Rabu, 30 Mac 2011

Facts about love #1

#1 Love never discriminate


*get one now. spread the words

Selasa, 29 Mac 2011

Aku bukan doktor: #2 Petua gigi putih

Dulu aku kerap ditegur, "Eh KacangMerah, putih gile gigi kau". Dari mulut pompuan, selalu dengar. Dah biasa. Aku tau diorang tabur ayat manis cuba nak tekel aku. Takpe, aku layankan aje. Dengan acuh tak acuh, aku jawab "Yeke? Mane ade. Biasa2 je la". Sambil melemparkan senyuman paling maskulin dalam dunia.

*cair beb!

Ok. pegi lap muntah2 hijau depan laptop tu. He. He.

Tu cerita lama. Sekarang dah tak pearl white lagi. Ada tompokan kuning di sekitar akar gigi. Degil. Sental2 tak tanggal. Hilang satu aset berharga memikat perempuan. *sigh*

Ya, di bawah aku ada listkan beberapa tips, aku bagi nama, Petua gigi kekal putih, senyuman kekal manis, wajah muda tak dimakan usia. Sori nama panjang sikit.

Sediakan pen dan kertas.

  1. Pakai pembasuh mulut pemutih (baca: whitening mouthwash). Kalau bercakap pasal brand, aku rekemen Listerine (sebab brand laen aku tak tau). Hehe.
  2. Pakai dental floss. Satu hari satu kali. Ingat, gosok gigi dulu, baru floss. Ok?
  3. #EXTRA Pakai whitening gel strip/tray. Hati2, terlebih guna mudarat gusi.
  4. Sental gigi dengan kulit pisang sebelum gosok gigi. Agak gross jugak bunyinya. Belom cuba belom tahu, kan?
  5. Makan banyok buah such as strawberi, epal, pear etc. Buah ada asid semulajadi (malic acid kalau tak silap) yang akan menyental segala kerak dan mendakan yang berakar di gigi.
  6. Kurangkan minuman berkaffein (kopi, teh, soda). Ini sumber utama karat yang menempel di gigi.
  7. CUBA untuk tidak merokok. Hurm..
  8. Jumpa doktor gigi. Amek petua. Setel.
  9. Jangan malas GOSOK GIGI. Atleast, dua kali sehari, bukan dua hari sekali. Ni paling penting sebenarnya.
Itu saja. Nanti kalau jumpa aku, jangan terus sembur "alah, gigi kau pun kuning, nak nasihat orang pulak".

Rileks. Benda ni amek masa.

*Senyum. Tunjuk gigi berkarat*


Sabtu, 26 Mac 2011

Kecut.

(Dongak. Tenung langit ceiling)

Dengan populasi kenalan yang kecil bagai bilangan rumput di padang pada musim sejuk, seseorang cenderung untuk kurang bergaul. Kurang terdedah dengan dunia luar. Bila kurang bergaul, manusia kurang mendapat input baru untuk dicernakan. Hasil, otak tak berkembang. Dan otak yang tak kurang berkembang lazimnya lemah menilai. Mana kaca mana permata. Mana emas celup mana emas tulen. Mana berlian Poh Kong mana berlian Habib Jewels. Ok cukup.

*1, 2, 3.. korang sambung laa

Lagi, otak tak berkembang mudah disogok. Mudah dimanipulasi. Contoh, wartawan2 (mostly) dikongkong apa macam artikel atau cerita yang akan di-publish. Sume atas tangan kuasa veto editor. Tekanan. Tak bole main tulis je. Kang tak dapat gaji kan. Buat camne. Tu je hasil periuk nasik diorang. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Aku tak suka pakai peribahasa ni sebenarnya. Tak suka manusia dianalogikan dengan sifat ayam. Kais cari makan kat hasil buangan sendiri. Jijik.

Ok. Berbalik. Kekadang dibangkang yang seseorang (kurang bergaul) itu juga mengambil tahu dunia luar, iaitu dengan memetik dari sumber yang tidak kurang tepatnya, internet. Tapi bagi aku, ia berbeza. Tak bole berhujah menerima dan memberi di situ. Tidak live on time, maksud aku. Dengan mata hanya memandang skrin komputer riba. Maka skop pemikiran pun tak lari jauh dari luas skrin tu, mungkin. Hmmp.

*segiempat ajaib

Tapi, melalui segiempat sempit ni jugak mampu bawa manusia menerobos ke dunia infiniti seluas alam semesta. Sebenarnya.

Kurang bergaul juga buat aku kurang material untuk diblogkan.

*Monolog dalaman - 25 Mac 2011*

Khamis, 24 Mac 2011

Hail street art!

Aku penah post video ni kat Facebook. Tapi sebab ke-awesome-ness video ni, aku re-post kat blog pulak. Boleh kan?

Ok go!



Dua soalan spontan.

  1. Agak2 berapa tong cat digunakan?
  2. Seriously, Majlis Perbandaran tak marah ke?
Superb+awesome+marvellous!

Isnin, 21 Mac 2011

Men's sexual harassment

Dua hari lepas, aku pegi melantak buffet. Super kenyang. Bengkak perut. Balik jalan kena papah. Ok, yang tu tipu. Lepas makan, masing-masing check perut. Macam biasa, perut dah agak terkedepan. Gosok2 perut sambil mata pandang ke atas. Tenung masa depan mungkin. Dah tibai buffet tak kan perut nak flat lagi, kan?

Tengah berjalan pulang, tetiba member aku bukak topik.
"Aku, makan banyak2, perut je naik. Bontot rata jugak (sambil raba sendiri punya)."
"Abes tu?"
"Camne nak dapat bumper 'mari' sikit ha? Aku nak jugak ada extra sex appeal."
Diam. Mata pandang kiri kanan.

Kebetulan sorang member aku ada so-called womanly butt. Mudahkan cerita, kita panggil dia, Zack (bukan nama sebenar). Ok. Dia jalan sebelah aku. Member2 'punggung talk' tadi, terbelakang sikit. Right time and the right place, Zack tadi jadi topik. Aku dengar diorang describe definisi bontot idaman bagi lelaki (gile gay!) sambil mehubungkaitkan dengan Zack. Sambil jari tunjuk2 bontot dia. Nakal.

*Isi perbualan ditapis. Maaf*

Senyum. Aku jeling sebelah. Zack, merah muka. Panas, aku kira.

Baru aku faham perasaan kaum Hawa.

Lelaki pun ada perasaan insecure dengan penampilan diri jugak, tahu?

Ditambah bila digosip oleh kaum yang sendiri - LELAKI. Cukup taboo.

*dear girls, tekan pangkah kat bucu kanan tu cepat2 tau.

Sabtu, 19 Mac 2011

Lari dari Bumi pada Dec 2012.

Ni link yang di-share di Facebook aku tadi. So, dengan penuh rasa tanggungjawab aku share lah pulak dengan korang sume.

Jika Bumi dikatakan hancur berderai pada 21 Dec 2012, jangan panik, apakata kita berpindah ke dunia baru a.k.a new world?


Tiket murah gile noks. Pakej First Class $25 per seat. Pakej Superluminal first $45 per seat. Tak sampai 1billion sorang. Cukup bertimbang rasa. Apa lagi? Cepat sebelum terlambat. Book now!

Untuk maklumat lanjut, klik sini. Tempat terhad!

*******

Ok jap.

HAHAHAHAHAHAHAHHAHAAHHA! xD

Jumaat, 18 Mac 2011

Entri malas

Dengan entri malas ni harap mampu buat korang jadi lebih cergas. Walau esok cuti pelepas. Heh.


Tunggu sampai minit 3:07, aku gerenti kepala korang akan terangguk-angguk di luar kawalan selari dengan bunyi hentakan (baca: beats). Boleh jadi khayal jugak layan puppets buat gigs ni, ya.

P/S: rumah aku dah jadi tempat pelarian sekarang. Member2 dari Tokyo datang cari perlindungan kat sini. Aku ok je. Sebab ni jugak aku jadi malas update. Aku alah bila tengah menulis, ada orang datang dari belakang tanya, "Eh, kau update blog ke?". Bole jadi tersipu-sipu jugak. Aku, pemalu orang nya :">

Selasa, 15 Mac 2011

Bust the myth!

Tahu 7 paperfold myth? Ok aku cerita. Ini mitos yang menyatakan bahawa sebarang kertas tak boleh dilipat lebih daripada 7 kali.

Okay.

As we know, mitos tak sepertinya betol. Contoh, burung cenderawasih. Itu mitos. Tak dipastikan kewujudannya. Entah ada entah hanya dongeng cerita2 penglipur lara. Mungkin itu kacukan burung gembala kerbau dan burung merak. Siapa tahu?

Ok, berbalik kepada lampiran kertas tadi. Ada sekumpulan manusia ni yang nak membuktikan mitos ni karut semata-mata. Ini video, diorang lipat 10 kali. Sori bukan dalam English. Fokus. Setakat uno, dos, tres, aku rasa korang boleh faham.


Dan ini, ada pulak satu grup mythbuster ni buat 11 kali. Lipat kertas saiz padang bola. Gempak! Siap pakai truck penggilis lagi.


Diorang pakai formula ni,
W=pi*t*2^(3*(n-1)/2) (t=the thickness of the paper; n=the number of folds possible)
Or to simply simplify it, mengikut Redbean's Theory, semakin besar kertas (ketebalan yang sama), semakin banyak bilangan lipatan. Mudah kan?



Wait, Redbean who??!


p/s: Aku tak terasa nak update berita tsunami kat Jepun, takut jadi spekulasi pulak. Korang tengok lah berita. Tapi dengan Berita Harian, jaga2. Banyak tokok tambah tu. Diorang pun banyak dengar khabar angin tu. Better korang masuk sini.

Ahad, 13 Mac 2011

Tidak peka buat kamu nampak sungguh celaka

#Ini (mungkin) kesinambungan dari entri ini.

Seperti yang aku nyatakan di entri lepas, orang kita memang suka humourisme. Suka hiburan. Contoh mudah, rating blog view paling tinggi, tak lain tak bukan, blog gosip artis. Tak perlu aku nyatakan nama.

Beli paper, skip beberapa halaman terawal, terus ke bahagian gosip artis. Segmen Hip, Rap dan apakejadah lagi yang sewaktu dengannya. Atau terus selak ke bahagian kartun lawak bos dan lawak mamak yang sudah basi masuk angin itu.

Contoh hiburan 'terbaik'.



Bila aku review comment mohon maaf dari Berita Harian sebab gambar di atas, macam2 jenis ulasan aku jumpa. Ada yang marah, dan BANYAK juga yang berlawak bodoh. Masih bercakap tentang superhero Jepun yang hanya layak dibualkan oleh kanak2 sekolah rendah. Even profile picture jelas menunjukkan usia yang mencecah lebih suku abad, aku kira. Gambar gembira tersenyum panjang di samping isteri tercinta.

And again, jika dipersalahkan Zoy saja, aku rasa tidak adil. Buat macam mana, itu memang mindset orang kita. Suka berhuha-huha tak kira masa. Oh lupa, lagi satu perangai orang kita; sensitif tak kena gaya. Suka bergaduh juga. Tak perlu lah salahkan tuding jari ke orang Indon saja, kita satu rumpun. Sama.

Ini tokoh Nobel mana? (bawah)



Berita di atas aku fikir tak perlu.

Mereka tak tahu bagaimana mangsa yang terputus hubungan, terputus bekalan elektrik. Hilang tempat tinggal hilang tempat bergantung. Dalam kesejukan suhu 0 darjah celcius dan kadang2 salji turun juga. Dalam catuan makanan dan air minum yang terhad mereka bertahan. Udara yang disedut dicemari radiasi mungkin. Wallahu alam. Itu suma bahana impak kuat yang mampu merubah peta.

Buat macam mana, mereka tak tahu.

Dalam hukum Islam juga, bila kes tak tahu, jatuh hukumnya TAK APA.

So, tak apa. #sarkasm
"Now we can see the impact if when somebody stupid push the BUTTON"
p/s: mungkin ini boleh beri gambaran.

Sabtu, 12 Mac 2011

MomoKing

Bila ditanya filem Malaysia ngetop pecah punggung panggung ketika ini, sure ramai jawab filem 'ce cite ce cite' tu kan (belom baca review Merong Mahawangsa. baru keluar panggung kot). Apa nama? Hantu Mak Limah pulang ke rumah? Entah, aku pun tak sure tajuk sebenar.

Tapi bila ditanya review orang yang menonton, ramai juga yang jawab KELAKAR. Dabeliu-ti-eff! Apehal filem hantu dapat feedback KELAKAR ni? Kalau aku pengarah, serius aku down. Keciwa. Tak capai matlamat. Tak pun, yang jenis nak jaga hati, cakap "KELAKAR, tapi seram jugak". And still, elemen KELAKAR tu datang no 1.

Itu la, rakyat Malaysia (termasuk aku) gemarkan elemen komedi. Boleh bergelak ketawa seisi keluarga. Boleh me-release tensi juga. Bagi pengarah pula, ini taktik produksi filem kos paling rendah dan mampu mendapat kautan untung paling tinggi mungkin. Itu strategi. Rata2 orang kita, kurang (aku cakap kurang) tendency untuk tengok filem2 sci-fi berbelit-belit plot ceritanya yang bole buat dahi berkerut. Especially tengok kat panggung.
Ah, takde masa aku nak pikir pasal filem ni. Bnyak benda lagi aku nak pikir.
Majoriti yang pikir begitu. Aku rasa. Kalau download kat laptop, boleh la ulang2 tengok balik scene yang terlepas. Kalau kat wayang, ade button rewind kat armbar kerusi?

Dan bila homourisme dan horrorisme ini dikombokan, maka baliklah hantu Kak Limah ini ke rumahnya.

Momok, walaupun kurang dipastikan kewujudannya (sebab aku tak penah jumpa), jadi satu perkara yang dibualkan seharian. Macam2 jenis. Macam2 bentuk. Macam2 cerita. Biasa, orang melayu pakai unsur momok untuk mendidik anak. Contoh melarang anak.
Haa, pegi la kat semak belakang rumah tu, nanti ade hantu takde kepala datang..
Padahal niat nak larang anak jangan maen kat belakang, takut ade ular ke ape. Sejak turun temurun, cara tu berkesan. Tengok, itu momok-ing. It is in our blood.

Sampai dalam iklan pun ada.


Akibat banyak sangat tengok cite hantu. Terbawa-terbawa.


UpdategempaJepun: Semua pelajar Malaysia di Jepun berada dalam keadaan selamat. Terkini, satu reaktor nuklear di Fukushima telah meletup. Tapi struktur luar sahaja yang meletup, bukan tangki nuklear. Apa-apapun, doakan mereka semua dilindungi. Amin.

Rabu, 9 Mac 2011

Jadikan mulut berbentuk 'U'

Hiburan ringkas sambil menjamah kunyah jajan di tengah malam.


Absolutely Cuckoo Cats from SINLOGO on Vimeo.

Muzik background kalau pakai lagu Ahli Fikir pun cam masyukk jugak.

p/s: Cute sangatt~~ <3

Selasa, 8 Mac 2011

Aku tak suka ini

Nampak aku kemain malas kemaskini blog kan sekarang kan? Yela, dulu selang sehari mesti dah ting-tong. New entry (ade ke orang ikut perkembangan blog aku? caitt).

Bukan apa. Idea datang salah timingnya. Timing ketika aku betol2 helpless untuk menaip mengarang entri baru. Contoh, ketika aku lying on my back trying to close my eyes (ewah, sepiking disitu) atau ketika aku la, la, la menyanyi sambil dijirus air hangat oh nikmat. Metafora sungguh aku rupanya.

Hehe.

Waktu2 sebegitu, biasanya idea bertubi-tubi datang. Siap ayat dengan tatabahasa lengkap bagai dalam novel2 komponen sastera. Tudia. Saja nak menganjeng aku. Kalau aku ada ilmu telekinesis, nak saja aku transfer segala bait2 ayat yang bermain di akal fikiran ke dalam laptop, atau dengan lebih tepat, ke dashboard dan seterusnya ke new entry. Konfem asal tengah malam je aku hapdate entri baru. Tiap2 malam. Tak miss. Ok, aku cakap KALAU..

So, kalau datang tu before tido tu, kadang2 aku cuba gagahkan diri on laptop. Bagi aku idea ni satu bentuk harta yang berharga. Karya azimat. Tak bole dipandang enteng.

Bila aku letak jari atas keyboard je, aku jadi,

...

Blank. Tak tau nak tulis ape. Tak tak nak start macam mana. Buntu. Bukan aku tanak tulis. Langsung tak.

Esok2 la.


Jumaat, 4 Mac 2011

Pegang kuat-kuat

Satu malam cerah disinari bintang.

A: Aku kan, dari dulu doa sampai sekarang tak makbul-makbul lagi. Kenapa eh?
B: Kau doa ape?
A: Ade la. Segan nak cakap. Ramai baca blog kau ni. (sengih)
B: Ok. Aku pulak yang segan. (tutup muka)
A: Haa..jangan nak melebih.
B: Kau ada usaha tak?
A: Ade.
B: Erm, maybe tak sampai masa dia lagi kot.
A: Entah la. Masalahnya dah lama aku doa mintak tolong sume ni. Hurmm..
B: Time doa tu, ade tak kau macam betol-betol mengharap yang Tuhan akan makbulkan, atau betol-betol yakin yang Tuhan tu bole tolong kau?
A: Entah la. Aku doa amin lebih kurang camtu je. Biasa-biasa. Benda yang selalu kita buat tak berapa rasa lagi feel dan kesungguhan dia tu lagi kan?
B: Kalau kau nak buat loan kat seorang fakir miskin, agak-agak dapat tak?
A: (Ketawa) Ape lah kau ni? Mesti la tak dapat.
B: Macam tu jugak lah analoginya dengan Tuhan. Kalau kau tak yakin kau dapat benda tu, kenapa kau mintak?


Allah itu Maha Kuasa. Kenapa meragui-Nya? Kan doa tu senjata orang beriman. :)

Rabu, 2 Mac 2011

Burung jadi kek hari jadi?

Tajuk entri agak radikal. Maaf. Ini taktik tarik mata dan pandangan seterusnya merangsang jari untuk menekan button mouse ke bawah. Hehe.

Tau permainan "Burung Marah"? Ahh, kerek. Cakap melayu tak paham. Ok. Angry Birds. Tahu?

*Kami keluarga burung marah. kami benci babi hijau.

Oh lupa. Tadi cerita pasal kek harijadi, ya? Ini dia!


Untung dapat bapak sporting macam ni. Kalau aku, belom sempat siap, dah abes aku lahapkan. Kek coklet tuu.

"Cakap macam kau reti buat"

.....

Aku macam ada dengar something.