Selasa, 1 Jun 2010

Terbunuh atau dibunuh?


Sehari dua ini berita mengenai tragedi Gaza membuatkan aku terpanggil untuk menulis sesuatu di sini. Walaupun ringkas.

Kejam! durjana! binatang! bangsat! dan ungkapan2 yang seangkatan dengannya. Kutuk dengan penuh emosi. Apa lagi boleh kita gelar dan selar Israel durjana ni. Tindakan tidak berperikemanusian menembak kapal misi keamanan Gaza, Flotila Gaza meletakkan rejim Zionis sebagai sehina-sehina makhluk di muka bumi ni. Enam kapal bantuan kemanusiaan Gaza digempur tentera Israel mengakibatkan 19 terkorban, 36 lagi cedera (setakat entri ini ditulis). MasyaAllah. Nasib 11 rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi ini juga masih belum dikenalpasti. Doakan yang terbaek untuk mereka.

Menurut press, tentera Zionis dilaporkan bertindak kerana diserang terlebih dahulu. Ada juga ura-ura mengatakan 6 kapal itu diserang kerana disyaki membawa senjata tajam. Apa-apa lah. Buat apa nak dengar mulut busuk/longkang Israel. Dari dulu selalu putarbelitkan fakta. Jahanam. Kau memang pengecut!

Tapi yang sedihnya, badan-badan pengaman seperti PBB seolah-olah organisasi bisu, tak mampu mengambil tindakan. Mulut dikunci si Yahudi laknatullah. Boneka. Completely useless.

Dengan ini, aku memohon pembaca2 budiman sekalian (walaupun taklah seramai mana. Atleast, sedikit sebanyak memberi kesan) dapat mengaminkan doa ringkas Imam Rashid Al-Fasy. Semoga saudara-saudara kita di Palestin serta sukarelawan di sana dilindungi daripada sebarang malapetaka. Allah sentiasa bersama kamu. Amin.

p/s: bantu sedaya mungkin. Kutuk sekeras-kerasnya.(Maaf, jika kata-kataku agak kasar. Agak emo ketika ini)


UPDATE: Kesemua 12 orang sukarelawan negara selamat dibebaskan oleh Israel. Alhamdulillah. Tapi, mereka keluar dari negara berkenaan sehelai sepinggang tanpa passport.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

daripada kutuk,(itu yng mereka mahu) baik kita berdoa saja...

rekbing berkata...

kutuk dalam bentuk tunjuk perasaan dapat menyatakan bantahan terhadap aktiviti keji tu, disamping doa kepada Kuasa yang Satu supaya ditamatkan segala sengketa..mungkin.

Tanpa Nama berkata...

Btl2.... X baik kutuk..

Tanpa Nama berkata...

Doa tu x menunjukkan rase x puas hati ke?? Atau kene kutuk dgn bahase2 kesat bru boleh dikataka menunjukkan rase tidak puas hati... Bagi sayalah, baik berdoa je.. Payah la kluarkan kate2 kesat dan kutuk2 nih.

rekbing berkata...

yela..laen org laen pndapat kan..entri ni secara sampingannya bertujuan berkongsi pendapat dgn pembaca..lg pn time tulis entri ni emosi sket =)