Sabtu, 28 Ogos 2010

Aku puasa 3 jam je

Puasa penuh 3 jam je. Best kan?

Aku tak mengelat. Aku pun tak puasa yok-yok. Selok periuk? Jauh sekali (sebab aku yakin tak ada apa-apa selain saki-baki lauk sahur yang dah payau).

Formula aku mudah. Kat Jepun, 3 pagi sudah Subuh. 4 pagi tu dah boleh nampak orang Jepun duk siapkan pakai baju anjing. Nak keluar makan angin dengan anjing diorang. Sayang sungguh. Biasa aku tak tido before sahur. Awal sangat, takut tak bangun. Aku tak nak terkulai layu di tasik madu akibat kebuluran. Plus, aku pun tak ngantuk. Orang kata badan dah immune.

Dah makan-makan, tunggu kejap solat Subuh. Tapi aku tak terus tido. Sebab aku tau, time sahur ni la peak hour. Dimana hampir semua member aku seantero Jepun online Facebook. Aku tak lepas peluang. Masa ni la tangan aku gatal nak komen status orang, tag orang kat gambar dan lain2. Macam dah tak ada masa laen.

Hasilnya, pukul 4 aku baru cuba nak tido (aku tak sure sebetulnya aku tido pukul berapa). Aku pun tak nak bazirkan siang aku esok di atas katil je. Orang cakap bulan puasa ni tido banyak-banyak pun boleh jadi makruh.

Esoknya, aku buka mata tengok jam. 3 petang. Dem. Time ni nak ucap good morning kat member pun buat kena luku kepala je. Aku redha. Aku ni jenis yang tak boleh berpisah dengan buku. So, aku pun pegi mengadap buku. Facebook (ya, facebook lagi..). Tekan butang refresh 5-6 kali, alih2 dah 6 petang. Kat jepun, dalam pukul 6.30 petang dah maghrib. Layan PES sepam dua dah masuk waktu berbuka. Tak rasa pun puasa. Mudah kan?

Ni la rutin aku setiap hari.

Tapi ni cerita kat Jepun dulu. Sekarang aku kat Malaysia. Balik bercuti.

Rindu puasa 3 jam aku.

5 ulasan:

ADNI RIDZUAN berkata...

dlu aku igt aku sorg je cmni. hahahaha ;p

Bob berkata...

Afif,samala kita

rekbing berkata...

ni kot teknik terbaek puasa time summer kt jepon kot :D

Cerah Jeff berkata...

wow,aq ingat aq puasa paling pendek,rupe2 ade lagi manusie puasa lagi pendek..hahaha
aq tidor kol 9 pagi-3petang.. so aq puase 8jam gak..hahhaa

rekbing berkata...

ko x mnfaatkan puasa kt jepun..rugi dowh..haha