Sebelum membuka langkah, credit untuk rakan dari Okayama, Haziq, kerana sudi menumpangkan kitorang 2hari 2malam. Duduk ramai2 dalam bilik kecik. Memang best berkongsi haba, main gesel2 kaki nak kasi suhu naik. Rating hospitality - 5 bintang.
Mari join tour saya.
Belajar sejarah : A-Bomb Dome
A-Bomb Dome atau nama panjangnya Atomic Bomb Dome. Gambar lazim digunakan untuk merujuk kepada peristiwa pengeboman bandar Hiroshima. Bangunan rangka kubah menjadi tugu memorial tatapan dunia hasil kemusnahan maksimas bom nuklear. Kat sebelah tu ada Peace Memorial Park dan Hiroshima Museum. (aku tak amek gambar dalam muzium sebab banyak sangat benda menarik. tak muat letak dalam blog. korang pegi la sendiri. sure berbaloi)
Belajar teknologi : Mazda Museum
Ni memang betol2 lawatan sambil belajar. Pakej naek bas pusing2 sekeliling kilang, baru bole masuk muzium. Aku ingat ni muzium jenis kamu-boleh-pegi-mana-kamu-suka punya muzium. Rupanya ada staff yang guide kitorang. Dengan tak cukup tido dan sedikit insomnia malam tadi, terhoyong-hayang seret kaki jalan sambil dengar briefing. Sejam setengah jugak tour tu. Part last dapat jugak curi perhatian tengok design futuristik concept car. Tengok benda pelik2 ni, biasa otak jadi hyperaktif. So, mata jadi segar sikit.
Belajar alam semulajadi : Iwakuni
*budak2 engineering eksaited bila tengok besi berkilat camni
*diimport khas dari planet Marikh
Perjalanan 1jam dari Hiroshima Station memang kena pada tempat. Bole qada tido tak cukup semalam. Sila salahkan ABPBH2010. Buat malam laen tak bole? Hehe. Kat sini ade Kintaikyo Bridge, jambatan lengkung macam graf sinus yang dulu hanya bole dilalui oleh samurai. Hebat kan? Sini juga ade banyak bunga sakura yang malu2 nak kembang. Belom sampai masa katanya. Belom mankai kata orang Jepun. Ade castle kat puncak gunung dekat dengan sini. Tapi sebab nak bajet uwang, kitorang tak pegi.
*gah melangkah bagaikan samurai
Actually, kitorang termiss satu tempat, Downtown Hiroshima. Tak sempat. Dah lawatan spontan, plan ikut dan, mesti ade overrun kan. Kat situ ade Kampung Okonomiyaki (okonomiyaki femes di Hiroshima). Tapi tak pe. Aku pandang muka sorang2 pun dah pancit gila. Muka dah tanak jalan lagi. Muka mahu makan dan mahu duduk saja.
Pukul 10:30 p.m. balik Osaka. Manis rumah.
Pukul 10:30 p.m. balik Osaka. Manis rumah.
Sekian. Kembali ke bilik berita.
12 ulasan:
part hospitality rating 2 cm perli ja bang....
sejuk2 ni mmg better berhimpit. lagi rapat lagi mesra orang kata.
:)
haha..aku pom wat entry pasal hiroshima gakk.tp ko nye ulasan lagi panjang n bermanfaat r
woahh ! ! !
seronok nyer
ehehe msty best kan kalu dpt g
=)
nice
follow kamu ye :)
@dilza: ade blog jgk ke? bak link
@tasya: thanks :)
mnarik!
woahhhhhhhhhhhhhhhhh :O
nak tunggu pergi sendiri mau uban penuh satu kefala~
btw, nicee. tengok gambar cukup. tu pun tak banyak :p hoho.
@zee: nak gambar byk, kene buat page laen la camni
:P
Tak cakap pun pergi Hiroshima.
T____________________T
Tak nak kawan ah~
ckp lawatan spontan. plan pun terkejar2, nk sebarkan kt org lagi lah.
haha.
best tu bejalan kat negeri orang...
blog sesuka hati jek..isi mase lapang..budak2 denki kan x biasa hima..haha
http://dilzaleid.blogspot.com/
Catat Ulasan