Jumaat, 25 Jun 2010

Makanan Malaysia menawan Jepun

Jangan malu makan lepat pisang di khalayak ramai di negara orang. Jangan malu mengoffer kuih serimuka kat mat saleh bagi diorang rasa. Sebab bila mereka tau betapa lazat dan marvelousnya masakan Malaysia, nescaya mereka akan cuba membuka pasaran di negara mereka. Trust me.

Oh maaf, teknik penceritaan entri ini tak mengikut plot. Kita mula balik.

*kiri: pisang goreng, kanan: nasi goreng (maaf pixel rendah)

Untuk pengetahuan, minggu ini telah dianjurkan “Minggu Juadah Asean” atau “Asean Delicacy Week” kat universiti aku. Aku dengan harapan tinggi menggunung mengharapkan adalah makanan Malaysia sepam dua di situ. Bolehlah aku cakap “Ni makanan negara aku, nak rasa, datang la rumah” sambil berbangga berdabik dada dengan member2 international aku ni. Haha. Bohong sunat.

Satu hari yang dirahsiakan tarikhnya, aku masuk dalam café tersebut. Aku baca poster tu. Aku nampak perkataan “Nasi Goreng”. Hatiku berbunga riang. Tapi bila aku amati betul-betul, aku terbaca “masakan Indonesia”. Aku kecewa. Pasrah. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Hurm. Malaysia tidak kurang terkenal agaknya, aku terfikir. Tiba-tiba,

Pisang Goreng”.

Perkataan ni menarik perhatian aku. Aku harap dapatlah aku jumpa duta makanan dari Malaysia seterusnya mengubat hatiku yang luka tadi. Sudah jatuh ditimpa tangga. Aku kecewa kali kedua. Ia tertera “Pisang Goreng – Masakan Thai”. What the rock! “Perkataan pisang goreng itu sendiri telah menunjukkan ianya Bahasa Melayu, how come boleh jadi makanan Thai?” Aku kecamuk dalaman.

*nasi goreng dan pisang goreng

Tapi aku beli jugak. Aku cuba-try rasa. “Pisang goreng di negara sendiri, pisang goreng jugak di negara orang, lebih baik di negara sendiri.” Aku ungkapkan perasaan aku dalam bentuk peribahasa.

Tak penah jumpa kan peribahasa ni? Memang. Sebab aku baru cipta 45 minit tadi. LOL.

Secara konklusi, aku bangga makanan Malaysia dah menjajah Jepun. Dulu kau jajah aku pakai senapang, pedang samurai. Sekarang aku jajah balik pakai makanan. Hebat kan. Seri 1-1.

p/s: Aku dirasuk semangat Cikgu Puteh, cikgu Bahasa Melayu aku ketika entri ini ditulis. Dia puji cerpen aku “gaya bahasa baik”. Terbawak-bawak sampai sekarang. Kekeke~

4 ulasan:

norulqalbi berkata...

waa..pernah karang cerpen sendiri??

rekbing berkata...

xde la...cerpen 5 mukesurat je..shukudai time f5 dulu..hehe

jiran berkata...

jajah blk pakai mknn? haha..ko sggh lawak afif

rekbing berkata...

yeah, definisi jajah begitu luas skrg :D