Sabtu, 7 Ogos 2010

Mabuk Facebook

Apa laman sosial paling bang bang boom di dunia?

Ting tong!

Aku tekan buzzer. Aku jawab dengan yakin. FACEBOOK.

***

Aku rasa Twitter juga bang bang boom. Boleh fight Facebook. Tapi sebab aku tak ada account Twitter, so aku cakap dia tak cukup tebabow. Boleh?

Ni ngomelan kedua aku tentang Facebook. Yang pertama anda boleh kelik sini.

Dengan terlahirnya Facebook ni, aku belajar satu perkara. Bahawa bukan arak dan todi sahaja boleh membuatkan orang terhuyung-hayang, malah Facebook juga boleh buat orang mabuk kepayang. Orang Aku gelar “Mabuk Facebook”. Pernah dengar?

Penangan Facebook juga memang kuat. Tak sepoi-sepoi bahasa. Tak macam bayu laut kat Pantai Merdeka. Tak log in sehari tak boleh. Resah. Panas punggung. Semua ada. Macam ada something yang tak kena. Walaupun rutin facebooking setiap hari nampak macam sama iaitu seperti update status menarik seperti “Hari ini saya pegi sekolah.”, menconteng ‘dinding’ orang dan sebagainya (statement ini ditujukan untuk penulis sendiri. Kalau terasa tu tak dapek den nak nolong eh. Siapa makan nasik, dia la rasa kenyang. Hehe).

Dalam Facebook orang boleh cari kawan. Kawan realiti dan kawan fantasi. Boleh juga buat lawan. Dan yang paling best, boleh juga cari bini. Tengok Harith Iskandar. Hot kemain bini dia. Nak jugak satu! Hihi

Jom layan lagu santai tepi pantai. GO!




"What did we do before Facebook? Should no one has a clue." Ayat pedas.

Cool tak cool, Facebook dah ada muvee sendiri dah. Nah ambik ni trailer.

Mengikut satu survey,

“Facebook menjadi rangkaian social paling popular di 8 negara iaitu Filipina, Australia, Singapura, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Hong Kong dan Vietnam.”

Boleh bangga tak dengan statement ni?

4 ulasan:

Peeka Syuhada berkata...

bangga or resah ?

rekbing berkata...

bangga?? kt mne 2? pasal log in 2 ke?

velasrizal berkata...

jgn smpai lupa tggjwb dh la..

Keputusan Undian Kumpulan TM Piala Malaysia 2010

rekbing berkata...

tu la..bahaya fb ni.hehe