Ogos 2010

Aku puasa 3 jam je

Puasa penuh 3 jam je. Best kan?

Aku tak mengelat. Aku pun tak puasa yok-yok. Selok periuk? Jauh sekali (sebab aku yakin tak ada apa-apa selain saki-baki lauk sahur yang dah payau).

Formula aku mudah. Kat Jepun, 3 pagi sudah Subuh. 4 pagi tu dah boleh nampak orang Jepun duk siapkan pakai baju anjing. Nak keluar makan angin dengan anjing diorang. Sayang sungguh. Biasa aku tak tido before sahur. Awal sangat, takut tak bangun. Aku tak nak terkulai layu di tasik madu akibat kebuluran. Plus, aku pun tak ngantuk. Orang kata badan dah immune.

Dah makan-makan, tunggu kejap solat Subuh. Tapi aku tak terus tido. Sebab aku tau, time sahur ni la peak hour. Dimana hampir semua member aku seantero Jepun online Facebook. Aku tak lepas peluang. Masa ni la tangan aku gatal nak komen status orang, tag orang kat gambar dan lain2. Macam dah tak ada masa laen.

Hasilnya, pukul 4 aku baru cuba nak tido (aku tak sure sebetulnya aku tido pukul berapa). Aku pun tak nak bazirkan siang aku esok di atas katil je. Orang cakap bulan puasa ni tido banyak-banyak pun boleh jadi makruh.

Esoknya, aku buka mata tengok jam. 3 petang. Dem. Time ni nak ucap good morning kat member pun buat kena luku kepala je. Aku redha. Aku ni jenis yang tak boleh berpisah dengan buku. So, aku pun pegi mengadap buku. Facebook (ya, facebook lagi..). Tekan butang refresh 5-6 kali, alih2 dah 6 petang. Kat jepun, dalam pukul 6.30 petang dah maghrib. Layan PES sepam dua dah masuk waktu berbuka. Tak rasa pun puasa. Mudah kan?

Ni la rutin aku setiap hari.

Tapi ni cerita kat Jepun dulu. Sekarang aku kat Malaysia. Balik bercuti.

Rindu puasa 3 jam aku.

Selasa, 24 Ogos 2010

Soalan killer


Esok aku balik Malaysia. So, aku perlu bertungkus-lumus untuk menyediakan skema jawapan untuk soalan-soalan killer daripada sanak saudara aku yang terdiri daripada beberapa lapisan masyarakat.

Seperti,

Apa beza Jepun dan Malaysia?
Cakap Jepun sikit, boleh?
Kat Jepun ada Ultraman tak?

Even,
Pernah jumpa Maria Ozawa tak kat Jepun?

Macam-macam.

Nampak macam mudah. Tapi nak puaskan hati diorang memang susah. Aku tak salahkan diorang. Kadang-kadang bila jiwa dikuasai perasaan ingin tahu, memang soalan yang agak entah hape-hape akan timbul.

Kalau aku ada sedara macam 'aku' pun, aku jadi macam tu jugak. Rasanya.


Isnin, 23 Ogos 2010

Bila lelaki mencuba tarian tiang..

Korang mesti tau tarian tiang kan, atau bahasa komersialnya pole dance. Biasanya lelaki-lelaki urban masak benar dengan istilah ni. Biasanya.

Aku tak perlu kot tunjuk gambar. Korang google lah. Sebab penari-penari pole dance ni selalunya memakai cebisan kain (aku tak panggil itu baju untuk kes ni). So, tak elok untuk kesihatan mata.

Berbalik kepada tajuk, bila lelaki ganteng memodify pole dance bagaimana pulak? Lihat lelaki-lelaki dari India ni berpole-dancing. Ia bukan lagi nampak sexy, tapi ke arah hardcore. Boleh juga diklafikasikan sebagai ngeri kot. 18SG.



Monyet sarkas pun tabik.

*Ni bukan pole dance. Jangan konfius.

Ahad, 22 Ogos 2010

Fikir positif, pulangan positif

Back on track. Kembali menyentuh semula laptopku yang terpisah lama. Menekan papan kekunci. Panas. Respon positif. Dia suka agaknya.

Aku baru pulang dari 2 minggu journey Osaka-Tokyo. Aku tak nak buat dah taun depan. Bukan sebab tak best. Salah timing. Bulan puasa dan musim panas. Satu kombinasi hebat mengerah kudrat. Tapi aku positif. Aku tahu apalah sangat keletihan tu jika dibandingkan pulangan yang aku dapat. Dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan. Cuci mata dengan gadis pemandangan cantik. Orang cakap pengalaman tu priceless. Apa-apa lah.

Bulan puasa ni mari bersihkan minda. Kurangkan marah-marah. Umpat-mengumpat. Caci-mencaci. Jangan selalu tunjuk orang tu salah, orang ni salah. Eksperimen diri dulu. Think positively. Kata Dr Fadhilah Kamsah, "Insan yang cemerlang datangnya daripada akal, jiwa yang bersih dengan jiwa yang tenang".

Bercakap tentang berfikiran positif, aku bagi test sikit kat korang. Nak uji tahap kepositifan pemikiran korang. Jangan risau, tak ada markah. Layan je.



Bagaimana?

Banyak lagi tompok hitam dalam hati tu kan. Mari beramal. :D

Selasa, 17 Ogos 2010

Sampai kejang bontotku

Seperti yang aku nyatakan dalam entri sebelum ni, sehari dua ni aku memang busy. Jadi aku kurang berpeluang berhubung dengan dunia luar, terutamanya internet. Kesannya, aku kekeringan bahan dan modal untuk dibebelkan dalam Iqra itu Bacalah ni.

Bagi yang membaca entri lepas, korang mesti tahu yang member2 aku dari Tokyo datang melawat aku di kampung halaman aku, Osaka. Setelah seminggu merayau di Osaka, mereka berangkat pulang 2 hari lepas. Tapi diorang tak pulang dengan tangan kosong. Diorang bawa aku pulang sebagai buah tangan. Ataupun dengan bahasa mudahnya, aku dengan tak semena-mena diajak ke Tokyo. Aku patuh.

Setelah berbincang, kitorang mengambil keputusan untuk travel menggunakan 'Ticket 18' dan bukannya bullet train. Sebab pertama dan utama, murah.

Korang mesti penah dengar qoute "if you want something, you must give something".

Maksudnya, kalau aku nak bayar murah, aku kena buat kerja lebih sikit. Jalan pun jauh sikit. Bulan puasa ni memang best jalan jauh-jauh. Elok latih diri untuk banyakkan bersabar.



Walaupun kitorang kena jalan jauh, aku boleh luaskan pemandangan (cuba pujuk diri sebab nyesal amek Ticket 18). Boleh tengok sawah padi yang luas menghijau. Benda yang aku tak penah terfikir boleh tengok di Jepun. Selama ni aku fikir Jepun ni hanya kaya dengan teknologi. Bangunan-bangunan dan robot-robot. Baru aku sedar minda aku agak sempit.


Disamping route yang agak panjang, aku jugak perlu beberapa kali menukar tren. Ada satu stesen, tempoh penukaran tren hanyalah 3 minit. Dengan 1 eskalator, orang ramai, aku kesuntukan masa. Aku sedar aku tidak boleh berlari selaju Watson Nyambek, aku harus cuba berlari selaju Usain Bolt. Berjaya masuk tren. Fuh, puasaku tercabar.

Bukan itu saja, iman aku sekali lagi diuji. Sampai di satu stesen, seat tren full. Aku terpaksa berdiri untuk hentian seterusnya. Hampir 3 jam. Gagah sekali aku berdiri, sampai berakar tapak kaki. Oh penat. Tapi aku rasa lagi baik aku berdiri. Sebab kalau dapat duduk, aku akan merayau ke alam lain. Alam mimpi. Tak boleh tengok keindahan alam semulajadi sekeliling.

Oh, mesti korang pelik kenapa tajuk entri tak selari dengan kandungannya. Mudah. Hampir 12 jam dalam tren memang mengejangkan bontotku. Tu la kesinambungannya. Ok?

*peta perjalanan (2 cm:50 km)

Aku traveller kental.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Entri panas 2010

Yes! Akhirnya ada jugak masa senggang aku masuk Dashboard dan seterusnya menekan butang New Post. Iya, seminggu dua ni aku memang super busy. Busy melayan tetamu dari Tokyo yang datang bertandang. Macam biasa, aku sebagai tuan rumah wajiblah membawa diorang berjalan-jalan meluaskan pemandangan.

*tak nak cube gigit2 I ke bang?

Sebelum tu,

"Salam Ramadhan"

Walaupun hari ni dah masuk 5 Ramadhan, aku rasa masih tak terlambat untuk aku ucapkan "Salam Ramadhan". Sebab bagi aku, bulan Ramadhan tu 29 hari. So, kalau aku wish "Salam Ramadhan" satu hari sebelum raya pun, still dalam bulan puasa lagi kan. Rumusannya, selagi belum tibanya 1 Syawal, anda tak pernah terlambat untuk mengewish ucapan-ucapan menyambut Ramadhan. Setuju?

Bagi yang telah terpedaya dengan tajuk entri ni dan kecewa dengan isi kandungan entri tidak seperti yang dijangka, ampun dan maaf aku ucapkan. Bulan puasa ni memang elok kita saling maaf-memaafi. Hehe. Aku fikir tajuk ni lah yang paling kena dengan tema entri aku kali ni.

Aku maksudkan "panas" ni sebenarnya ditujukan kepada maksud "Ramadhan" itu sendiri yang dalam bahasa Arabnya bermaksud "panas yang membakar".
Aku tak lari tajuk kan?





Ahad, 8 Ogos 2010

Mak dah pesan jangan main atas jalan

Kan mak dah pesan jangan main atas jalan. Tengok siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka..



Ouch!

Jangan contohi lelaki ini. Kalau dah gian sangat nak menari, tunjuk skill, apa kata cuba try nasib kat America Best Dance Crew atau ABDC (aku tak sapot duit pengangkutan. Itu pasti). Aku dah addict gila dengan rancangan ni. Siap rally season 1-5. Hehe.

Tiba2 semangat aku beraksi di pentas tarian kembali berasap. Tunggu masa nak simbah minyak je. Aku pernah perform zapin di depan kira2 200++ audience. Apa kata aku ketengahkan budaya Melayu ni di pentas antarabangsa. Mana tau boleh pergi jauh..

Ada siapa mahu join dance crew aku?

Sabtu, 7 Ogos 2010

Mabuk Facebook

Apa laman sosial paling bang bang boom di dunia?

Ting tong!

Aku tekan buzzer. Aku jawab dengan yakin. FACEBOOK.

***

Aku rasa Twitter juga bang bang boom. Boleh fight Facebook. Tapi sebab aku tak ada account Twitter, so aku cakap dia tak cukup tebabow. Boleh?

Ni ngomelan kedua aku tentang Facebook. Yang pertama anda boleh kelik sini.

Dengan terlahirnya Facebook ni, aku belajar satu perkara. Bahawa bukan arak dan todi sahaja boleh membuatkan orang terhuyung-hayang, malah Facebook juga boleh buat orang mabuk kepayang. Orang Aku gelar “Mabuk Facebook”. Pernah dengar?

Penangan Facebook juga memang kuat. Tak sepoi-sepoi bahasa. Tak macam bayu laut kat Pantai Merdeka. Tak log in sehari tak boleh. Resah. Panas punggung. Semua ada. Macam ada something yang tak kena. Walaupun rutin facebooking setiap hari nampak macam sama iaitu seperti update status menarik seperti “Hari ini saya pegi sekolah.”, menconteng ‘dinding’ orang dan sebagainya (statement ini ditujukan untuk penulis sendiri. Kalau terasa tu tak dapek den nak nolong eh. Siapa makan nasik, dia la rasa kenyang. Hehe).

Dalam Facebook orang boleh cari kawan. Kawan realiti dan kawan fantasi. Boleh juga buat lawan. Dan yang paling best, boleh juga cari bini. Tengok Harith Iskandar. Hot kemain bini dia. Nak jugak satu! Hihi

Jom layan lagu santai tepi pantai. GO!




"What did we do before Facebook? Should no one has a clue." Ayat pedas.

Cool tak cool, Facebook dah ada muvee sendiri dah. Nah ambik ni trailer.

Mengikut satu survey,

“Facebook menjadi rangkaian social paling popular di 8 negara iaitu Filipina, Australia, Singapura, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Hong Kong dan Vietnam.”

Boleh bangga tak dengan statement ni?

Khamis, 5 Ogos 2010

Kenapa anda perlu angkat “peace” bila posing?

Dulu aku selalu tertanya-tanya mengapa asal nak amek gambar je kena tunjuk 2 jari (peace), asal tunjuk 2 jari je kena amek gambar. Mengapa tidak 3, 4, 5 atau angka-angka yang lebih besar? Tak angkat peace tak hensem@comel kah? Aku bermonolog sendirian. Sehingga la aku dapat info pasal V sign

Apa kejadahnya V sign itu sebenarnya?
*ini dia V sign

Di UK, inward V sign (tapak tangan menghadap ke dalam) ialah gesture bermaksud mencabar, provoke, penghinaan, ejekan dan perkataan yang satu famili dengannya. Ia digelar “the finger” (kalau ditranslate dalam BM menjadi “jari”. Bapak tak cool!) dan diharamkan penggunaannya di UK, Ireland, Australia and New Zealand. Aku tak sure masih femes ke tak sekarang.

Semasa WWII, Winston Churchill, bekas PM Britain menggunakan V sign sebagai “Victory” sign, terutamanya sewaktu ucapan2 rasmi beliau time pilihanraya. Di US pula, outward V sign bermaksud peace (keamanan) yang menjadi popular semasa gerakan keamanan pada tahun 1960-an.

Cerita V sign kat Jepun

*kami rasa kami comel~

Dikatakan bermula pada 1972 Winter Olympics, Hokkaido yang melibatkan Janet Lynn, US skater yang terikut-ikut budaya pop jepun. Walaupun dapat tempat ke-3, keceriaan dan kehepi-go-lakian beliau menyentuh hati penonton2 Jepun. Semasa menjadi peace activist, beliau selalu menggunakan simbol peace di depan media Jepun. Beliau trigger lambang peace (V sign) di Jepun.

Ada juga teori yang mengatakan ia berasal dari bentuk V sign sendiri yang bermaksud dua. Dalam bahasa jepun, nombor “dua” ialah “ni”. Dan kebanyakan perkataan yang membawa maksud senyuman bermula dengan “ni-“. Sebagai contoh “niko niko” dan niya niya”.

*the infamous V sign

Atas faktor budaya, aku dalam proses cuba membiasakan diri mengangkat peace sambil tersenyum manis semasa bergambar. Aku rasa agak kekok disitu. Serius.

p/s terima kasih kepada penyumbang buah fikiran untuk entri ni. Dia jurukamera hebat. Cekidautt sini.

Sumber Wikipedia

Selasa, 3 Ogos 2010

Festival Bunga Api di Osaka 2010

Cara paling tersempurna untuk aku menyambut hari gembira bagi semester ni a.k.a habis final exam; tengok bunga api.

Ni cerita 3 hari lepas sebenarnya. Baru post hari ni. Edit video sikit. Macam biasa, aku akan cuba beri yang terbaik untuk readers sume. Cewahh. Dan terima kasih juga kepada Asraff yang memberi tunjuk ajar untuk mengedit video, walaupun ilmu “how to trim/cut your video?”. Aku rabun teknologi. Agak noob.

Mesti korang cakap, alah setakat bunga api je, kat depan rumah pun boleh maen.
Ni lain.

Yang kat depan rumah tu, kejap je, 10-15 minit. Tak sempat klimaks pun. Yang ni gempak betol. 1 jam aku tengok diorang tembak bunga api. Boom boom pow bunyi dia.



Actually, aku pegi bukan nak tengok bunga api je. Aku ada misi laen.

Sejak kebelakangan ni aku rasa pemandangan aku kabur. Kurang jelas. Dan aku fikir apakata aku 'bersihkan' mata aku di sini.








Ni lah beberapa hasil tangkapan yang aku dapat tempoh hari. Sori imej kurang sharp. Manalah mampu kamera buruk aku ni merekod keindahan ciptaan Tuhan. Nanti aku pertimbangkan beli DSLR. Hehe.

Comel kan? Tu la diorang pakai yukata memang nampak unbearably comel. Mungkin tu aura pakaian kebudayaan.

Kalau awek melayu pakai baju kurung boleh dapat aura camtu jugak kot.

p/s: Disebabkan ingin mencari port yang sesuai serta view yang menarik, kitorang berjalan kira2 2 kilometer. Hasilnya, lutut aku tercabut (hiperbola). Keesokkan harinya, aku dah tak berapa mahu berjalan. Sebab bila aku jalan, aku nampak macam lari-lari anak. Terhinjut-hinjut. Tapi aku rasa berbaloi. Sebab misi ke-2 aku tercapai.

Festival bunga api ini juga gempak. Lokasi, Nagaoka (Japan). Click sini.

Isnin, 2 Ogos 2010

Apa persamaan Hayley Williams dan Awie Wings?

Aku baru habes exam ni memang tak berapa ada mood nak menulis ni. Orang kata nak berehat. Belum kenyang berehat walaupun aku rasa aku study seciput je. Minggu exam, aku aktif berfacebooking. Aktif juga berblogging. Hehe.

Ni aku nak share entri ringkas tapi informatif. Sesuai dengan konsep Iqra itu Bacalah. Topik seperti tertera di atas.


Persamaan: letak something kat microphone.

Sama kan?

Artis kena ada identiti. Trademark. Baru orang kenal. Tak gitu?

Tapi kalau nak cakap pasal perbezaan pulak, satu entri tak cukup. Nanti la aku buat buku. Banyak sangat.

Dan salah satu daripadanya ialah kaler rambut. Kan?

Ahad, 1 Ogos 2010

Macam ni baru member.

Member macam mana korang cari?

Bagi aku, aku pilih member yang mempunyai sifat 'jujur' dan 'boleh diharap'. Dan aku kunci jawapan tadi. Takde orang kat muka Bumi ni suka member yang tak jujur. Tikam belakang. Tambahan pulak kita sebagai makhluk lemah, kadang2 kena jugak mintak tolong member. Tak harapkan member, nak harapkan siapa lagi. Takkan nak harapkan pagar kot. Pagar pun makan padi.

Bagaimana kalau yang ni?


Full package. Member yang menolong apabila diperlukan. Plus, jujur. Terlebih jujur. Hehe.

Kalau aku, tak kisah kot. Aku maafkan je. Member kan. Tapi 'kereta api' (rujuk gambar di atas) tu kena ganti balik la. Tak boleh ganti dengan kereta yang sama model, Honda Civic baru pun jadila. Aku bukan jenis demanding.

Amaran keras: Don't try this at home :D